Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

221) KES DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kepada kes denggi Yang makin meningkat di Negeri Selangor. Apakah langkah yang diambil supaya dapat mengatasi kes tersebut?

     

    Kerajaan Negeri Selangor perlu akur kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku agensi pusat yang mengeluarkan sebarang arahan tentang isu-isu kesihatan di Malaysia. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) memainkan peranan penting di dalam usaha-usaha membanteras wabak Denggi di Negeri Selangor.

    Walau   bagaimanapun,   Kerajaan    Negeri   Selangor   telah               melaksanakan pelbagai usaha pencegahan dan kawalan Denggi, antaranya:

    1. Kempen-kempen kesedaran Denggi dan Program Terjah dan Musnah Aedes;
    2. Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang bermesyuarat secara dwi-mingguan;
    3. Memberi pendedahan berkaitan isu denggi di dalam khutbah Jumaat dan ceramah di masjid dan surau;
    4. Melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Aedes dan Retreat Pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik Sifar Aedes;
    5. Mewujudkan satu laman sosial ‘Facebook’ Selangor Bebas Denggi untuk mengemaskini maklumat sereta membuat hebahan tentang program-program Denggi di Negeri Selangor;

    Selain itu,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan usaha-usaha kawalan dan pencegahan Denggi antaranya seperti berikut:

    1. Mengadakan taklimat kesedaran Denggi di Tadika, Sekolah, IPT, Jabatan Kerajaan, Industri, Rumah Ibadat dan Persatuan Penduduk;
    2. Search & Destroy Aedes Ranger;
    3. Kajian Nyamuk Toxo;
    4. Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis;
    5. Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri

     

    Segala usaha ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di dalam membantu mencegah wabak Denggi di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.