223) KAWASAN SEMAK SAMUN DI RUMAH KOSONG/TANAH LAPANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri atau Kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pemilik rumah/tanah jika degil membersihkan kawasan yang penuh dengan sampah atau semak samun?
-
Bolehkah kerajaan menyita rumah/lot yang disebut di atas jika pemilik rumah/tanah gagal berbuat demikian?
223) KAPASITI ICU SELANGOR YANG TIDAK MENCUKUPI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh membantu dalam isu kapasiti ICU yang tidak mencukupi di bawah Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri menyelesaikan kekurangan tong oksigen yang serius di kawasan hospital / tempat perubatan?
-
Sebarang perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu-isu diatas?
223) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sehingga kini, apakah prestasi pencapaian program tersebut?
223) INDUSTRI PELANCONGAN KETIKA RINGGIT JATUH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana prestasi Industri Pelancongan dalam tempoh matawang Ringgit Malaysia menurun?
-
Bagaimana permintaan terhadap sektor pelancongan kesihatan di Selangor? Apakah rancangan jangka panjang bagi meningkatkan pelancongan sektor ini?
223) PERPARITAN TANAH KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri menaiktaraf parit di kawasan kampung-kampung yang terkesan dengan banjir?
-
Berapakah peruntukan bagi kerja menaiktaraf parit di kawasan kampung di DUN Hulu Bernam tahun 2024?
-
Berapa jumlah permohonan menaiktaraf parit di DUN Hulu Bernam yang telah diluluskan?
223) PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL WALAUPUN DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI TIDAK DILIPUTI OLEH SISTEM KUTIPAN SAMPAH YANG SEMPURNA, NAMUN KUTIPAN YANG TELAH DIPERKENALKAN KETIKA INI ADALAH BAIK BAGI KELESTARIAN ALAM DI KAWASAN KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Adakah program ini boleh ditambah baik di kawasan DUN Sg Burong?
-
Adakah fasiliti sedia ada di DUN Sg Burong boleh diperbaiki?
223) SYARIKAT ABBAS DAN SPLASH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor bercadang membiayai pembelian syarikat ABBAS dan SPLASH tanpa menaikkan tarif air?
223) SISTEM PENANGKAP KILAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Adalah difahamkan bahawa kebanyakan bangunan-bangunan tidak mempunyai sistem penangkap kilat. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri?
223) TANGKI SIMPANAN AIR TERCEMAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prosedur penyelenggaraan tangki simpanan air di flat-flat kediaman bagi mengelakkan ia tercemar?
-
Siapakah yang lantik oleh kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk tidak tercemar?
223) TANAH PERKUBURAN ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka kawasan perkuburan yang baru di kawasan Bukit Cerakah?