146) PEKERJA ASING DI SEKTOR PERKILANGAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Majoriti pekerja sektor perkilangan terdiri daripada pekerja asing berbanding rakyat tempatan. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini dalam sektor perkilangan?
-
Berapakah nisbah terkini pekerja tempatan berbanding pekerja asing?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor kepada pengusaha kilang yang meminimakan pekerja asing ini?
146) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai dan projek sakit di DUN Meru?
-
Bagaimana pemantauan dan kaedah penyelesaian oleh kerajaan terhadap Projek-projek perumahan sakit dan projek terbengkalai?
146) UNIVERSITI SUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka panjang kerajaan terhadap sektor sukan?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu universiti atau institut sukan untuk melatih dan memberi platform bagi menghasilkan lagi ramai bakat dalam bidang sukan?
146) HOSPITAL KLANG / PERUBATAN (HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ð HTAR)
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hospital-hospital, klinik-klinik dan bidan-bidan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor ini?
-
Adakah terdapat mana-mana hospital di dalam Negeri Selangor ini mempunyai kemudahan dan kepakaran seperti yang terdapat di ÒInstitut Jantung NegaraÓ bagi merawat penyakit berkenaan dengan lebih efisien dan cepat tanpa perlu merujuk kepada IJN?
-
Berikan senarai-senarai hospital-hospital di Negeri Selangor ini yang mempunyai kemudahan, kepakaran serta teknologi terkini bagi membantu menyembuhkan dan memantau penyakit kritikal seperti Sakit Buah Pinggang (dialisis), Kanser dan Hematologi?
146) PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan rakyat Negeri Selangor percaya dengan kepimpinan Pakatan Harapan, mereka telah memilih dan memberi peluang berterusan untuk mentadbir Negeri Selangor, bagi memberi perkhidmatan dan bantuan yang lebih baik, adakah peruntukan perbelanjaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dinaikkan dari Lapan Ratus Ribu Ringgit (RM800 ribu) ke Satu Juta Ringgit (RM1,000,000.00)?
146) KERAJAAN PERIHATIN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan sudah mempunyai program membiayai pemakanan sihat terutama di ladang-ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan-penempatan Orang Asal dengan tujuan meringankan beban kos makanan asas lagi sihat kepada rakyat yang memerlukan?
146) PENAMBAHAN PERUNTUKAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA LUAR BANDAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Dari pemerhatian dan aduan, kami dapati banyak Sekolah Rendah Agama dikawasan saya berada dalam keadaan uzur, adakah kerajaan bercadang menambah peruntukan tahunan untuk sekolah rendah agama di kawasan luar bandar terutamanya bagi penyelenggaraan?
146) TEKANAN AIR RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Sungai Tekali yang menyebabkan penduduk tidak menerima bekalan air?
146) PORTFOLIO PENDIDIKAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2016-2018?
-
Senaraikan semua program dibawah portfolio ini pada tahun 2018?
146) PROJEK JALAN HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Status terkini projek jalan Hijau menghubungkan Bandar Baru Selayang ke Kampung Bendahara?