218) PEMBANGUNAN SEMULA PANTAI BATU LAUT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan bersedia untuk menyediakan peruntukkan bagi pembangunan semula kawasan Pantai Batu Laut sepertimana yang telah dicadangkan melalui Majlis Daerah Kuala Langat?
218) TANAH KERAJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah Kuala Langat atau di Sepang untuk membina sebuah krematorium moden demi kemudahan dan keselesaan Rakyat, i) Sila menyatakan kos pembinaan; ii) Keluasan tapak dan i) Kos pembinaan.
218) PROJEK PENAIKTARAFAN PADANG KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Kerja penaiktarafan Padang Kompleks Sukan Pandamaran yang telah disempurnakan tidak sama dengan pelan asal seperti yang diumumkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang pada awal tahun 2016. Adakah kerjakerja yang dinyatakan dalam pelan asal masih akan dilakukan, terutamanya membina satu tandas baru dan satu bangunan untuk disewa kepada restoran seperti KFC?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah vandalisme terhadap alat-alat yang telah dipasang di padang tersebut yang sangat serius?
218) PRESTASI KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan kewangan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad?
-
Apakah status membayar balik hutang KHSB kepada Kerajaan Negeri?
218) PEMULIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang haram yang telah berjaya dalam proses pemutihan mulai 2008 sehingga kini?
-
Berapakah peningkatan hasil cukai pintu dan tanah melalui pemutihan kilang- kilang tersebut ?
218) MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam di Negeri Selangor pada masa kini?
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaiktaraf dengan menyediakan kemudahan Pengangkutan Awam yang lebih efisien dan moden demi keselesaan rakyat pada masa hadapan?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cadangan seperti menyediakan kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar kawasan Bandar DiRaja Klang umpamanya pada masa hadapan?
218) LESEN MENIAGA PASAR MALAM DAN PASAR PAGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mengapakah permohonan lesen meniaga pasar malam dan pasar pagi dibekukan terlalu lama?
-
Adakah ianya hanya di MPSJ sahaja atau semua pihak PBT terbabit dalam pembekuan lesen ini?
218) PROGRAM BLUE PRINT MEMBASMI KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah kelulusan yang telah diberikan di Dun Paya Jaras sejak 2008?
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk perniagaan IT?
218) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pencapaian dan kelemahan program Penggerak Belia Tempatan yang telah dijalankan bagi tempoh beberapa tahun.
218) PUSAT KESIHATAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan yang disalurkan bagi setiap Pusat Kesihatan di setiap daerah di Selangor?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan bagi menaiktaraf Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Desa di kawasan Dun Semenyih?