211) TERDAPAT TANAH-TANAH DIBERI KEPADA PIHAK BERKUASA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, BALAI POLIS DAN SEBAGAINYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ekar tanah telah dipindah milik kepada PTP dalam masa 15 tahun yang lalu?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP, tetapi tidak dimajukan, senaraikan mengikut daerah?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP telah dijual kepada pihak ke 3
211) BANDAR BARU BANGI MEMERLUKAN SEBUAH `CONVENTION CENTRE`
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang mendirikan `Convention Centre` ini di Bandar Baru Bangi?
-
Dapatkah diterima lokasi `Convention Centre` ini di sekitar kawasan Tasik Cempaka?
-
Apakah konsep `Convention Centre` yang dicadangkan?
211) PROJEK DIBAWAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah projek pertanian PKPS dan anak syarikatnya pada tahun 2014?
-
Nyatakan prestasi setiap projek?
211) PERPARITAN – DI DUN IJOK PADA MUSIM HUJAN TERDAPAT KAWASAN BANJIR DAN BILA MUSIM PANAS AIR BERTAKUNG DI PARIT-PARIT DAN LONGKANG-LONGKANG, HINGGA MEMBAWA WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkanglongkang di PBT dan kampung-kampung?
-
Di harap Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengapa tiada peruntukan untuk Pembangunan & Pengurusan 2016 JPS di Ijok walaupun kawasan sering dilanda banjir dan banyak kes demam denggi?
211) LADANG KHINZIR MODEN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melantik pihak swasta untuk pelaksanaan ladang khinzir moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan ladang khinzir moden boleh beroperasi di Kuala Langat pada tahun 2018?
211) DASAR BAIK PULIH ATAU MEMPERKUKUHKAN BAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperkukuhkan semua ban atau ban-ban yang sering pecah?
-
Apakah status tanah hak milik di luar kawasan ban terutamanya yang telah terhakis oleh sungai akibat hakisan dan sebagainya?
211) KESESAKAN RUMAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang boleh dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri atau PBT untuk mengatasi masalah kesesakan rumah, terutamanya pekerja asing, contohnya 30 pekerja tinggal di dalam satu rumah teres
211) PEKEBUN KECIL KELAPA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan petani, pekebun kecil yang terlibat dalam aktiviti tanaman kelapa mengikut daerah di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan tersebut ?
211) STATUS TERKINI NAIKTARAF SISTEM PENGAIRAN SAWAH DI SAWAH SEMPADAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Naik taraf sistem pengairan sawah dengan bajet 12.9 juta baru melibatkan 2 daripada 12 di sawah sempadan kerana isu birokrasi pengambilan tanah. Apakah status terkini mengenai isu yang penting ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil berkenaan 10 sawah sempadan yang lain?
211) USAHAWAN MELALUI SKIM MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah usahawan yang telah dapat dilahirkan? Nyatakan pecahan mengikut daerah