228) HUTANG TALAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hasil hutang Talam yang berjaya dikutip oleh kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga kini?
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa Talam akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi menjelaskan segala hutang syarikat tersebut?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menggunakan jumlah hutang yang berjaya dikutip daripada TALAM untuk pembangunan negeri?
228) KENCING TIKUS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik kes bawaan virus leptospirosis berpunca dari kencing tikus di Selangor mengikut PBT 2013-2015?
-
Nyatakan program pembasmian dan langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak ini?
228) KENAIKAN HARGA BARANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif kerajaan untuk memastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati kerana penarikan subsidi diesel oleh Kerajaan Persekutuan?
228) KEJADIAN AIR PASANG BESAR DAN HUJAN YANG TIDAK MENENTU MENYEBABKAN BANJIR KILAT YANG SEMAKIN TERUK YANG TIADA PENYELESAIAN TERUTAMA DI LALUAN UTAMA KEPADA AGRO PELANCONGAN SETIAP MINGGU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perbincangan yang telah dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan seperti MPKS dan JPS untuk mencari penyelesaian isu ini?
-
Adakah sebarang bajet pernah diunjurkan untuk permasalahan ini diselesaikan?
228) PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program penghayatan Islam yang telah dilaksanakan di Selangor pada tahun 2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khas melaksanakan program buat golongan muda di Selangor?
228) FLAT TAMAN RAKAN, CHERAS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah penyelenggaraan sampah di kawasan ini?
-
Adakah pihak PBT mengambil inisiatif menggalakkan penduduk flat ini untuk menubuhkan JMB?
228) JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH MENTERI BESAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan setiap jawatan yang dipegang oleh Dato Menteri Besar di badan-badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi-agensi lain
-
Berapakah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh Menteri Besar untuk setiap jawatan yang disenarai di (a)?
228) KEMUDAHAN BALAI POLIS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan penempatan terancang mempunyai balai polis?
-
Apakah kriteria yang diperlukan untuk pembinaan balai polis?
-
Kenapa di Bandar Puncak Alam yang penduduknya melebihi 90,000 orang masih tidak mempunyai kemudahan balai polis?
228) ISU HAK MILIK TANAH SELUAS 83 EKAR DI KAMPUNG SRI TANJUNG, DENGKIL
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kelulusan hak milik tanah kepada penduduk di kawasan tersebut?
-
Berapakah keluasan tanah untuk setiap permohonan dan apakah prasyarat utama untuk kelulusan permohonan?
-
Berapakah jumlah keseluruhan permohonan ini dan berapa ramai anak tempatan yang meneroka kawasan ini diberikan keutamaan untuk diberi hak milik tanah?
228) HOTEL BAJET
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2014-2016 mengikut PBT
-
Nyatakan jumlah penutupan dan saman keatas hotel bajet dari 2014-2016 mengikut PBT