Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

223) SYARIKAT ABBAS DAN SPLASH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor bercadang membiayai pembelian syarikat ABBAS dan SPLASH tanpa menaikkan tarif air?

    Objektif utama penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor adalah untuk mewujudkan satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan di kawal selia oleh SPAN bagi merealisasikan industri perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:-

     

    • Industri perkhidmatan air diuruskan secara holistik melalui sebuah syarikat yang dimiliki atau di bawah kawalan Kerajaan Negeri;

     

    • Operator perkhidmatan air yang dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) – Industri Perkhidmatan Air yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pengawasan dan pemantauan ke atas prestasi operator akan dapat dilaksanakan lebih teratur dan berkesan terutamanya ke atas aspek ekonomi, teknikal, sosial dan perlindungan pengguna. Ini dapat mengujudkan sistem tadbir urus yang lebih cekap dan telus di mana kepentingan rakyat akan diberi perhatian utama

     

    • Operator yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

     

    • Saya juga ingin menjelaskan bahawa melalui penstrukturan semula, Kerajaan Negeri telah mengambil satu tindakan preventif untuk menghalang pihak konsesi melaksanakan kenaikan kadar tarif sejak 2008 lagi walaupun ianya terkandung dalam perjanjian konsesi. Sekiranya penstrukturan ini tidak dilaksanakan, tarif sudahpun dinaikkan sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2009, 2012 dan 2015 iaitu kenaikan sebanyak 105% kepada RM2.86 bagi setiap meter padu berbanding dengan RM1.39 pada masa

     

    • Untuk tujuan penstrukturan industri air di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri perlu membuat tawaran mengambilalih syarikat konsesi. Antara kaedah penilaian yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri bagi membuat tawaran kepada Pemegang Konsesi adalah Book Value, Return on Equity dan Discounted Cash Flow yang juga merupakan amalan yang diiktiraf antarabangsa.

     

    • Bermula pada 13 Februari 2009, Kerajaan Negeri telah memulakan usaha untuk menawarkan kepada keempat-empat pemegang konsesi namun kesemua pemegang-pemegang konsesi telah menolak kerana tawaran Kerajaan Negeri tidak mengambil kira liabiliti pemegang

     

    • Seterusnya, pada 25 Jun 2009, satu lagi tawaran telah dikemukakan kepada keempat-empat syarikat menggunakan kaedah Adjusted Discounted Cash Flow. ABASS telah menerima tawaran tersebut manakala Puncak Niaga Sendirian Berhad dan SYABAS telah menolak tawaran

     

    • Bagi SPLASH, melalui surat bertarikh 15 Julai 2009, Kerajaan Negeri telah memberikan penjelasan bahawa O&M operator bagi SSP1 dan SSP3 akan dikekalkan. Seterusnya pada 20 Julai 2009, pihak SPLASH telah memaklumkan untuk menerima tawaran Kerajaan Negeri yang bernilai RM2,975 juta iaitu dengan pecahan berikut:

     

    • Nilai Ekuiti sebanyak RM1,579 juta; dan
    • Nilai Liabiliti sebanyak RM1,396

     

    • Persetujuan SPLASH untuk menerima tawaran Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan oleh SPLASH kepada pihak Kementerian melalui surat bertarikh 15 Oktober 2009 yang antara kandungan surat itu menyatakan bahawa:

     

    “SPLASH will not be in a position to accept any other offer or proposal which in totality, is inferior to the State’s offer. To accept terms which are inferior in projected value and equity returns to SPLASH would be detrimental not only to our shareholders but also to the debt/capital markets in general.”

     

    • Kerajaan Negeri telah sekali lagi bagi kali yang ketiga, membuat tawaran kepada semua Pemegang Konsesi pada 06 Januari 2011 berdasarkan kaedah Return on Equity (ROE) sebanyak 12% pada tahun berakhir 2010. Kesemua Pemegang Konsesi menolak tawaran tersebut kecuali ABASS yang menerima dengan meletakkan syarat pengambilalihan kesemua bon syarikat sebagai sebahagian daripada penerimaan

     

    • Salah satu komponen di dalam penyelesaian isu penstrukturan ini adalah tuntutan syarikat-syarikat konsesi ke atas bayaran penuh aset lebihan (surplus asset value dan receivables). Pada ketika Kerajaan Negeri membuat

     

    tawaran pada 20 Februari 2013 iaitu tawaran kali keempat kepada kesemua Pemegang Konsesi. Kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah Return on Equity sebanyak 12% dicampurkan dengan nilai liabiliti yang akan diambil alih. Tawaran tersebut meletakkan satu klausa bahawa isu bayaran mengenai aset lebihan tertakluk kepada bayaran penuh oleh PAAB.

