Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

21) PROJEK LRT 3

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah projek LRT 3 akan siap sepenuhnya?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Tarikh siap asal yang dijangkakan untuk Projek Light Rail Transit Laluan 3 (LRT3) adalah pada 28 Februari 2024. Walau bagaimanapun, projek ini mengalami kelewatan disebabkan kekangan kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira impak kelewatan tersebut, tarikh siap projek yang baru masih dalam analisa terperinci oleh pihak Prasarana sebagai Pemilik Projek dan akan dimuktamadkan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

  2. Adakah projek LRT 3 tersebut dapat disiapkan mengikut jadual?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Tarikh siap asal yang dijangkakan untuk Projek Light Rail Transit Laluan 3 (LRT3) adalah pada 28 Februari 2024. Walau bagaimanapun, projek ini mengalami kelewatan disebabkan kekangan kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira impak kelewatan tersebut, tarikh siap projek yang baru masih dalam analisa terperinci oleh pihak Prasarana sebagai Pemilik Projek dan akan dimuktamadkan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

  3. Apakah implikasi projek LRT 3 terhadap unjuran jumlah kenderaan harian di Daerah Klang setelah LRT 3 beroperasi sepenuhnya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setiap pelaksanaan projek berimpak tinggi akan dijalankan penilaian terhadap kesan lalu lintas (Traffic Impact Assessment-TIA). Bagi projek LRT3, penilaian TIA telah dijalankan di sepanjang koridor LRT3 serta sebahagian daerah Klang yang juga termasuk dalam koridor LRT3. Butiran terperinci data kajian TIA melibatkan jalan-jalan utama sepanjang koridor LRT3 termasuk jalan-jalan di dalam daerah Klang adalah seperti di Lampiran 1.

    Setelah LRT3 beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024, perkhidmatan LRT3 juga akan membantu menyediakan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk di kawasan koridor LRT3 ini. Impak trafik di jalanraya sepanjang koridor LRT3 dijangka akan berkurangan secara beransur-ansur sebanyak 4% sehingga 13% sebaik sahaja LRT3 mula beroperasi pada tahun 2024. Seiring dengan berlalunya masa, unjuran penurunan trafik dijangka bertambah sebanyak 15% hingga 20% dengan disokong oleh sistem bas perantara yang lebih banyak dan komprehensif.

Lampiran

Tiada Lampiran.