229) GURU DAN PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah guru JAIS yang terlibat dengan perpindahan serta jumlah guru yang memilih untuk berhenti 24jam dan notis satu bulan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperolehi oleh setiap sekolah-sekolah tersebut : SAR, SJKC, SJKT, SEK.MUBALIGH, SMJK, SK, SMK, SMPC?
-
Nyatakan dan senaraikan jumlah terperinci pecahan peruntukan setiap sekolah SAR (berapa buah sekolah), SJKC (berapa buah sekolah), SJKT (berapa buah sekolah), SEK.MUBALIGH (berapa buah sekolah), SMJK (berapa buah), SK. (Berapa buah) SMK (berapa buah) dan SMPC (berapa buah)?
229) PENYELENGGARAAN PERPARITAN DI KAWASAN KAMPUNG SEKITAR DUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan masalah perparitan di kawasan kampung sekitar DUN Sungai Burong tidak diselenggarakan dengan baik. Bagaimanakah perlaksanaan sistem penyelenggaraan perparitan berjadual yang di rancangkan oleh kerajaan negeri?
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan untuk penyelenggaraan perparitan mengikut DUN bagi 2014 & 2015?
229) Status Projek Olak Lempit
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status projek Olak Lempit.
229) KEDAI ROKOK VAPE
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan penjualan rokok vape di Selangor?
-
Berapakah jumlah kedai rokok vape yang direkodkan di Selangor?
229) ISU TANAH KUBUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Di DUN Seri Serdang oleh kerana kepadatan penduduk isu tanah kubur yang semakin berkurangan memerlukan tindakan oleh kerajaan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu menyelesaikan tanah kubur orang Islam yang semakin berkurangan?
-
Penjelasan status pembinaan Masjid Lestari Putra.
229) JUALAN EHSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan telah merancang akan membuka oulet ataupun pengedar di setiap daerah?
-
Berapa banyak beras dan barang asasi yang mampu dibekalkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat MBI iaiti PKPS dengan Jualan Ehsan bagi menjamin keterjaminan makanan asasi?
-
Senaraikan barang dan harga yang dibekalkan oleh Jualan Ehsan?
229) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status penggubalan garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar?
229) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan penjualan aset PKNS dan subsidiarinya 2008-2014: tarikh penjualan, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiran-butiran lain.
229) PRESTASI AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN Kerajaan pada tahun 2015.
-
Nyatakan secara terperinci semua perbelanjaan ADUN Kerajaan pada tahun 2015.
229) PENGAMBILAN KONSENSI AIR DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapakah keseluruhan kos yang perlu di belanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi pengambilalihan tersebut?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri tiada kenaikan kos air setelah pengambilalihan dan tidak merugikan wang rakyat berhubung pengambilalihan?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri kualiti perkhidmatan dan kualiti air bersih kepada pengguna?