Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

222) STATUS USAHA MENANGANI GEJALA SOSIAL KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan mengawal fenomena 'vape' dan rokok di kalangan remaja yang masih belajar?

    Dalam mengawal fenomena ‘vape’, satu laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu ‘Vape’ Negeri Selangor telah dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 2/2016 pada 13 Januari 2016. Berdasarkan perbincangan tersebut, MMKN bersetuju agar :

     

    • selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak diberikan kepada penjual vape;

     

    • kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di Negeri Selangor sebagai kawasan larangan ‘vape’ dan penjualan ‘vape’ tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;

     

    • semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan;

     

    • dilarang menghisap ‘vape’ di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape; dan

     

    • penjualan ‘vape’ dan e-juice hanya dibenarkan di premis di dalam bangunan kedai

     

    Sumber : Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan,

    Unit Perancang Ekonomi Negeri

     

  2. Apakah pelan kerajaan menangani gejala dadah di kalangan remaja-belia di Selangor?

    Isu penagihan dadah di kalangan remaja dan belia merupakan salah satu daripada fokus Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Bagi menangani isu ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu:

     

    • Seminar Dadah kepada remaja dan belia dengan melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi penekanan mengenai bahayanya terlibat dengan dadah;

     

    • ceramah santai mengenai dadah di samping persembahan selebriti dimasukkan sebagai acara utama dalam Program Jelajah Generasi Idaman Selangor di mana bagi tahun 2015, sebanyak 3 daerah terlibat iaitu Sabak Bernam, Gombak dan Petaling; dan

     

    • kerjasama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Pangsapuri Seri Perantau dan Desa Mentari dengan melibatkan bekas-bekas penagih serta komuniti setempat telah diwujudkan dalam usaha menangani masalah
  3. Bagaimanakah kerajaan membantu mencegah aktiviti gengsterisme menular ke sekolah?

    Dalam membanteras aktiviti gengsterisme yang menular di kalangan pelajar sekolah, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di mana pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di antaranya :

     

    a)            Jelajah Generasi Idaman Selangor

     

    Program ini melibatkan penglibatan Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memberi penerangan mengenai bahayanya gejala sosial dan jenayah. Di samping itu, ceramah santai oleh selebriti terkenal turut dilaksanakan untuk menarik minat anak muda hadir ke sesi tersebut

     

    b)           Program Motivasi Ambang Sekolah Menengah

     

    Program ini dilaksanakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk memberi pendedahan berkaitan langkah pencegahan daripada terlibat masalah gejala sosial seperti buli, ponteng, dan termasuk gengsterisme.

     

    c)            Seminar Remaja

     

    Seminar remaja dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah, PDRM dan AADK bertujuan memberi pendedahan mengenai langkah pencegahan remaja supaya tidak terjebak dalam masalah gejala sosial. Melalui program ini juga peserta diberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan diri yang berkualiti oleh kaunselor bertauliah.

     

    1. Kesemua program    tersebut    dilaksanakan   secara    bersepadu                     dengan menggunakan kaedah 5P iaitu Pembangunan, Pencegahan, Pencelahan , Penguatkuasaan    dan

Lampiran

Tiada Lampiran.