Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

230) PILIHAN RAYA PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan pilihan raya terkini?

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri sebelum ini telah melaksanakan projek perintis Pemilihan Pengerusi JKKK Kg. Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor di tiga (3) buah kampung, iaitu Baru Sungai Jarum, Kg. Baru Pandamaran dan Kg. Bagan Pulau Ketam pada September 2013. Ketiga-tiga projek ini telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya tanpa apa- apa halangan dan mendapat sambutan penduduk tempatan. Tempoh perkhidmatan bertugas secara rasmi Pengerusi JKKK yang dilantik secara pemilihan ini bermula pada 23 Oktober 2013 sehingga 22 Oktober 2017. Oleh yang demikian, pilihan raya semula sepatutnya dilaksanakan selepas tarikh penamatan perkhidmatan Pengerusi JKKK yang berkenaan.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kali Ke-32/2017 yang diadakan pada 4 Oktober 2017 dan telah disahkan melalui MMKN Kali Ke-33/2017 pada 11 Oktober 2017 telah menimbang dan meluluskan cadangan perlanjutan semula tempoh perkhidmatan kesemua 77 orang Pengerusi JKKK Kg. Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor Sehingga 30 Jun

    Keputusan perlanjutan semula tempoh perkhidmatan Pengerusi JKKK Kg. Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor ini adalah bertujuan bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri terus fokus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan lancar dan

    Meskipun demikian, Kerajaan Negeri melihat pelaksanaan Projek Perintis Pemilihan Pengerusi JKKK Kg Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor yang telah dilaksanakan di tiga (3) buah kampung, iaitu Kampung Baru Sungai Jarum, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan Pulau Ketam adalah satu kejayaan di mana pemilihan ketua kampung ini juga telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk tempatan. Justeru itu, Kerajaan Negeri masih optimis untuk meneruskan dan mengembangkan kaedah pelantikan Pengerusi JKKK Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun ini secara pemilihan di lain-lain kampung baru/ bagan/ tersusun di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi semula dari pelbagai sudut sebelum dilaksanakan secara menyeluruh.

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pilihan raya kepada semua Kampung di Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.