142) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan terus berjalan lancar?
-
Selain mengeluarkan kebenaran merancang dan arahan pembangunan, apakah tindakan lain bagi melancarkan projek tersebut?
142) PERANCANGAN DAN BELANJAWAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan serta usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan perbelanjaan Negeri selaras dengan belanjawan yang dirancang dan dibentangkan pada setiap tahun (ini mengambil kira Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan Negeri di dalam proses memastikan Belanjawan mengikut prosedur dan tiada pembaziran)
-
Selain usaha Kerajaan Negeri membantu projek yang terbengkalai, apakah sasaran dan projek yang dirancang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang dilihat dapat membantu mengatasi masalah sosio ekonomi setempat khususnya di kawasan Pelabuhan Klang?
142) SELANGORKU IDAMANKU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah slogan Selangorku ini dilancarkan kerana ketidakyakinan rakyat terhadap program Merakyatkan Ekonomi Selangor?
-
Adakah penjenamaan ini sekadar retorik?
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan bendera Selangor untuk menunjukkan kecintaan terhadap negeri Selangor?
142) PENJUALAN ARAK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat larangan penjualan arak di kedai serbaneka seperti 7eleven dan Speedmart 99.
142) KESELAMATAN PELANCONG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan pelancong di Selangor, termasuk kawalan di kawasan popular serta pengurusan risiko bencana di destinasi semula jadi?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh PBT dalam usaha pengurusan risiko di kawasan perlancongan yang mungkin merbahaya?
142) BANTUAN KOMPUTER RIBA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Di peringkat kerajaan sudah mengadakan Skim 1 Keluarga, 1 Laptop. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan program yang sedemikian?
142) PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 1346 MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenan pembangunan tanah secara serentak bagi cadangan pembangunan kediaman di atas Lot 1346 Mukim Telok Panglima Garang,Daerah Kuala Langat, Selangor?
142) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat rancangan untuk mewujudkan zon penampan hijau di sepanjang sungai bagi mengurangkan pencemaran dari kawasan perumahan dan perindustrian?
142) KAJIAN KADAR KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum Serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?
-
Apakah Kerajaan Negeri yakin dengan kredibiliti kajian tersebut?
142) MASALAH PENGGANGGURAN SISWAZAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah siswazah IPTA/IPTS yang menganggur selepas tamat pengajian dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2008 mengikut pecahan kaum.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?
-
Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan serta latihan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada para siswazah yang menganggur agar mereka dapat memperoleh pekerjaan dengan secepat mungkin?