220) PERUNTUKAN KAWASAN ADN BARISAN NASIONAL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peruntukan kawasan yang telah diberi dan digunakan oleh ADN Barisan Nasional daripada Kerajaan Negeri Selangor sejak 2013.
-
Nyatakan kegunaan peruntukan ADN Barisan Nasional sejak tahun 2013.
220) PINDAH MILIK SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan SFV akan dipindahkan/diusahakan sepenuhnya kepada/oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dari Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn. Bhd. (SOPIC)pada tahun 2015. Bertanya kepada Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar: a) Apakah sebab utama PKPS mahu mengambil alih dari SOPIC? b) Apakah perancangan PKPS selepas mengambil alih SFV?
220) BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Selangor akan membekalkan Bas Percuma Smart Selangor di DUN Teratai?
-
Berapakah kos tahunan yang terlibat untuk membekalkan bas percuma untuk satu laluan, termasuk gaji pemandu, minyak dan sebagainya?
220) PERSIAPAN MENGHADAPI RAMALAN CUACA LEMBAP
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan Kerajaan Negeri bagi menghadapi ramalan hujan berpanjangan dan Fenomena Air Pasang Besar antara November 2022 hingga Mac 2023?
-
Apakah implikasi kepada rakyat atas pengumuman Darurat Iklim sekiranya berlaku?
220) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menambahkan lokasi kemudahan WIFI percuma selain daripada 112 lokasi melalui peruntukan Geran Selangorku? Jika tidak, nyatakan sebabnya
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk WIFI Selangorku pada tahun 2013 dan tahun 2014
220) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah jumlah kelulusan Kad Peduli Sihat mengikut DUN dan mengikut katagori termasuk warga emas dan OKU?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia menambah peruntukan utk pembiayaan Skim Peduli Sihat ini?
220) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BAHARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status tapak pemindahan baharu yang dijanjikan kepada 39 peniaga yang diusir akibat pembinaan lebuhraya EKVE di susur Ukay Perdana yang telah berlarutan lebih dari 2 tahun?
220) JANJI PEMBINAAN RUMAH ALTERNATIF UNTUK 5 BUAH PELADANG DI BATANG BERJUNTAI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini untuk lebih kurang 300 orang pekerja ladang dari 5 buah ladang (Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tegar ) di Batang Berjuntai Daerah Kuala Selangor, Selangor yang menuntut pembinaan rumah alternatif oleh Tetuan Berjayacity, anak syarikat Tetuan Berjaya Corporation?
-
Apakah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini untuk membantu para peladang?
220) MISKIN BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah golongan miskin bandar di Selangor sehingga sekarang mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin bandar di Selangor?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang diluluskan untuk membantu golongan tersebut mengikut kawasan PBT.
220) LEBURAYA DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tarikh dibina, tarikh siap, nama syarikat konsesi dan kadar tol semua lebuhraya yang melalui Selangor
-
Nyatakan lebuhraya yang Kerajaan Negeri mempunyai pegangan saham dan jumlahnya