152) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan dan prestasi pelajar-pelajar MITS?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha membangunkan MITS Vokasional?
152) KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAWAT AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik penjawat awam yang telah didakwa dengan kesalahan salah laku berkaitan rasuah dalam tempoh 3 tahun ini?
-
Apakah modul yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam kursus menangani rasuah dalam kalangan penjawat awam?
152) STATUS DATARAN NIAGA DAERAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan dataran niaga?
-
Berapakah jumlah kos untuk membina dataran niaga tersebut?
-
Apakah fungsi dataran niaga setiap daerah diwujudkan berbanding bazar tani?
152) INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan yang digunakan untuk RIDE sejak pelancarannya?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu Rider P-Hailing untuk mencapai mobiliti sosial?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peralihan kepada E-Motosikal antara Rider P-Hailing?
152) PENGURUSAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membuat kajian mengenai penggunaan teknologi tinggi (incinerator) yang mesra alam dan dapat menukarkan sampah kepada bahan produk yang berguna seperti menjadi baja kompos atau plastik atau sebagainya
-
Jika tiada, apakah penghalang dan langkah-langkah alternatif?
152) MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pembuangan pekerja oleh industri-industri yang terjejas di negeri ini?
-
Kita difahamkan Kerajaan Negeri menyediakan dana khas untuk mereka yang diberhentikan kerja. Bagaimanakah proses itu dilaksanakan dan caracara untuk mendapatkannya?
-
Nyatakan industri dan kilang-kilang yang terjejas yang berada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri dan langkah-langkah yang sudah diambil?
152) GERAI-GERAI MAJLIS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan yang di lakukan oleh PBT untuk memastikan bahawa gerai-gerai tersebut menjalankan perniagaan mengikut peraturan-peraturan termaktub ?
152) BANGUNAN BARU MPKL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan Bangunan Baru MPKL memandangkan projek ini perlu disegerakan sejajar dengan kedudukan Kuala Langat sebagai sebuah perbandaran?
152) BANTUAN RUMAH UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bekas pekerja ladang yang masih belum menerima bantuan rumah mengikut kawasan?
-
Apakah syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan tersebut?
152) ELAUN AHLI MAJLIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan kenaikan elaun Ahli Majlis?