223) KEMUDAHAN AWAM ROSAK DAN TINDAKAN KEPADA ADUAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Isu Pemantauan infra/ kemudahan awam yang rosak dan tindakan susulan. ÐJKR/JPS. Terdapat banyak aduan terutama kemudahan awam seperti jalan-jalan rosak, lampu isyarat rosak, rumput panjang, parit tersumbat, sampah tidak dikutip belum dapat ditangani dengan baik oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain. Apakah kriteria utama yang diambil untuk tindakan yang lebih pantas bagi mengatasi aduan seperti ini?
-
Apakah peranan Jabatan yang berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat?
223) PROJEK PENCEGAHAN BANJIR DI SUNGAI BALAK, KAJANG, SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir kerja Projek Pencegahan Banjir (flood mitigation) di Sungai Balak, Kajang, Selangor
-
Sila menyatakan nama Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab di atas Projek ini.
-
Sila menyatakan jumlah kos perbelanjaan terlibat , tempoh masa kerja mula dan tamat serta kawasan-kawasan perumahan yang mendapat manfaat daripada projek ini.
223) KESIHATAN ORANG ASLI HULU KEMENSAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Pada awal tahun 2009 terdapat ramai penduduk Orang Asli di Kg Hulu Kemensah telah jatuh sakit dan demam. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) khidmat kesihatan Orang Asli dijalankan?
-
Adakah terdapat program-program khas penjagaan kesihatan Orang Asli yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk memberi peruntukan tambahan bagi program penjagaan kesihatan Orang Asli di Kg Hulu Kemensah?
223) BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan untuk melaksanakan pemberian air percuma 20 meter padu sehingga bulan April 2012 ?
-
Berapa peratuskah bilangan keseluruhan rumah-rumah di Negeri Selangor ini yang menikmati skim bekalan air percuma ini ?
-
Apakah faktor-faktor yang menghalang sesebuah rumah itu mendapat kemudahan air percuma ini ?
223) PELABURAN DI ANJUNG UTARA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi merancakkan pelaburan di Anjung Utara Selangor?
-
Apakah fokus utama pelaburan yang dirancang di Daerah Kuala Selangor dan bagaimanakah pelaburan ini akan memberi manfaat kepada rakyat setempat?
223) AIR SELANGOR SDN BHD
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Bilakah Air Selangor akan mengambil alih operasi Syabas?
-
Adakah tarif air akan naik, dan jika ya, bila?
-
Dalam tahun pertama, berapa KM paip yang disasarkan akan ditukar di kawasan Petaling Jaya?
223) Semasa Tiadanya Exco Perumahan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Tahniah EXCO Perumahan yang baru. Sepanjang tiadanya EXCO Perumahan siapakah yang memangku tugas tersebut?
-
Apakah status urusetia dan kakitangan yang ditugaskan sebagai warga kerja dalam jawatankuasa-jawatankuasa tetap?
223) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor menawarkan sebarang kursus / program / bengkel untuk rakyat Selangor untuk pembelajaran sepanjang hayat?
-
Sila kemukakan senarai kursus / program/ bengkel tersebut.
223) MASALAH PARKIR KOMPAUN DAN SAMPAH DI TAMAN ORKID
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan pihak PBT dalam menyelesaikan isu masalah kompaun parkir kepada penghuni di Taman Orkid ini?
-
Apakah perancangan dalam menangani isu longgokan sampah yang banyak di Taman Orkid?
223) NELAYAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jeti persendirian, jeti persatuan, dan jeti dari agensi di daerah Sabak Bernam?
-
Berapa banyak jeti-jeti yang mempunyai permit dan tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam serta senaraikan jeti-jeti tersebut?
-
Berapa jumlah kebun kerang yang dimiliki oleh nelayan di daerah Sabak Bernam khasnya dan umumnya di negeri serta berapakah jumlah pengeluaran benih kerang di Selangor semenjak 5 tahun lepas?