130) STATUS KERJA-KERJA KUTIPAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah PBT telah ambil alih kerja-kerja kutipan sampah di Selangor?
-
Berapakah kos telah dijimat atau ditambah sejak PBT ambil alih kerja-kerja kutipan sampah?
130) LANTIKAN EJEN PENGURUSAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan setiap skim strata (kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana) yang tidak mempunyai MC atau JMB aktif dan masih belum dilantik ejen pengurusan mengikut PBT di Negeri Selangor.
130) IKS AU3 DI TEPI SUNGAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
IKS AU3 telah melahirkan ramai Melayu berjaya. Dalam pada itu ia menjadi masalah kacau ganggu dan pencemaran sungai. Dipercayai sekiranya mereka diberi tempat dan kemudahan yang lain, potensi perniagaan pasti dapat ditingkatkan. Apakah rancangan kerajaan?
130) KESIHATAN LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status wabak penyakit denggi di kawasan luar bandar?
-
Apakah wujud wabak-wabak penyakit lain di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan statistik kes setiap wabak di kawasan luar bandar mengikut daerah tahun 2010-2013?
130) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan lebih banyak laluan bas menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar utama?
130) PEMBANGUNAN DUN TG SEPAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Rancangan Tempatan Morib/Tg Sepat 2005-2020 telah dilancarkan dan dipamerkan beberapa tahun lepas. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan sejauh mana peringkat perlaksanaannya di jalankan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula Õre zonningÕ kawasan berkenaan?
-
Zon yang di peruntukkan sebagai kawasan zon agro teknologi kurang menampakkan hasil yang menggalakkan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula peserta-peserta yang terlibat di dalam Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khususnya di kawasan Hulu Chuchoh dan Sungai Kelambu?
130) TAMAN WARISAN, RANCANGAN BUKU HIJAU DAN TANAH RANCANGAN RANJAU & DEBOI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah Taman Warisan, di manakah lokasi-lokasinya di negeri Selangor, di bawah agensi manakah pentadbirannya dan apakah nombor-nombor gazet sekiranya lokasi-lokasi tersebut telah digazetkan.
-
Sila jelaskan status dan kedudukan Rancangan Buku Hijau di mana pendudukpenduduk Kampong Klang Gate Baru telah dibenarkan meneroka tanah kerajaan satu ekar seorang sejak tahun 1976.
-
Sila nyatakan status pertanian secara berkelompok di kawasan Ranjau dalam mukim Setapak dan Deboi dalam mukim Hulu Kelang dalam konteks pemberian geran kepada sebahagian peneroka dan juga dalam konteks penafian geran kepada sebahagian peneroka yang lain di atas alasan telah digazetkan sebagai Taman Warisan.
130) SOKONGAN KEPADA NGO PENGGERAK AKTIVISME PD
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan kerajaan yang diberikan pada pertubuhan yang memberi sokongan kepada pesakit-pesakit menghidap Parkinson's Disease seperti Persatuan Parkinson Malaysia?
-
Berapa banyakkah persatuan seperti ini di Selangor?
130) PENGANUT BUKAN ISLAM DAN RUMAH IBADAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah dan pecahan penganut bukan Islam di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan statistik bilangan rumah ibadat untuk bukan Islam mengikut daerah?
-
Apakah prosedur, kriteria dan pertimbangan bagi meluluskan pembinaan rumah ibadat baru?
130) PELUMBA HARAM BELIA REMAJA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah perlumbaan haram terutama belia remaja di Negeri Selangor ?