     

    1. Puncak Niaga dan SYABAS menolak tawaran ini. Manakala SPLASH dan ABASS menerima tawaran tersebut tertakluk kepada bayaran penuh kepada aset lebihan.

     

    1. Pada 21 November 2013, Kerajaan Negeri membuat satu lagi tawaran. Puncak dan SYABAS telah membuat tawaran balas secara bersyarat, namun Kerajaan Negeri berpendirian syarat-syarat yang dikemukakan oleh Pemegang Konsesi tidak boleh diterima. Antara syaratnya ialah Puncak Niaga Holdings Berhad menuntut pampasan bagi kenaikan tarif yang tidak dilaksanakan dan bayaran penuh untuk aset lebihan (receivables) yang tertunggak. Manakala SPLASH dan ABASS menerima tawaran tersebut tertakluk kepada bayaran penuh kepada aset lebihan.

     

    1. Seterusnya pada 26 Februari 2014, Kerajaan Negeri sekali lagi mengemukakan tawaran menggunakan kaedah penilaian ROE. Tawaran ini bernilai RM9,650 juta. Tetapi tawaran ini dibuat tanpa klausa pembayaran nilai aset lebihan kerana PAAB telah menyatakan pendirian bahawa aset lebihan tidak akan dibiayai oleh PAAB. Tawaran ini telah ditolak oleh SPLASH tetapi diterima oleh ABASS. Manakala bagi PNHB pula, walaupun tidak diterima sepenuhnya, PNHB telah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Kerajaan

     

    1. Kerajaan Negeri akan senantiasa menjamin kepentingan rakyat. Walau bagaimanapun, persepsi komuniti perniagaan dan pelabur asing tentang ketelusan dan keadilan perlu juga diberi perhatian. Saya percaya bahawa komuniti perniagaan sama ada di luar ataupun di dalam Negeri Selangor ini sedang melihat tindak tanduk Kerajaan Negeri terutama dalam perkara- perkara yang melibatkan kepentingan komuniti

     

    1. Saya juga ingin menjelaskan bahawa usaha penstrukturan semula industri air ini melibatkan kos yang sangat tinggi. Yang Berhormat Pelabuhan Klang telah memaklumkan nilai RM9.65 billion dan menuntut supaya Kerajaan Negeri bekerja keras untuk mengekalkan angka tersebut. Namun demikian, angka RM9.65 billion itu adalah berdasarkan kepada penilaian ke atas ekuiti dan bon syarikat-syarikat konsesi pada tahun nilaian 2012. Selagi konsesi berjalan dan penstrukturan tidak dimuktamadkan, nilai penstrukturan semula akan terus meningkat melalui peningkatan nilai bon dan

     

    1. Kita harus akur bahawa kos yang terlibat dalam penstrukturan industri air ini adalah sangat besar. Kos-kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Selangor. Selain daripada kos untuk menyelesaikan penstrukturan, Kerajaan Negeri dan Air Selangor juga perlu menyediakan kos bagi pengoperasian dan penambahbaikan sistem rawatan dan sistem agihan. Tidak cukup dengan itu, kos penyediaan Air Percuma sebanyak RM162 juta setahun juga menjadi tanggungan kepada Kerajaan Negeri dan Air Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mahukan perkhidmatan yang terbaik, menyediakan sistem pemantau yang canggih. Ini semua memerlukan kos dan merupakan cabaran yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri dan Air Selangor dengan kadar tarif sedia

     

    1. Namun demikian, sebagai Kerajaan yang Peduli Rakyat, apapun juga pendekatan yang akan diambil, termasuk dalam hal penstrukturan industri air, Kerajaan Negeri akan memberi jaminan untuk berusaha sebaik mungkin untuk memastikan apa jua kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan Air Selangor akan diuruskan secara bertanggungjawab dan berhemah. Sebarang kenaikan tarif akan mengambil beban kira kos sara hidup rakyat dan menjamin tarif yang affordable dan tidak

Lampiran

Tiada Lampiran.