Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

63) KOS PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos bagi menguruskan sampah bagi setiap PBT daripada tahun 2000-2024?

    Kos pengurusan sampah mengikut PBT daripada tahun 2000 hingga 2024 adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Apakah tindakan PBT bagi mengurangkan kos pengurusan sampah?

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), KDEB Waste Management Sdn. Bhd. dan Worldwide Holdings Bhd. telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kos pengurusan sampah melalui pengurangan penghasilan sampah. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah:

     

    1. Program pengasingan sisa di punca;
    2. Program-program kutipan Door-to-Door kitar semula barang terpakai;
    • Program pengumpulan minyak masak terpakai;
    1. Pusat drop-off kitar semula barang terpakai;
    2. Recycle Exchange/ Program Kios Jom Kitar  Kumpul dan Tukar;
    3. Bengkel Pemantapan Duta Sifar Sisa;
    4. Program Kompos Garbage to Garden (G2G);
    5. Program MySave Food @ Bazar Ramadhan;
    6. Kiosk Sisa Makanan (Food Waste Drop Off Point);
    7. Penggunaan mesin “Eco Waste Asher”;
    8. Program dan Kempen Bebas Plastik Sekali Guna;
    9. Program Komuniti Sihat Sejahtera;
    10. pameran dan pertandingan up cycle (reka cipta);
    11. Pertandingan kebersihan dan keceriaan Taman Perumahan terbersih dan kitar semula terbanyak;
    12. Pertandingan Inovasi rekacipta perabot daripada barang kitar semula di peringkat sekolah, komuniti dan peringkat majlis; dan
    13. pameran dan pertandingan up cycle (reka cipta).

     

    Inisiatif ini memerlukan kerjasama penyertaan semua pihak termasuk media massa dan penduduk Negeri Selangor.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menampung kos sampah yang meningkat?

    Bagi menghadapi kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat saban tahun serta kesan tapak pelupusan kepada alam sekitar, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengguna pakai teknologi Waste-to-Energy untuk diaplikasikan di negeri ini.

    Teknologi ini telah terbukti berkesan untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan tanah, pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh leachate, insiden kebakaran akibat pengumpulan gas metana dan pencemaran bau.