Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

229) PRESTASI AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN Kerajaan pada tahun 2015.

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan berjumlah RM900,000.00 kepada 12 Ahli Dewan Negeri (ADN) Kerajaan merangkap Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), sejumlah RM700,000.00 kepada 32 Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan sejumlah RM500,000.00 pula kepada 12 Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Keseluruhan peruntukan DUN Kerajaan pada tahun 2015 adalah berjumlah RM39,200,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra

     

    Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan garis panduan penggunaan peruntukan tersebut tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015.

  2. Nyatakan secara terperinci semua perbelanjaan ADUN Kerajaan pada tahun 2015.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan daripada Pejabat Daerah untuk membawa baki peruntukan DUN yang tidak dibelanjakan pada tahun 2014 berjumlah RM8,920,145.48 ke tahun 2015 menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan DUN Kerajaan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM48,120,145.48. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 44,772,886.78 telah dibelanjakan oleh 56 kawasan DUN Kerajaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015 yang dikawal selia oleh sembilan (9) Pejabat Daerah di Negeri Selangor. Ringkasan perbelanjaan DUN Kerajaan mengikut daerah adalah seperti Jadual 1 di

    Jadual 1

    Ringkasan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Ahli Dewan Negeri Kerajaan Bagi Tahun 2015

     

     

     

    BIL

     

     

    DAERAH

     

     

    BIL DUN

     

    BAKI TAHUN 2014 (RM)

     

    PERUNTUKAN 2015 DUN KERAJAAN (RM)

     

    PERUNTUKAN KEMASKINI (RM)

     

     

    BELANJA (RM)

    1 PETALING 14 2,140,695.68 10,400,000.00 12,540,695.68 12,024,468.71
    2 KLANG 9 2,155,250.28 6,900,000.00 9,055,250.28 6,858,261.30
    3 GOMBAK 6 838,460.37 4,400,000.00 5,238,460.37 5,431,753.30
    4 HULU LANGAT 9 2,001,423.56 6,500,000.00 8,501,423.56 6,798,008.85
    5 SEPANG 2 288,779.82 1,200,000.00 1,488,779.82 1,639,613.98
    6 KUALA LANGAT 4 162,286.33 3,000,000.00 3,162,286.33 3,058,306.28
    7 KUALA SELANGOR 5 956,237.20 2,700,000.00 3,656,237.20 3,954,914.79
    8 HULU SELANGOR 3 181,915.37 1,700,000.00 1,881,915.37 2,068,308.63
    9 SABAK BERNAM 4 195,096.87 2,400,000.00 2,595,096.87 2,939,250.94
    JUMLAH 56 8,920,145.48 39,200,000.00 48,120,145.48 44,772,886.78

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri buat pertama kalinya pada tahun 2015 telah meluluskan sejumlah RM2,400,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Walau bagaimanapun, tiada perbelanjaan dibuat oleh DUN Bukan Kerajaan.

     

    Sehubungan itu, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri melalui cabutan daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 30/2015 yang diadakan pada 17 September 2015 yang telah disahkan oleh MMKN ke 31/2015 pada 22 September 2015 bersetuju meluluskan penyelarasan semula peruntukan mesra rakyat berjumlah RM2,400,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Juta Empat Ratus Ribu Sahaja) iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 kawasan DUN Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan oleh Pegawai Penyelaras ADN yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri tertakluk kepada perkara berikut:

     

    Bersetuju cadangan penyelarasan semula penggunaan peruntukan pembangunan Perkhidmatan Masyarakat yang disediakan kepada ADN Bukan Kerajaan berjumlah RM200,000.00 boleh digunapakai oleh Pegawai Penyelaras DUN;

     

    Bersetuju peruntukan pembangunan perkhidmatan masyarakat ADN Bukan Kerajaan digunapakai oleh Pegawai Penyelaras DUN tertakluk apabila peruntukan pembangunan sedia ada kawasan DUN yang diselia oleh Pegawai Penyelaras DUN tahun 2015 berjumlah RM500,000.00 dan baki peruntukan pembangunan tahun 2014 telah habis dibelanjakan; dan

     

    Perbelanjaan/ penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015.

     

    Senarai penuh butiran perbelanjaan peruntukan setiap DUN Kerajaan mengikut daerah adalah seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.