Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

211) PEKEBUN KECIL KELAPA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan bilangan petani, pekebun kecil yang terlibat dalam aktiviti tanaman kelapa mengikut daerah di Negeri Selangor?

    Senarai petani dan pekebun kecil yang terlibat dalam aktiviti tanaman kelapa mengikut daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    DAERAH BILANGAN PESERTA KELUASAN (HA)
    GOMBAK 2 10.0
    HULU LANGAT 10 1.0
    HULU SELANGOR 1 3.2
    KLANG 520 504.0
    KUALA LANGAT 3,865 652.0
    KUALA SELANGOR 256 338.9
    PETALING 0 0.0
    SABAK BERNAM 3,281 7,939.3
    SEPANG 57 4.0
    JUMLAH 7,992 9,326.98

     

  2. Apakah langkah kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan tersebut ?

    Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000 pada tahun ini untuk pembangunan projek kelapa. Terdapat dua kategori tanaman yang dibantu iaitu kategori tanam semula kelapa dan juga kategori pemulihan projek kelapa sedia ada. Bantuan dan skop projek yang diberikan adalah seperti berikut:

    Kadar

    Pembiayaan

    Spesifikasi bantuan
    (i)     Penanaman Semula Kelapa
    RM 12,500.00 Tahun pertama : membiayai aktiviti penebangan, pembersihan kawasan, membina sistem perparitan, menambak tanah antara 2 parit (cambering), pagar, jalan ladang, input tanaman kelapa, input tanaman integrasi serta kos tenaga.
    RM 2,500.00 Tahun kedua,  ketiga dan keempat : benih sulaman (bilangan bergantung kepada bilangan anak pokok yang mati-bagi tahun kedua), baja, racun serangga, racun rumpai, input tanaman integrasi serta tenaga buruh
    (ii)   Pemulihan Kawasan Kelapa
    RM 2,500.00 Tahun pertama : benih kelapa sulaman, baja racun serangga, racun rumpai serta input tanaman integrasi.
    RM 1,500.00 Tahun kedua dan ketiga : benih sulaman (bilangan bergantung kepada bilangan anak pokok yang mati-bagi tahun kedua), baja, racun serangga, racun rumpai serta input tanaman integrasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.