Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

152) STATUS DATARAN NIAGA DAERAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan dataran niaga?

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat pinggiran bandar adalah setanding dengan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat di bandar. Bagi memastikan kelengkapan dan kesempurnaan infrastruktur ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar khas untuk menampung kos pembaikan dan pengwujudan infrastruktur baru di kawasan kampung.

     

    Pembinaan sebuah dataran niaga ini melibatkan kos sebanyak RM150,000.00 dan dirancang untuk diadakan di 56 buah kampung di dalam kawasan DUN secara berperingkat. Untuk tahun 2015, peruntukan sebanyak RM1.35 juta telah diluluskan untuk pembinaan sembilan (9) buah dataran niaga menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pembangunan Desa.

  2. Berapakah jumlah kos untuk membina dataran niaga tersebut?

  3. Apakah fungsi dataran niaga setiap daerah diwujudkan berbanding bazar tani?

    Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pembinaan dataran niaga bagi membangunkan ekonomi kampung-kampung tradisi di Negeri Selangor. Dataran niaga ini akan dijadikan medan untuk memasarkan produk-produk kampung dan sebagai tempat untuk penduduk kampung berkongsi idea dan maklumat tentang

Lampiran

Tiada Lampiran.