Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

130) KESIHATAN LUAR BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status wabak penyakit denggi di kawasan luar bandar?

    Status wabak Denggi di Negeri Selangor termasuk kawasan luar bandar mengikut daerah pada 15 Mac 2014. Tiada pecahan mengikut PBT secara tepat kerana kebanyakan aktiviti kawalan wabak dilaksanakan secara bersama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah.

    Daerah Jumlah Lokaliti Wabak
    Gombak 56
    Petaling 76
    Hulu Langat 123
    Klang 26
    Kuala Langat 1
    Kuala Selangor 0
    Hulu Selangor 1
    Sepang 1
    Sabak Bernam 1
    SELANGOR 285
  2. Apakah wujud wabak-wabak penyakit lain di kawasan luar bandar?

    Untuk makluman Y.A.B, dua wabak yang paling kerap berlaku di Selangor iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan keracunan makanan (KRM). Kedua-dua wabak ini dilaporkan berlaku hampir di semua daerah di negeri Selangor sepanjang tahun 2010-2013.

    Jumlah wabak HFMD tertinggi adalah pada tahun 2012 (444 wabak) diikuti tahun 2013 (321 wabak). Risiko perebakan jangkitan HFMD sangat tinggi di tadika/taska/pusat jagaan kanak-kanak. Ibu bapa dan pengusaha tadika/taska/pusat jagaan kanak-kanak memainkan peranan dalam pencegahan dan kawalan jangkitan HFMD ini. Trend kejadian keracunan makanan didapati meningkat. Pada tahun 2011,  48 episod telah dilaporkan, 63 episod pada tahun 2012 dan 80 episod tahun 2013. Bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan, diminta semua pemilik premis memastikan premis mereka bersih dan semua pengendali makanan menjalani kursus mengendali makanan dan seterusnya menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk di makan oleh para pengunjung.

    Dua wabak lain yang menjadi perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah measles (campak) di mana bilangan wabak tertinggi dilaporkan pada tahun 2012 (59 episod). Kejadian ini berlaku disebabkan oleh kanak-kanak yang tidak menerima immunisasi  measles seperti yang disarankan iaitu pada umur satu (1) tahun dan tujuh (7) tahun. Justeru Jabatan ini menyeru supaya semua ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi measles seperti yang dijadualkan.

    Kejadian wabak lain yang menjadi perhatian adalah leptospirosis di mana kejadian wabak paling tinggi dilaporkan pada tahun 2013 (9 episod). Pemilik pusat rekreasi/perkhemahan/pusat latihan ini perlu memastikan kawasan ini bersih. Semua pengunjung juga perlu berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan itu.

  3. Nyatakan statistik kes setiap wabak di kawasan luar bandar mengikut daerah tahun 2010-2013?

    Berikut adalah data berkenaan Taburan Wabak tahun 2010

    BIL WABAK PETALING GOMBAK KLANG HULU LANGAT KUALA LANGAT HULU

    SELANGOR

    KUALA

    SELANGOR

    SEPANG SABAK BERNAM JUMLAH
    1 HFMD 34 9 11 11 2 1 5 3 76
    2 KERACUNAN MAKANAN 9 8 2 16 5 3 6 5 6 60
    3 MEASLES 2 2
    4 LEPTOSPIROSIS 2 2
    JUMLAH 145

    Taburan wabak tahun 2011

    BIL WABAK PETALING GOMBAK KLANG HULU LANGAT KUALA LANGAT HULU

    SELANGOR

    KUALA

    SELANGOR

    SEPANG SABAK BERNAM JUMLAH
    1 HFMD 16 5 9 7 3 1 3 6 2 52
    4 KERACUNAN MAKANAN 6 9 5 12 2 8 3 2 1 48
    3 MEASLES 2 5 1 8
    7 LEPTOSPIROSIS 1 1 2
    JUMLAH 114

    Taburan wabak tahun 2012

    BIL WABAK PETALING GOMBAK KLANG HULU LANGAT KUALA LANGAT HULU

    SELANGOR

    KUALA

    SELANGOR

    SEPANG SABAK BERNAM JUMLAH
    1 HFMD 123 49 97 93 13 19 16 24 10 444
    4 KERACUNAN MAKANAN 21 9 2 11 5 4 1 3 7 63
    3 MEASLES 23 6 7 15 5 3 59
    7 LEPTOSPIROSIS 0
    JUMLAH 626

    Taburan wabak tahun 2013

    BIL WABAK PETALING GOMBAK KLANG HULU LANGAT KUALA LANGAT HULU

    SELANGOR

    KUALA

    SELANGOR

    SEPANG SABAK BERNAM JUMLAH
    1 HFMD 78 48 74 78 14 9 11 5 4 321
    4 KERACUNAN MAKANAN 36 6 9 10 3 6 4 3 3 80
    3 MEASLES 3 2 1 6
    7 LEPTOSPIROSIS 3 2 2 1 1 9
    JUMLAH 444

Lampiran

Tiada Lampiran.