222) MENTERI BESAR DAN EXCO TELAH MENGISYTIHARKAN HARTA MEREKA PADA TAHUN 2008. APAKAH DASAR-DASAR DEMI MEMBASMI GEJALA RASUAH DI KALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan dasar supaya semua kakitangan kerajaan peringkat tinggi seperti Pegawai Daerah, YDP Majlis dan pengarahpengarah untuk setiap Jabatan mengisytiharkan harta mereka demi memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala rasuah?

  2. Adakah kerajaan akan mengehadkan jumlah tunai yang boleh dibawa oleh pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugas? Kalau tidak sila nyatakan alasannya?

  3. Bagaimanakah kerajaan boleh mengelakkan kakitangan kerajaan daripada terlibat dalam kegiatan rasuah?

222) PROGRAM LATIHAN DAN MOTIVASI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memulakan kembali program Pembangunan Insan yang mensasarkan berbagai organisasi dan kumpulan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang boleh digunakan dalam perlaksanaan program tersebut?

    Klik jawapan »

222) PENSIJILAN PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Berapa kilang kelapa sawit yang beroperasi di Negeri Selangor yang mempunyai pensijilan dan tauliah untuk eksport ke luar negara?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah (ton) kelapa sawit daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dieksport ke luar negara?

    Klik jawapan »

  3. Adakah PKPS menyertai kumpulan RSPO?

    Klik jawapan »

222) PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN AIR SELANGOR OLEH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan manfaat yang diperolehi oleh rakyat Selangor berikutan pengambilalihan pengurusan air Selangor oleh kerajaan negeri daripada syarikat-syarikat konsesi sebelum ini. Adakah jaminan bahawa tarif air tidak akan meningkat.

    Klik jawapan »

222) PEMERKASAAN PENGGERAK BELIA SELANGOR DI DUN BUKIT MELAWATI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Penggerak Belia Selangor di kawasan Kuala Selangor dan Bukit Melawati sepanjang 3 tahun kebelakangan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme penilaian gerak kerja Penggerak Belia Selangor dalam menggerakkan agenda pemerkasaan belia di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

222) PERKEMBANGAN TERKINI TENTANG PERANCANGAN MEMPERLUAS RANGKAIAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN LUAR BANDAR DI SUNGAI BURONG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis


  1. Bolehkah Kerajaan Negeri menjelaskan perkembangan terkini mengenai perancangan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam di kawasan luar bandar di Sungai Burong? Adakah ia termasuk jumlah lorong pejalan kaki bagi akses ke perkhidmatan tersebut dan pengangkutan "intercity" yang dilihat sangat perlu ketika ini? Senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai atau akan ada Lorong pejalan kaki bagi akses ke perkhidmatan tersebut.

    Klik jawapan »

222) PENGURUSAN SISA KUMBAHAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mengawal selia kuantiti kumbahan sisa daripada restoran, gerai makanan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kaedah atau sistem yang digunakan untuk mengawal selia minyak buangan bengkel-bengkel kenderaan motor dan jentera?

    Klik jawapan »

222) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Masalah sampah tidak diselenggara dan dibuang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Apakah langkah Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini?

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri terhadap sampah-sampah yang dibuang ke dalam sungai?

222) KUALITI KANDUNGAN AKHBAR SELANGOR KINI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Apakah Usaha untuk meningkatkan kualiti Akhbar Selangor Kini ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana usaha untuk menarik anak muda membaca Akhbar Selangor Kini?

    Klik jawapan »

222) STATUS USAHA MENANGANI GEJALA SOSIAL KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan mengawal fenomena 'vape' dan rokok di kalangan remaja yang masih belajar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan kerajaan menangani gejala dadah di kalangan remaja-belia di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kerajaan membantu mencegah aktiviti gengsterisme menular ke sekolah?

    Klik jawapan »