Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

142) PROJEK LANGAT 2

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan terus berjalan lancar?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah mengeluarkan  Kebenaran Merancang  bagi pelaksanaan Projek Langat 2.  Bagi kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan untuk pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan setelah semua isu berbangkit dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana pendirian Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelaksanaan Projek Langat 2 masih kekal seperti dahulu di mana Projek LRA 2 ini hanya boleh dilaksanakan bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik.

  2. Selain mengeluarkan kebenaran merancang dan arahan pembangunan, apakah tindakan lain bagi melancarkan projek tersebut?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.