145) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah syarikat yang dilantik oleh KDEB mengikut PBT?
-
Adakah prestasi syarikat-syarikat yang dilantik memuaskan?
-
Apakah tindakan yang dikenakan terhadap syarikat yang bermasalah?
145) GAJI MINIMUM RM1,500
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500?
-
Nyatakan implikasi kewangan sekiranya Kerajaan Negeri melaksanakannya di sektor awam negeri dan Anak Syarikat Negeri.
145) SEKOLAH VERNAKULAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pemberian kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah vernakular Cina dan Tamil.
-
Apakah perancangan jangka panjang dan berapakah peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini?
145) PERUNTUKAN TABUNG AMANAH PERKUBURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah peruntukan Tabung Amanah Perkuburan Negeri Selangor sejak tahun 2008 hingga kini mengikut setiap Pejabat Daerah dan Tanah. Sila menyatakan Projek dan Kerja-kerja yang telah dilaksanakan melalui tabung ini di Daerah Kuala Langat
-
Sila menyatakan kos perbelanjaan yang digunakan
-
Tarikh siap Projek / kerja
145) TINDAKAN KERAJAAN DALAM MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ PERSENDIRIAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan dalam memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahfiz persendirian mengambil peperiksaan SPM?
145) SEKURITI MAKANAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani sekuriti makanan yang sedang terancam?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam penggunaan tanah-tanah terbiar secara optimum untuk mengatasi masalah ini?
145) GLC SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Mohon disenaraikan nama-nama Government Linked Company (GLC) di bawah Kerajaaan Negeri Selangor?
-
Berapakah hasil pendapatan dari setiap Syarikat Government Linked Company di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
145) KOS PROJEK PENEBATAN BANJIR DAERAH GOMBAK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah bajet yang terlah diperuntukkan dalam program penebatan banjir daerah Gombak mengikut pecahan DUN bagi 2013 dan 2014?
-
Berapakah pula yang telah di belanjakan bagi bajet 2013?
-
Sejauh manakah keberkesanan program penebatan banjir ini?
145) PERTANIAN DAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Modern Pig Farming Area Ð Apakah status projek berkenaan dan bila ia akan mula dilaksanakan?
-
Senaraikan nama syarikat juru perunding dan kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembersihan dan menaik taraf sungai Klang sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, dan nyatakan perbelanjaan sebenar yang terlibat
145) LESEN TOL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah lesen TOL yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk tahun 2011 bagi DUN Subang Jaya?
-
Sila berikan butir-butir seperti nama, lokasi, tujuan dan bayaran untuk (a).