121) KEBAJIKAN DAN TANGGUNGAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kekerapan perubahan silibus di sekolah-sekolah agama di Selangor yang membabitkan pertukaran buku teks dan mengapakah ia berlaku?
-
Mengapakah tiada bantuan tambahan kepada sekolah agama yang mana pihak PIBG terpaksa menanggung beberapa kos sampingan seperti pinjaman buku teks, menggaji tukang kebun dan penjaga keselamatan?
-
Apakah bentuk-bentuk kebajikan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah selain dari keperluan asas pembelajaran dan pengajaran?
121) RUMAH RAKYAT (COUNCIL HOMES)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
PBT mana yang menawarkan "Council Homes" pada masa ini?
-
Berapakan bilangnan rumah ini yang diduduki dan yang kosong?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahkan bilangan "Council Homes"?
121) PROJEK TALIAN PENGHANTARAN 500KV TNB DI DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat status pembinaan Projek Talian Penghantaran 500kV TNB di Daerah Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk tarikh siap.
-
Adakah helikopter masih digunakan untuk kerja-kerja pemasangan menara talian penghantaran di bahagian atas kawasan Sg Chilling?
121) CAJ PARKIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perbandingan hasil dan kos pengurusan caj parkir termasuk kos mengepos notis tuntutan.
-
Adakah berbaloi bagi untuk meneruskan caj parkir jika diambil kira segala kos termasuk kos mengepos notis tuntutan dan setem?
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menghapuskan kutipan parkir?
121) BILANGAN KILANG YANG BERDAFTAR DAN TIDAK BERDAFTAR DI MERU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik terkini kilang-kilang yang beroperasi secara sah atau secara haram di Meru?
-
Apakah statistik penggunaan tenaga manusia tempatan berbanding orang asing di sektor perkilangan di Meru yang terkini?
121) KEBAJIKAN ORANG BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk dan jenis bantuan kerajaan negeri untuk orang bukan Islam di Selangor yang memerlukan bantuan berbentuk kebajikan untuk OKU, anak yatim, orang miskin dan sebagainya?
121) MENAIKKAN GAJI GURU KAFA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menaikkan gaji guru Kafa kepada RM 1,000.00 sebulan. Adakah pembayaran ini telah dilaksanakan?
-
Berapa ramaikah guru agama mendapat faedah dari kenaikan gaji guru agama tersebut
-
Adakah rancangan kerajaan memasukkan guru agama menjadi sebagai guru tetap dan berpencen?
121) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah di bawah Pegawai Daerah yang mengetuai Pejabat Tanah dan Daerah. Dalam hubungan antara Kerajaan Negeri dengan ADUN, mengapakah surat-surat Kerajaan Negeri kepada Pegawai Daerah yang ada hubungannya dengan DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan atau disalinkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?
-
Mengapakah kes-kes tertentu yang melibatkan penduduk kepada Pegawai Daerah dari DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?
-
Mengapakah (khas dalam konteks Pejabat Tanah dan Daerah Gombak), surat-surat ADUN kepada Pegawai Daerah tidak dibalas dan tidak diberi sebarang maklum balas berbulan-bulan lamanya?
121) KILANG AYAM DI DESA COALFIELD
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sudahkah bau busuk yang dihadapi oleh penduduk di perumahan sekitarnya diatasi?
121) CANTASAN POKOK DI SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah PBT dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah untuk mencantas pokok?
-
Bolehkah PBT membantu sekira ada permintaan dari pihak sekolah?