Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

175) PENGUATKUASAAN RUMAH URUT HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak rumah urut haram yang di wujudkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 2008 di Meru?

    Statistik rumah urut yang wujud di Meru sejak tahun 2008 hingga Mei 2013 seperti berikut:

    BIL PBT   BILANGAN RUMAH URUT  
    2008 2009 2010 2011 2012 2013
    1 MPKLANG 3 8 8 9
      JUMLAH 3 8 8 9
  2. Sejauh mana pihak MPK, JAIS, Polis, Imigresen dan TNB bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan rumah urut haram ini di Meru dan apakah bentuk tindakan agensi-agensi tersebut?

    Operasi penguatkuasaan dijalankan secara bersepadu antara Majlis Perbandaran Klang dan Polis Di Raja Malaysia dan kadangkala turut dibantu pihak Imigresen bagi memastikan pemilik tidak menggunakan Pendatang Tanpa Izin sebagai pekerja serta penyalahgunaan permit oleh pekerja itu sendiri. Selain itu, operasi bersepadu turut dijalankan bersama-sama pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tindakan yang diambil adalah:

    1. Sita dan kompaun sekiranya beroperasi tanpa lesen.
    2. Pekerja tanpa izin dan menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja akan ditangkap dan tindakan lanjut oleh pihak Imigresen.
    3. memastikan pengunjung atau pekerja yang beragama Islam di ambil tindakan di bawah peruntukan yang dilaksanakan

Lampiran

Tiada Lampiran.