Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

160) ISU TAPAK SURAU DAN MASJID

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan pengambilan tanah sebagai tapak masjid di Kampung Melayu Sungai Buloh?

    Jabatan telah memohon penilaian tanah kepada JPPH dan akan memohon peruntukan kepada UPEN setelah nilaian daripada JPPH

  2. Apakah status permohonan pengambilan tanah bagi surau At Taqwaniah di Kampung Paya Jaras Hulu?

    Pengambilan akan diteruskan dengan menggunakan peruntukan yang akan disediakan oleh UPEN pada tahun

  3. Apakah Kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan naik taraf surau kepada masjid bagi Kampung Matang Pagar?

    Boleh dipertimbangkan sekiranya menepati syarat minima keluasan tanah, faktor jarak dari masjid-masjid kariah yang berhampiran, pertambahan kepadatan penduduk, mendapat sokongan dari Orang Besar Daerah dan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.