21) PROJEK LRT 3
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek LRT 3 akan siap sepenuhnya?
-
Adakah projek LRT 3 tersebut dapat disiapkan mengikut jadual?
-
Apakah implikasi projek LRT 3 terhadap unjuran jumlah kenderaan harian di Daerah Klang setelah LRT 3 beroperasi sepenuhnya?
21) KESESAKAN JALAN DI SG. SEKAMAT, KAJANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek pembangunan yang telah diluluskan di sekitar kawasan Sg. Sekamat.
-
Berdasarkan projek yang telah diluluskan, berapakah anggaran kenderaan yang akan menggunakan jalan tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan Sg. Sekamat yang kini mengalami kesesakan yang serius?
21) PROGRAM KESIHATAN RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang diadakan, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dan jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat?
-
Apakah mekanisme bagi memastikan program kesihatan dinikmati oleh semua rakyat tanpa ada yang terpinggir?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang memperkenalkan perkhidmatan perubatan seperti Klinik 1Malaysia?
21) BAS KOMUNITI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah objektif bas komuniti diwujud dan disediakan?
-
Siapakah golongan yang disasarkan untuk mendapat menfaat dari program ini?
21) Aplikasi Selangkah
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk pelaksanaan penggunaan aplikasi SELangkah?
-
Apakah proses pemilihan aplikasi SELangkah dibuat secara tender terbuka atau runding terus?
-
Sejauh manakah aplikasi SELangkah berjaya dalam memenuhi objektif Kerajaan Negeri dalam mencegah penularan Covid-19?
21) HOMESTAY
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perbezaan konsep homestay dan AirBnb?
-
Bagaimanakah Kerajaan memupuk pendaftaran dan menjalankan aktiviti homestay?
-
Nyatakan bilangan dan lokasi homestay di Negeri Selangor.
21) DASAR MERAKYATKAN MAKLUMAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakan kerajaan negeri serius memperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat sebagai tanda menjayakan agenda ini?
-
Apakah Strategi dan program khusus bagi melaksanakan agenda ini bagi tahun 2010?
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan dasar ini?
21) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik bilangan projek perumahan yang terbengkalai dan sedang diatasi mengikut PBT tahun 2009?
21) PROGRAM BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penerima manfaat BINGKAS berbelanja secara berhemah terutamanya untuk membeli makanan yang berkhasiat?
-
Nyatakan trend pembelian barangan oleh penerima manfaat BINGKAS.
-
Apakah "exit policy" BINGKAS supaya bantuan boleh disasarkan kepada pendaftar baru yang lebih memerlukan?
21) PERLESENAN SAMPAN DI KUALA LANGAT DAN SEPANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah punca lesen sampan dibekukan ekoran sumber laut berkurangan?
-
Apakah langkah-langkah pihak berwajib memastikan sumber laut sentiasa mencukupi dengan jumlah nelayan yang ada?
-
Senaraikan statistik kompaun yang dikenakan kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen ketika aktiviti menangkap ikan.