130) MEMBANGUN AHLI FIKIR SELANGOR BERFALSAFAH TINGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam melahirkan ahli fikir Selangor berfalsafah tinggi?
-
Apakah bidang dan jurusan falsafah yang akan dijadikan tumpuan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan setiap tahun bagi menjayakan program ini?
130) KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina satu lokasi kemudahan sukan yang lengkap di DUN Taman Templer?
130) CAJ PEMAJUAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah syarikat-syarikat konsesi lebuhraya perlu membayar caj pemajuan kepada PBT dalam permohonan Kebenaran Merancang mereka untuk membina lebuhraya dan struktur-struktur bangunan yang lain bersebelahan lebuhraya?
130) PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN KOTA RAJA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Cadangan untuk persempadanan semula Parlimen Kota Raja yang meliputi 3 PBT, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana kesukaran berurusan. Adakah kerajaan negeri akan memberi pertimbangan kepada sebarang cadangan penubuhan baru Majlis Perbandaran Kota Raja bagi melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan memudahkan orang ramai berurusan?
-
Sekiranya diberi pertimbangan bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan dan adakah ia memerlukan pindaan berkaitan undang-undang dan sekiranya ada undang-undang apakah yang perlu dipinda?
-
Kota Raja adalah satu kawasan Parlimen yang tidak mempunyai bandar dan justeru itu satu kawasan bandar baru perlu diadakan segera. Apakah keperluan bagi mewujudkan satu bandar baru dengan struktur majlis sendiri?
130) PROJEK SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah diluluskan di 12 PBT dalam Projek Selangorku Sejahtera?
-
Nyatakan nilai setiap projek.
130) MASALAH TUMPAHAN CAIRAN MINYAK SISA SAMPAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tumpahan cairan minyak sisa sampah daripada lori sampah di bawah penyeliaan KDEB kerap kali berlaku sehingga menyebabkan beberapa insiden kemalangan jalan raya terutamanya membabitkan penunggang motosikal. Apakah tindakan kerajaan dalam menambah baik SOP yang lebih ketat untuk mengatasi masalah ini?
130) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?
-
Berapa peserta setakat ini yang terpilih mendapat pembiayaan ini?
130) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan menambah baik bantuan pendidikan di Selangor?
130) KESIHATAN LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status wabak penyakit denggi di kawasan luar bandar?
-
Apakah wujud wabak-wabak penyakit lain di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan statistik kes setiap wabak di kawasan luar bandar mengikut daerah tahun 2010-2013?
130) PEMBANGUNAN DUN TG SEPAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Rancangan Tempatan Morib/Tg Sepat 2005-2020 telah dilancarkan dan dipamerkan beberapa tahun lepas. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan sejauh mana peringkat perlaksanaannya di jalankan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula Õre zonningÕ kawasan berkenaan?
-
Zon yang di peruntukkan sebagai kawasan zon agro teknologi kurang menampakkan hasil yang menggalakkan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula peserta-peserta yang terlibat di dalam Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khususnya di kawasan Hulu Chuchoh dan Sungai Kelambu?