221) JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan jumlah pengeluaran hasil padi?
-
Apakah penyelesaian dan pelan Kerajaan bagi mengurangkan masalah penyakit padi?
221) TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu skim insurans pekerjaan atau satu tabung pemberhentian pekerja di Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba akibat syarikat bankrap, pemecatan pekerja atau syarikat berpindah?
-
Apakah dasar dan perancangan Kerajaan Negeri membantu pekerja-pekerja dapat mencari pekerjaan baru jika berlaku perkara di atas?
221) JPS ( PERPARITAN DAN PENGAIRAN )
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah Peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010 untuk menyelenggara parit-parit sebu di dalam kawasan kampungkampung di luar bandar ?
-
Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
-
Sila nyatakan perbelanjaan yang telah dilaksanakan sehingga bulan September 2010.
221) KEBERKESANAN BANTUAN KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA GOLONGAN MARHAEN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan memastikan golongan yang memerlukan memang mendapat bantuan kerajaan yang mencukupi?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menambahbaik program mengurangkan beban golongan miskin secara menyeluruh?
221) NELAYAN DARAT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah nelayan darat yang telah berdaftar dari 2014-2016
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu nelayan tersebut?
221) KES DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kepada kes denggi Yang makin meningkat di Negeri Selangor. Apakah langkah yang diambil supaya dapat mengatasi kes tersebut?
221) PENTADBIRAN DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan pentadbiran Kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan lain-lain tertumpu di sekitaran Bandar Baru Bangi, sedangkan Daerah Hulu Langat terlalu luas termasuk Ampang dan Pandan, apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
221) SAMPAH HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tanah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di Selangor?
-
Dari jumlah itu berapakah pula jumlah yang telah diambil tindakan rampasan tanah?
221) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah proses lantikan penilaian wajar atau ‘due diligence' Syarikat Redland Sdn. Bhd. dibuat bagi membangun Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Senaraikan penyewa terkini di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang berserta kadar sewa yang dikenakan.
-
Berapa jumlah kutipan sewaan perbulan di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang bagi tahun 2022 hingga Jun 2024?
221) MASALAH PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMBINAAN KELAS F RUMAH PPRT DI DAERAH PETALING
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor daerah ini yang enggan membantu kerajaan negeri untuk menyiapkan rumah pprt yang telah diluluskan?
-
Apakah kerajaan negeri akan menyemak semula harga pembinaan rumah PPRT?
-
Apakah pihak kerajaan negeri bersedia melantik kontraktor dari luar daerah Petaling?