226) Prestasi Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi IPR secara keseluruhan setakat ini?
-
Adakah prestasi Skim HIJRAH terkesan akibat wabak Covid-19?
226) INPENS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia untuk menambah kakitangan atau ahli akademi yang bukan Melayu di institut INPENS? Sila nyatakan sebab-sebab
-
Apakah benchmark yang digunakan untuk menilai prestasi INPENS?
226) KAJIAN KEMISKINAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kajian kadar kemiskinan di Selangor?
-
Nyatakan dapatan-dapatan dalam kajian yang telah dijalankan
-
Apakah rumusan dan cadangan pelan tindakan daripada penemuan yang diperolehi?
226) PERTANIAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan golongan anak muda di Negeri Selangor untuk menceburi bidang pertanian?
-
Berapakah jumlah penglibatan anak muda dalam sektor pertanian di Negeri Selangor?
226) PETANI TANAMAN KONTAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai petani-petani tanaman kontan di negeri Selangor yang mendapat bimbingan dari agensi yang bertanggungjawab?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan tanah yang diusahakan tanaman kontan oleh mereka agar tidak disewakan kepada warga asing?
-
Apakah terdapat peruntukan dari kerajaan negeri kepada agensi berbentuk baja, racun atau selainnya untuk diserahkan kepada petani-petani tersebut?
226) SUMBANGAN NEGERI SELANGOR KEPADA KDNK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK negara bagi tahun 2022 dan apakah ianya telah mula mencapai indikator yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi mencapai matlamat sumbangan 30% menjelang 2025?
226) TASKFORCE KEMISKINAN PERINGKAT DUN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mahu benar-benar menghasilkan impak mengurangkan beban rakyat miskin dengan mewujudkan taskforce khas mengikut lokaliti di DUN?
-
Berapakah peruntukan bajet yang sanggup disediakan untuk memastikan taskforce yang diketuai oleh ADUN ini berfungsi dan menepati sasaran dan mencapai objektif?
226) KAWASAN REKREASI GUNUNG NUANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan induk bagi membangunkan Taman Hutan Gunung Nuang?
-
Berapa bilangan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sepanjang 2015 bagi pendaki Gunung Nuang?
-
Apakah rekod keluar masuk hutan dan turun naik ke gunung tersebut disimpan oleh Jabatan Perhutanan?
226) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan permintaan untuk menaik taraf tebing longkang Parit 6 yang bersebelahan dengan Taman Sri Sekinchan masih tidak diluluskan?
-
Bilakah pihak Kerajaan akan meluluskan permohonan kerja-kerja menaik taraf Jalan Pantai Sekinchan yang sepanjang lebih kurang 800 meter?
226) MASALAH PENDAPATAN & HASIL PADI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan petani terutama pengusaha sawah padi?
-
Apakah bentuk bantuan atau insentif yang boleh diberikan kepada pesawah yang terjejas akibat serangan penyakit padi?