152) STATUS DATARAN NIAGA DAERAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan dataran niaga?
-
Berapakah jumlah kos untuk membina dataran niaga tersebut?
-
Apakah fungsi dataran niaga setiap daerah diwujudkan berbanding bazar tani?
152) PENGURUSAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membuat kajian mengenai penggunaan teknologi tinggi (incinerator) yang mesra alam dan dapat menukarkan sampah kepada bahan produk yang berguna seperti menjadi baja kompos atau plastik atau sebagainya
-
Jika tiada, apakah penghalang dan langkah-langkah alternatif?
152) PRESTASI GLC
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi keseluruhan GLC dan senaraikan GLC yang mengalami kerugian akibat pandemik COVID-19 ?
-
Nyatakan sebab dan rancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan semula prestasi GLC yang terjejas terutama GLC PKNS?
152) KENAIKAN HARGA BARANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menstabilkan kenaikan harga barang keperluan harian.
152) MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pembuangan pekerja oleh industri-industri yang terjejas di negeri ini?
-
Kita difahamkan Kerajaan Negeri menyediakan dana khas untuk mereka yang diberhentikan kerja. Bagaimanakah proses itu dilaksanakan dan caracara untuk mendapatkannya?
-
Nyatakan industri dan kilang-kilang yang terjejas yang berada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri dan langkah-langkah yang sudah diambil?
152) GERAI-GERAI MAJLIS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan yang di lakukan oleh PBT untuk memastikan bahawa gerai-gerai tersebut menjalankan perniagaan mengikut peraturan-peraturan termaktub ?
152) BANTUAN RUMAH UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bekas pekerja ladang yang masih belum menerima bantuan rumah mengikut kawasan?
-
Apakah syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan tersebut?
152) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor.
-
Nyatakan jumlah terkini kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut PBT
152) PELABURAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?
-
Sila nyatakan sejauh manakah keyakinan para pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban ?
152) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup untuk tahun 2020?
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?