Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

146) KERAJAAN PERIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan sudah mempunyai program membiayai pemakanan sihat terutama di ladang-ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan-penempatan Orang Asal dengan tujuan meringankan beban kos makanan asas lagi sihat kepada rakyat yang memerlukan?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai program secara khusus bagi membiayai pemakanan sihat di ladang-ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan orang asal dengan tujuan meringankan beban kos makanan asas lagi sihat kepada rakyat.

    Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, ada memberi sumbangan berbentuk keperluan harian kepada mereka yang memerlukannya semasa siasatan tapak dijalankan. Pemberian sumbangan ini dilaksanakan di setiap daerah mengikut sesi siasatan yang dijalankan. Pemberian ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kos makanan asas kepada rakyat terutamanya di ladang-ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan orang asal yang memohon di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Sumbangan keperluan makanan harian ini turut diberikan lagi kepada pemohon yang telah menerima bantuan daripada Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang semasa Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin.

Lampiran

Tiada Lampiran.