Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

226) KAWASAN REKREASI GUNUNG NUANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan induk bagi membangunkan Taman Hutan Gunung Nuang?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menyediakan Rancangan Pelan Pengurusan Hutan Lipur bagi keseluruhan Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Selangor bermula pada tahun 2016. Manakala Pelan Pembangunan Hutan Lipur bagi setiap hutan lipur di Negeri Selangor akan disediakan secara berasingan yang akan menjadi panduan kepada JPNS mengurus dan membangunkan hutan lipur secara lebih spesifik, teratur dan

     

    Pelan Pembangunan Hutan Lipur ini akan disediakan secara berperingkat- peringkat tertakluk kepada jumlah peruntukan tahunan yang diterima. Pelan Pembangunan Hutan Lipur Gunung Nuang yang akan disediakan pada tahun 2016 ini adalah selaras dengan keperluan bagi mewujudkan kawasan rekreasi berasaskan kepada aktiviti pendakian gunung. Pelan pembangunan tersebut juga turut akan mengambil kira keperluan bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pengguna serta konsep pembangunan mesra alam sekitar. Ianya juga berpotensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk aktiviti eco-tourism bagi Negeri Selangor.

  2. Berapa bilangan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sepanjang 2015 bagi pendaki Gunung Nuang?

    Jumlah bilangan tiket yang dikeluarkan kepada pengunjung di Hutan Lipur Gunung Nuang sepanjang tempoh 2015 adalah seperti berikut:

     

     

    BULAN

     

    PENGUNJUNG TEMPATAN

    PENGUNJUNG LUAR NEGARA  

    JUMLAH

    Januari 1,638 15 1,653

     

    Februari 2,032 22 2,054
    Mac 2,012 8 2,020
    April 2,088 25 2,113
    Mei 2,509 21 2,530
    Jun 1,282 21 1,303
    Julai 729 48 777
    Ogos 1,386 40 1,426
    September 1,719 17 1,736
    Oktober 1,500 0 1,500
    November 1,519 0 1,519
    Disember 1,685 0 1,685
    JUMLAH KESELURUHAN  

    20,099

     

    217

     

    20,316

  3. Apakah rekod keluar masuk hutan dan turun naik ke gunung tersebut disimpan oleh Jabatan Perhutanan?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan merekodkan setiap pengunjung yang menjalankan aktiviti di kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang termasuklah aktiviti pendakian yang dilakukan di Gunung Nuang. Semua pengunjung diwajibkan mendaftar di dalam buku pendaftaran dengan mencatatkan maklumat peribadi dan sebagainya. Semua maklumat pengunjung akan direkod dan disimpan dengan baik sebagai rujukan. Pengunjung juga dinasihatkan untuk melapor diri ke Balai Polis yang berhampiran sebagai makluman dan rekod

Lampiran

Tiada Lampiran.