Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

228) PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program penghayatan Islam yang telah dilaksanakan di Selangor pada tahun 2015?

    Program-program penghayatan Islam yang telah dilaksanakan di Selangor pada tahun 2015 ialah:

    • Program Penjelasan Maqasid Syar’iah
    • Wacana Isu Semasa peringkat Negeri
    • Seminar Pemantapan Akidah
    • Wacana Ilmu Penjelasan Khilafiah Dalam Ibadah
    • Kempen Kesedaran Islam
    • Kuliah Dhuha di Pasar Tani
    • Program Menyemarakkan Islam Negeri Selangor (PROMISE)
    • Program Pemantapan Ibadah Warga Industri

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khas melaksanakan program buat golongan muda di Selangor?

    Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khas melaksanakan program buat golongan muda di Selangor .Antara program-program seperti berikut :

    1. Kursus Pembinaan Team Dai’e Warga IPT
    2. Mukhayyam Indahnya Menjadi Insan Murabbi
    3. Kem SMART Akidah
    4. Program Santai Belia
    5. Kursus Asas Fasilitator (TOT)
    6. Kursus Lanjutan Fasilitator (TOT)
    7. Program Team Sukarelawan Islam (AKTOR-S)
    8. Kursus TOT Ziarah Hospital (Pengukuhan)
    9. Kursus TOT ‘Street Dakwah’ (Pengukuhan)
    10. Akademi Pendakwah Muslimat

Lampiran

Tiada Lampiran.