Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

218) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pencapaian dan kelemahan program Penggerak Belia Tempatan yang telah dijalankan bagi tempoh beberapa tahun.

    Antara pencapaian yang telah dicapai melalui perlaksanaan program-program

    Pengerak Belia Tempatan (PeBT) adalah sebagaimana berikut :-

    1. Dapat melaksanakan visi dan misi kerajaan Negeri Selangor bagi melahirkan Belia Ehsan Selangor yang berdaya saing.
    2. Mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan belia serta mengeratkan hubungan silaturrahim.
    3. Dapat membentuk jati diri yang padu bermula dari dalam jiwa dan diterjemahkan dengan sikap dan akhlak murni khususnya sebagai pemimpin belia setempat.
    4. Dapat melahirkan golongan belia yang berkaliber untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

    Antara kelemahan-kelemahan dalam perlaksanaan program-program PeBT yang boleh ditambah baik adalah sebagaimana berikut :-

    1. Memperhebatkan lagi promosi untuk sesuatu program yang hendak dijalankan untuk mendapatkan sambutan daripada orang awam terutamanya golongan belia.
    2. Kurang mendapat sambutan daripada Ahli Majlis dan ADUN di mana PBT hendaklah memainkan peranan penting dalam mendapatkan kerjasama daripada mereka.
    3. Perancangan awal untuk melaksanakan sesuatu program agar sesuatu kekurangan dan kelemahan dapat dielakkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.