Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

13) ADUAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan yang diterima mengikut kategori aduan dan PBT di Negeri Selangor dari 2018 sehingga kini?

    Jumlah aduan yang diterima oleh semua PBT dari 2018 sehingga kini adalah sebanyak 609,736 aduan secara keseluruhan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilihat mempunyai jumlah aduan yang tertinggi dalam tempoh tersebut iaitu sebanyak 137,198 aduan bersamaan 22.5% dari jumlah keseluruhan aduan. Manakala, Majlis Daerah Sabak Bernam pula mencatatkan bilangan aduan terendah sebanyak 2,180 aduan bersamaan 0.4% Aduan di peringkat PBT juga disaring mengikut kategori aduan yang utama. Antara kategori yang dikenalpasti adalah kategori kesihatan dan kebersihan, alam sekitar, kemudahan awam, tadbir urus, penguatkuasaan dan kategori aduan pelbagai. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, aduan dibawah kategori kemudahan awam mencatatkan jumlah aduan yang tertinggi dengan jumlah 203,629 aduan bersamaan 33.4% dari jumlah aduan keseluruhan memandangkan kategori tersebut merangkumi kesemua kemudahan awam dibawah seliaan setiap PBT. Berikut adalah jumlah aduan yang diterima bagi setiap PBT dan mengikut pecahan kategori aduan yang utama :-

     

  2. Berapakah jumlah aduan yang berjaya diselesaikan mengikut PBT di Negeri Selangor dari 2018 sehingga kini?

    Berdasarkan laporan yang diterima, kebanyakan aduan telah berjaya diselesaikan oleh kesemua PBT. Hanya tiga (3) PBT yang masih mempunyai aduan ‘Dalam Tindakan’. Berikut adalah jumlah aduan yang berjaya diselesaikan mengikut PBT di Negeri Selangor dari 2018 sehingga kini :-