159) PERTANIAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bantuan dan kajian berkaitan tanaman sawah di kawasan Daerah Sabak Bernam dari tahun 2017-2019.
-
Nyatakan masalah-masalah utama punca pesawah mengalami kerugian yang teruk dari tahun 2018-2019.
159) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah sisa pepejal yang dikutip bagi tahun 2005-2015 mengikut pecahan PBT
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan meningkatkan keefisienan pengurusan sisa pepejal di Selangor?
-
Apakah strategi dan status Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal?
159) INSENTIF UNTUK PELADANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah insentif khas kepada peladang/nelayan di Negeri Selangor?
-
Berapakah sumbangan hasil daripada aktiviti perladangan kepada Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melonjakkan pendapatan hasil pertanian bersesuaian dengan anjakan ke arah IR 4.0?
160) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penghuraian Exco Perumahan tentang pecahan pembinaan perumahan mampu milik mengikut daerah
-
Berapakah keluasan tanah yang diperlukan untuk pembinaan rumah mampu milik dan berapa unit rumah yang boleh dibina dikawasan yang ditetapkan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina rumah mampu milik di Dun Kajang?
160) SELANGOR AVIATION SHOW 2022
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan Selangor Aviation Show 2022? Nyatakan secara terperinci kos program tersebut.
160) ISU TAPAK SURAU DAN MASJID
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan pengambilan tanah sebagai tapak masjid di Kampung Melayu Sungai Buloh?
-
Apakah status permohonan pengambilan tanah bagi surau At Taqwaniah di Kampung Paya Jaras Hulu?
-
Apakah Kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan naik taraf surau kepada masjid bagi Kampung Matang Pagar?
160) KEDAI PERJUDIAN HARAM (MESIN SLOT)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri ke atas pemilik kedai dan peniaga tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh PBT?
160) PENGANGGURAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kadar pengangguran golongan belia di Selangor mengikut daerah.
-
Apakah program sepanjang tahun 2019 yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada golongan belia mencari kerja?
160) PENUTUPAN KILANG ASING
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan faktor dan kilang yang telah menamatkan operasi di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?
-
Senaraikan jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan?
160) LOT GERAI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Untuk membantu para penjaja ,adakah pihak Kerajaan ada bercadang untuk membina lot-lot gerai di atas tanah kosong milik kerajaan sedia ada agar dapat menyediakan ruang berniaga yang lebih kemas cantik dan tersusun kepada mereka di samping dapat meningkat taraf ekonomi mereka? Di samping itu juga pihak Kerajaan Negeri juga boleh mendapat hasil daripada kadar sewaan gerai dan sebagainya. Diharap agar Kerajaan Negeri melalui pihak yang berkaitan dapat memperhalusi serta mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat memangkin sektor ekonomi di kawasan Batang Kali khususnya.