Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
57
Tajuk
Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.
Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini,
bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.
Jika—
(a) bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan gagal, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan
(b) tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.
Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.