170) INSENTIF HASIL PASIR UNTUK JKKK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan kepada JKKK hasil dari industri pasir?
-
Bagaimanakah insentif kewangan tersebut dimanfaatkan oleh JKKK dan kampung mereka?
170) AIR TERJUN SUNGAI GABAI, HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat merupakan destinasi pelancongan yang menarik bagi negeri Selangor dan menerima ramai pengunjung pada hujung minggu. Adakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan untuk menaiktaraf kawasan pelancongan tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri atau PBT bercadang melebarkan jalan masuk ke kawasan air terjun terbabit yang begitu sempit dan menyukarkan pengunjung untuk datang ?
-
Sila berikan maklumat lengkap badan ngo atau pihak swasta yang mengendalikan kawasan tersebut sekiranya tidak dikendalikan oleh pihak PBT ?
170) PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang dan Daerah Hulu Langat yang telah diselenggara atau dinaiktaraf pada tahun 2016- 2017.
-
Berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan raya di kawasan Hulu Langat pada 2016 dan 2017 dan sebanyak mana yang telah dibelanjakan?
170) 9 PROJEK TEBATAN BANJIR BERMASALAH (SAKIT) TERMASUK RBT DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan selanjutnya pihak kerajaan Selangor berkaitan Projek Tebatan Banjir yang bermasalah ini?
-
Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk Projek Tebatan Banjir DUN Sungai Kandis?
-
Apakah impak RTB yang sakit ini kepada kerajaan Selangor secara keseluruhannya?
170) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebenar pengambilalihan pengurusan air Selangor yang baru dimuktamadkan?
-
Dengan muktamadnya perjanjian pengambilalihan pengurusan, apakah langkah kerajaan bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin?
170) Keciciran Pelajar
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah status kadar keciciran pelajar di Negeri Selangor sehingga kini?
-
Apakah faktor pelajar yang keciciran daripada persekolahan dan pembelajaran?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani pelajar yang keciciran agar kembali ke sekolah?
170) PROGRAM SELANGOR JOB FAIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah keberkesanan Program Job Fair Selangor yang diadakan pada tahun lalu (2021) dalam menyediakan peluang pekerjaan terutamanya untuk golongan belia?
170) TAMAN PERMAINAN DALAM TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah setiap taman perumahan memiliki taman permainan?
-
Adakah PBT menetapkan syarat wajib pembinaan taman permainan didalam sesebuah taman perumahan?
-
Banyak taman permainan yang berada dalam keadaan yang tidak selamat untuk digunakan anak-anak di Dusun Tua, bolehkah PBT melakukan kerja naiktaraf atau pembaikan semula dalam masa yang terdekat?
170) MEDAN SELERA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Medan selera merupakan tempat makanan yang dilanggan orang ramai. Ia biasanya dibuka waktu petang dan malam. Baru-baru ini, terdapat penjaja di situ pun berbuka meniaga pada waktu tengah hari mengakibatkan aduan dari pengurus kedai makanan dan restoran di bangunan persekitaran. Apakah dasar berkenaan waktu buka / niaga untuk medan selera yang diuruskan oleh PBT?
170) PROGRAM BOLA SEPAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan kerajaan untuk mencungkil bakat?
-
Peruntukan tahunan dan biasiswa?