175) HUTANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat bagi tempoh 5 tahun yang lalu dan perincikan perbandingan di antara negeri-negeri lain dalam tempoh yang sama.
-
Sila perincikan jadual pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun lalu.
-
Sila nyatakan sama ada terdapat permohonan pinjaman yang baharu yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam tempoh 5 tahun ini.
175) PUSAT REKREASI DI SERENDAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina pusat rekreasi berkongsepkan alam hijau di kawasan Serendah memandangkan di kawasan tersebut tidak mempunyai tempat beriadah yang sesuai dan terancang?
175) PROGRAM YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah program pendidikan yang masih dijalankan oleh Yayasan Selangor pada masa ini?
-
Nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh Yayasan Selangor kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor?
175) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci pusat dialisis swasta yang menyertai panel dialisis sihat Selangor.
-
Berapakah jumlah pesakit yang telah mendapatkan perkhidmatan ini mengikut pecahan kaum?
-
Nyatakan kekerapan rawatan dan kadar bayaran per-sesi bagi setiap pesakit yang menerima bantuan ini
175) RANCANGAN SELANGOR 2
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mula membentuk Rancangan Selangor 2?
-
Apakah garis masa untuk menulis draf, mengendalikan sesi libat urus dan meluluskan RS2?
175) TAMAN CERGAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapa jumlah taman cergas yang telah dan belum di laksanakan di setiap PBT?
-
Nyatakan sasaran perlaksanaan dan apakah faktor yang menyebabkan perancangan tersebut tidak dicapai, jika ada.
175) PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMENYIH 26 JUN 2019
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Kenapakah pencemaran ini masih terus berlaku dan apakah punca kepada pencemaran ini?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini daripada berulang semula?
175) GAJI, ELAUN DAN IMBUHAN YAB DATO’ MENTERI BESAR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan gaji, elaun bulanan dan imbuhan tahunan yang diterima oleh YAB Dato' Menteri Besar
-
Nyatakan perubahan nilai gaji, elaun dan imbuhan YAB Dato' Menteri Besar sejak tahun 2000 hingga kini.
175) PENUTUPAN KILANG-KILANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang yang telah ditutup dan kilang yang akan di tutup?
-
Berapakah jumlah pekerja yang akan kehilangan pekerjaan?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi ini?
175) MENGGUBAL SATU SOP BARU YANG LEBIH TERPERINCI SUPAYA MEMBOLEHKAN MASJID DAN SURAU DIBUKA KETIKA WAKTU PANDEMIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Saya ingin bertanya kepada EXCO Agama, tidak bolehkah Kerajaan Negeri dan juga agensi berkaitan hal-ehwal agama Islam menggubal satu SOP baru yang lebih terperinci supaya membolehkan masjid dan surau dibuka ketika waktu pandemik ini?