Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

223) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS tahun 2017?

    a) dan b)

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017. Perbendaharaan Negeri selanjutnya menerima permohonan secara case by case basis dari agensi pelaksana untuk mendapatkan Siling Tambahan berjumlah RM 20,790,428.40. Sehubungan itu, Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017 (Dikemaskini) sehingga 15 Oktober 2017 adalah

    berjumlah RM 620,790,428.40.

    Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS tahun 2017 telah pun mencapai 85% dari jumlah siling dikemaskini berdasarkan perbelanjaan oleh agensi pelaksana seperti perincian di jadual di bawah:-

    Jadual 1:

     

    Ringkasan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan MARRIS Tahun 2017 Mengikut Agensi Pelaksana

     

     

     

    Bil.

     

    Agensi Pelaksana

     

    Siling Asal (RM)

    Tambah/ Kurang

    (RM)

    Siling Dikemaskini

     

    (RM)

     

    Perbelanjaan (RM)

     

     

    (%)

     

    1.

    Pejabat Daerah / Tanah (PDT)  

    29,696,557.00

     

    (2,000,000.00)

     

    27,696,557.99

     

    21,208,705.06

     

    76.6

     

    2.

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  

    372,303,443.00

     

    20,790,428.40

     

    393,093,871.40

     

    348,082,437.59

     

    88.5

     

    3.

     

    JKR

    Selangor

     

    196,000,000.00

     

    0.00

     

    196,000,000.00

     

    154,673,046.66

     

    78.9

     

    4.

     

    JPS Selangor

     

    2,000,000.00

     

    2,000,000.00

     

    4,000,000.00

     

    3,505,152.38

     

    87.6

      JUMLAH BESAR  

    600,000,000.00

     

    20,790,428.40

     

    620,790,429.39

     

    527,469,341.69

     

    85.00

     

    Nota:-

    1. Perbelanjaan bagi PDT, PBT dan JPS Selangor merujuk kepada nilai Surat Setuju Terima (SST) yang telah diaward kepada

     

    1. Perbelanjaan bagi JKR Selangor adalah pembayaran sebenar kepada kontraktor mengikut nilai kerja yang telah siap
  2. Sila nyatakan jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh semua PDT dan PBT bagi tahun 2017.

  3. Sila huraikan apakah kekangan dan halangan yang menyebabkan masih wujud kelewatan pelaksanaan projek MARRIS?

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri, berikut adalah Status Kemajuan Fizikal bagi projek MARRIS tahun 2017 yang dikendalikan mengikut agensi pelaksana:-

    STATUS KEMAJUAN FIZIKAL
    Bil. Agensi Pelaksana Bil. Projek BM DJ IJ LJ SS
     

    1

    Pejabat Daerah / Tanah  

    313

    9 0 95 0 209
    2.88% 0.00% 30.35% 0.00% 66.77%
     

    2

     

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

     

    976

    26 0 245 47 658
    2.66% 0.00% 25.10% 4.82% 67.42%
     

    3

    Jabatan Pengairan & Saliran Selangor (JPS) 43 0 0 26 0 17
      0.00 0.00 60.47% 0.00 39.53%
     

    4

     

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor

     

    303

    62 0 58 0 183
    20.46% 0.00 19.14% 0.00 60.39%
       

    JUMLAH

     

    1,635

    97 0 424 47 1067
    5.93% 0.00% 25.93% 2.87% 65.26%

    Petunjuk:-

     

    BM  –  Belum  Mula,  DJ   –   Dahulu   Jadual,   IJ   –   Ikut   Jadual,   LJ   –   Lewat   Jadual,   SS – Siap Sepenuhnya.

    Secara keseluruhannya, prestasi kemajuan fizikal adalah baik dan memuaskan. Pencapaian ini adalah susulan dari penetapan Key Performance Indicator (Kpi) oleh Kerajaan Negeri iaitu 85% dari siling yang diperuntukkan harus dibelanjakan pada tanggal 30 September 2017 serta garis panduan jadual pelaksanaan seperti berikut:-

    Tempoh Sasaran Pelaksanaan
    Oktober – Disember

     

    (3 bulan)

    Penyediaan inventori projek dan Bill Of Quantities (BQ) oleh agensi pelaksana.
    Januari – Mac

     

    (3 bulan)

    Proses perolehan secara sebut harga dan tender oleh agensi pelaksana
    April – September

     

    (6 bulan)

     

    Pelaksanaan projek secara fizikal di tapak

    Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri mendapati masih terdapat projek yang dilaksanakan secara fizikal melepasi bulan September setiap tahun. kelewatan penyiapan bagi projek-projek yang dimaksudkan adalah secara umumnya dipengaruhi oleh kekangan dan halangan seperti berikut:-

    • Pada asasnya projek yang dilantik kontraktor perlu diawasi. Namun begitu, pengawasan di tapak pula perlu disesuaikan dengan bilangan kakitangan dengan latar belakang teknikal yang kompeten di peringkat agensi pelaksana untuk mengelak isu kualiti projek yang tidak memuaskan. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa sesetengah agensi pelaksana berhadapan dengan sumber tenaga kerja yang terhad;
    • Terdapat kes di mana agensi pelaksana mengulangi semula proses perolehan untuk mengoptimumkan baki peruntukan atau penjimatan selepas perolehan yang direkodkan pada kadar kira-kira 20% dari anggaran kos projek;
    • Tahun 2017 adalah tahun pertama di mana agensi pelaksana seperti Pejabat Daerah / Tanah (PDT) menerima siling mengikut panjang jalan (km) yang didaftarkan dalam Sistem MARRIS Online. Agensi pelaksana bagi PDT Sabak Bernam misalnya mengambil masa untuk menyemak dan mewujudkan senarai projek mengikut keperluan sebenar di tapak berikutan siling berjumlah RM13,125,113.11 pada tahun 2017 adalah melebihi nilai projek semasa yang telah diinventorikan;
    • Manakala, terdapat beberapa kes terpencil yang lain di mana projek terpaksa dibatalkan berikutan pertindihan projek dengan agensi lain di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.