211) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan akan melantik ahli-ahli satu lagi jawatankuasa yang fungsinya sama dengan JKKK. Apakah perbezaan bidang tugas kedua-dua jawatankuasa ini serta langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan kekeliruan yang wujud di kalangan rakyat?
-
Apakah dasar kerajaan mengenai pelantikan dan pemilihan JKKK?
-
Pentadbiran negeri sebelum ini tidak memerlukan JKKK untuk menyerahkan laporan aktiviti dan belanjawan kewangan tahunan. Apakah dasar kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran JKKK?
211) PERUMAHAN DAN HAK MILIK TANAH FELDA DI HULU SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek pecah tanah untuk rumah 2012 oleh Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor di FELDA Sg Tengi Selatan?
-
Apakah status permohonan geran peneroka peringkat 6 di FELDA Soeharto dan Felda Sungai Tengi Selatan?
-
Kenapa tanah yang diambil oleh MB Incorp (MBI) seluas 1800 ekar tidak diagih- agihkan kepada peneroka seperti yang dijanjikan?
211) SKUAD PANTAS NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah anggota Skuad PANTAS, jumlah peruntukan dan kelengkapan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada skuad PANTAS mengikut pecahan PBT.
-
Apakah jenis latihan berkala yang diadakan kepada Skuad PANTAS dan juga kepada orang awam tentang persiapan bencana alam?
211) ANAK-ANAK RUMAH PELINDUNGAAN DAN LUAR TARAF
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah dan kemanakah nasib anak-anak yang dibesarkan dibawah rumah perlindungan selepas mencapai usia 18 tahun?
-
Apakah persiapan yang dibekalkan bagi anak-anak ini menghadapi dunia sebenar setelah keluar dari rumah perlindungan?
-
Apakah SOP pemberian IC pada anak-anak ini?
211) ANGGARAN CUKAI TANAH 2010
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sebenar yang telah berjaya dikutip?
-
Jika kutipan tidak menepati anggaran disemak, berapa banyak dan berapa peratuskah kekurangan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi menentukan agar kutipan sebenar menepati anggaran disemak?
211) TIADA KERJA DILAKUKAN DI TAPAK KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN, PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Jabatan Pengairan Dan Saliran telah melantik kontraktor untuk menaik taraf kunci air 51 di Jalan Papan, Pandamaran mulai 31/10/2013 hingga 3/7/2014 tetapi tiada kerja telah dilakukan atas tapak sehingga kini. Apakah langkah untuk memastikan tiada kelewatan untuk projek tersebut disempurnakan?
211) PENYELENGGARAAN TANAH-TANAH RIZAB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pihak yang harus bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan tanahtanah rizab seperti rizab sekolah, hospital dan sebagainya
211) PEKEBUN-PEKEBUN DI OLAK LEMPIT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Terdapat 13 orang pekebun telah mula bercucuk tanam di kawasan tersebut sejak 20 tahun dahulu. Kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tertentu berniat untuk merampas tanah tersebut. Adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membangunkan tanah tersebut? Jika ya, apakah rancangan tersebut?
-
Bilakah rancangan tersebut akan dilaksanakan?
212) DISKAUN PEMBELIAN RUMAH BUMIPUTERA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis rumah yang masih memiliki diskaun pembelian bumiputera dan jumlahnya?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menghapuskan diskaun bumiputera bagi mewujudkan konsep sama rata kepada pembeli?
212) PEMBANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DARUL MUJAHIDIN SIJANGKANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan projek pembangunan Sekolah Tahfiz Swasta ini?