Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
75
Tajuk
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
seksyen 73 dan 74, wang yang dibayar ke dalam Mahkamah tidak boleh dibayar daripada Mahkamah tanpa perintah Mahkamah.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
76
Tajuk
Jika wang telah dibayar ke dalam Mahkamah dan plaintif
gagal mendapat penghakiman bagi apa-apa amaun yang lebih besar, kos yang dilakukan oleh defendan selepas pembayaran ke dalam Mahkamah itu hendaklah dibayar oleh plaintif.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
77
Tajuk
Jika plaintif memohon relief selain pembayaran wang, dia
bolehlah meneruskan tindakannya untuk mendapatkan relief yang lain itu walaupun apa-apa wang telah dibayar daripada Mahkamah kepadanya.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
78
Tajuk
Jika pembayaran ke dalam Mahkamah dibuat dengan suatu
pembelaan tawaran dan pembelaan itu disetujuterima, defendan adalah berhak untuk mendapatkan kos tindakan itu sepenuhnya dan wang di dalam Mahkamah tidak boleh dibayar daripada Mahkamah tanpa perintah Mahkamah.
Bahagian
X - Pindaan
Seksyen
80
Tajuk
Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh, pada
mana-mana peringkat prosiding, membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, jika ada, yang diarahkannya.
Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas habis tempoh apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adil, memberikan kebenaran sedemikian atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pihak dalam
mana-mana prosiding boleh meminda plidingnya tanpa perintah Mahkamah pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi.
Bahagian
X - Pindaan
Seksyen
81
Tajuk
Seksyen 80 hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan saman dan pliding.
Bahagian
X - Pindaan
Seksyen
82
Tajuk
Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan supaya dibuat apa-apa pindaan bagi maksud—
(a) membetulkan apa-apa kecacatan atau ralat dalam mana- mana prosiding; atau
(b) menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi atau bagi mencapai keadilan antara pihak-pihak.
Bahagian
X - Pindaan
Seksyen
83
Tajuk
Sesuatu pindaan hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu salinan bersih dokumen yang dipinda, yang hendaklah menunjukkan pindaan yang telah dibuat, dan menyampaikan suatu salinan dokumen yang dipinda itu kepada pihak atau pihak-pihak yang satu lagi:
Dengan syarat bahawa jika pindaan itu diperintahkan semasa perbicaraan atau pendengaran mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh mengikut budibicaranya meminda dokumen dalam fail Mahkamah dan penyampaian kepada pihak-pihak tidaklah perlu.
Bahagian
X - Pindaan
Seksyen
84
Tajuk
Kesilapan tulisan atau ralat yang berbangkit daripada keciciran
atau peninggalan tak sengaja boleh pada bila-bila masa dibetulkan oleh Mahkamah tanpa formaliti.
Bahagian
XI - Penzahiran
Seksyen
85
Tajuk
Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang
difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak—
(a) menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau dengan afidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yang berkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu, dan, dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulunya berada dalam milikannya atau kuasanya, tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya; atau
(b) mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannya atau kuasanya.
Jika pihak itu ialah suatu badan, sama ada diperbadankan
atau selainnya, seorang pegawainya boleh diperintahkan supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa dokumen.
Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen ini.
Bahagian
XI - Penzahiran
Seksyen
86
Tajuk
Mana-mana pihak adalah berhak untuk memeriksa dan membuat salinan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasa pihak yang satu lagi dan yang disebut dalam mana-mana pliding, afidavit atau dokumen lain yang difailkan olehnya dalam prosiding itu atau semasa pemeriksaan lisan di bawah seksyen 85.
Bahagian
XI - Penzahiran
Seksyen
87
Tajuk
Pengemukaan dan pemeriksaan dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan komunikasi dan dokumen terlindung.
Bahagian
XI - Penzahiran
Seksyen
88
Tajuk
Maka tiada rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa perintah Mahkamah di bawah Bahagian ini kecuali dalam rayuan terhadap penghakiman kes itu pada keseluruhannya.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
89
Tajuk
Jika Hakim mana-mana Mahkamah berpuas hati bahawa mana-mana prosiding di dalam Mahkamah itu boleh dengan lebih senang atau adil dibicarakan di dalam suatu Mahkamah yang lain, maka dia boleh memerintahkan supaya prosiding itu dipindahkan ke Mahkamah yang lain itu.
Apa-apa pemindahan mana-mana prosiding di bawah
subseksyen (1) boleh dibuat oleh Hakim atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak melalui notis.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
90
Tajuk
Apabila suatu perintah dibuat bagi mengenai pemindahan
mana-mana prosiding daripada satu Mahkamah kepada satu
Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan mestilah menghantar kepada Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan fail, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada.
Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh,
atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
91
Tajuk
Jika suatu perintah bagi pemindahan dibuat atas permohonan
sesuatu pihak, maka kos yang dilakukan hendaklah menurut budi bicara Hakim.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
92
Tajuk
Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah
mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan kepada Mahkamah Rendah Syariah, atau sesuatu isu diarahkan supaya dibicarakan di Mahkamah itu, Pendaftar hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam Borang MS 17 sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.
Tertakluk kepada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam Mahkamah Rendah Syariah.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
93
Tajuk
Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18, kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
94
Tajuk
Jika dengan persetujuan pihak-pihak sesuatu tindakan telah diselesaikan, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan persetujuan pihak-pihak itu merekodkan hakikat penyelesaian itu dengan terma-termanya, dan rekod penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan dengan cara res judicata dalam tindakan kemudiannya bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matanya adalah sama.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
95
Tajuk
Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.
Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1), defendan berhak mendapat kos prosiding itu.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
96
Tajuk
Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen
95, dia tidak boleh kemudiannya membawa tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama melainkan jika Mahkamah telah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang baru.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
97
Tajuk
Jika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen 95 dan dia bertanggungan membayar apa-apa kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu dibayar.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
98
Tajuk
Defendan boleh pada bila-bila masa dengan memberikan notis
kepada plaintif menarik balik pembelaannya atau sebahagian
daripadanya dan hendaklah, dalam keadaan itu, dihalang daripada membela prosiding itu atau mana-mana bahagian daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian
XII - Pemindahan Prosiding
Seksyen
99
Tajuk
Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh, pada mana-mana
peringkat prosiding itu, mengadakan sulh bagi menyelesaikan
pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum Syarak.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
1 - Am
Seksyen
100
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 5/2003], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah terbuka.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
1 - Am
Seksyen
101
Tajuk
Mahkamah boleh, pada masa atau sebelum perbicaraan apa- apa prosiding, memerintahkan supaya afidavit mana-mana saksi dibacakan pada perbicaraan itu jika dalam hal keadaan kes itu adalah difikirkannya munasabah untuk memerintahkan sedemikian.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
102
Tajuk
Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam
Borang MS 20 bagi pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak itu.
Pengeluaran sesuatu sepina adalah terlaksana sebaik sahaja sepina itu dimeteraikan oleh seorang pegawai Mahkamah.
Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 21, MS 22 atau MS 23, mengikut kehendak kes.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
103
Tajuk
Tiap-tiap sepina selain sepina supaya dokumen atau benda
dikemukakan boleh memasukkan nama dua orang atau lebih.
Sesuatu sepina supaya mengemukakan dokumen atau benda
dikemukakan hendaklah mengandungi nama seorang sahaja.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
104
Tajuk
Mana-mana orang yang kepadanya disampaikan sepina supaya
dia mengemukakan dokumen atau benda sahaja adalah telah mematuhinya dengan secukupnya jika dia menyebabkan dokumen atau benda itu dikemukakan tanpa hadir sendiri.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
105
Tajuk
Jika terdapat kesilapan pada nama atau alamat mana-mana
orang dalam sesuatu sepina, dan jika sepina itu belum lagi
disampaikan, pihak yang atas permintaannya sepina itu dikeluarkan boleh dengan cara memfailkan permintaan kali kedua di bawah subseksyen 102 (1) meminta supaya sepina itu dimeteraikan semula mengikut bentuk yang betul dengan dicatatkan dengan perkataan “Dipinda dan dimeterai semula”.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
106
Tajuk
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, sepina hendaklah disampaikan ke diri dan penyampaian itu tidaklah sah melainkan jika dilaksanakan dalam masa dua belas minggu selepas tarikh sepina itu dikeluarkan.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
107
Tajuk
Sesuatu sepina akan terus berkuat kuasa sehinggalah tamat pendengaran yang menghendaki kehadiran saksi itu.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
108
Tajuk
Seseorang pegawai Mahkamah tidak boleh dikehendaki melalui sepina untuk mengemukakan rekod Mahkamah.
Jika salinan asal mana-mana rekod Mahkamah atau mana-
mana dokumen yang difailkan di Mahkamah itu dikehendaki kerana apa-apa sebab khas, suatu permintaan bagi pengemukaannya bolehlah, atas permohonan pihak yang menghendakinya, dialamatkan oleh Pendaftar kepada Mahkamah itu.
Tiada tanda boleh diletakkan pada mana-mana rekod atau
dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen ini.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
109
Tajuk
Sesuatu permohonan untuk mendapat suatu perintah supaya
seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis dalam Borang MS 24 dan disokong dengan afidavit.
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah,
kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.
Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian
dikemukakan hendaklah dalam Borang MS 25.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
110
Tajuk
Seseorang saksi tidak boleh dipaksa hadir berdasarkan suatu
sepina melainkan jika sejumlah wang yang munasabah telah
ditawarkan kepadanya untuk menampung perbelanjaannya pergi ke Mahkamah, berada di Mahkamah dan balik dari Mahkamah.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
2 - Sepina
Seksyen
111
Tajuk
Sesuatu afidavit yang difailkan bagi maksud membuktikan penyampaian sesuatu sepina mestilah menyatakan bila, di mana, bagaimana dan oleh siapa penyampaian itu telah dilaksanakan.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
112
Tajuk
Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana
prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah—
(a) di Negeri Selangor, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(b) di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut kehendak kes;
(c) di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
113
Tajuk
Sesuatu afidavit hendaklah dalam Borang MS 26.
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, menerima sesuatu afidavit walaupun terdapat apa-apa ketakteraturan dalam bentuknya.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
114
Tajuk
Salinan apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan sesuatu afidavit hendaklah dilampirkan pada afidavit itu sebagai ekshibit.
Sesuatu ekshibit bagi sesuatu afidavit hendaklah dikenal pasti melalui perakuan orang yang di hadapannya afidavit itu diangkat sumpah, dan perakuan itu hendaklah mengikut bentuk dalam Borang MS 27.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
115
Tajuk
Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya menolak mana- mana afidavit yang kandungannya sukar dibaca atau difahami, atau yang mengandungi apa-apa tulisan antara baris, pengubahan atau pemadaman atau apa-apa kecacatan bentuk yang lain.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
116
Tajuk
Suatu afidavit yang telah difailkan tidak boleh dipinda kecuali bagi maksud membetulkan apa-apa kecacatan bentuk atau kesilapan tulisan.
Apa-apa pindaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui afidavit pembetulan dan hendaklah difailkan sebelum perbicaraan.
Suatu afidavit tambahan boleh difailkan sebelum perbicaraan.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
117
Tajuk
Tiada afidavit boleh difailkan selepas perbicaraan dimulakan
kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keengganan Mahkamah
untuk memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali dalam suatu rayuan terhadap keputusan kes pada keseluruhannya.
Bahagian
XIV - Keterangan
Bab
3 - Afidavit
Seksyen
118
Tajuk
Mana-mana pihak yang berhasrat hendak mempertikaikan
fakta yang dideposkan dalam suatu afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan afidavit itu notis tentang hasrat untuk memeriksa balas deponen itu, dan sesudah itu, jika deponen itu tidak dikemukakan bagi pemeriksaan balas, Mahkamah hendaklah, kecuali dalam hal keadaan khas, menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.
Mahkamah boleh atas kehendaknya sendiri menghendaki
kehadiran mana-mana deponen untuk diperiksa mengenai afidavitnya dan, jika dia tidak hadir, boleh menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
119
Tajuk
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, semua prosiding yang dimulakan dengan saman hendaklah didengar dan diputuskan di dalam Mahkamah terbuka dan semua prosiding yang dimulakan dengan permohonan hendaklah didengar dan diputuskan di dalam Kamar.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
120
Tajuk
Mana-mana pihak boleh hadir sendiri atau melalui Peguam
Syarienya, tetapi tiap-tiap pihak hendaklah hadir pada pendengaran itu kecuali jika dibenarkan selainnya oleh Mahkamah.
Seseorang yang tak upaya hendaklah hadir melalui penjaga ad litemnya.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
121
Tajuk
Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk
pendengaran—
(a) tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
(b) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c) plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan balas.
Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan
dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan itu terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).
Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
121
Tajuk
Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran—
(a) tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
(b) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c) plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan balas.
Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan
dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan itu terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).
Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
122
Tajuk
Penggantungan, penarikan balik, pembatalan atau pembuangan tuntutan plaintif tidak boleh menghalang suatu tuntutan balas didengar dan diputuskan.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
123
Tajuk
Jika penghakiman diberikan bagi sejumlah wang atas tuntutan
dan tuntutan balas kedua-duanya, Mahkamah boleh menolak salah satu daripadanya dan memberikan penghakiman bagi bakinya sahaja tetapi tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah tentang kos sebagaimana yang difikirkannya adil.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
124
Tajuk
Mahkamah hendaklah merekodkan keterangan yang diberikan
dan, setakat yang didapati perlu, penghujahan undang-undang yang dibuat, termasuk apa-apa bantahan terhadap keterangan, dan boleh merekodkan apa-apa pemerhatian tentang tingkah laku saksi dan perkara material yang lain.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
125
Tajuk
Dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai
keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, dokumen atau ekshibit itu atau salinan dokumen atau ekshibit itu hendaklah disimpan di dalam Mahkamah sementara menanti prosiding itu berakhir dan sehingga habis tempoh masa untuk rayuan.
Bagi maksud pengenalpastian, hendaklah juga ditanda sesuatu
dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
126
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2)—
(a) plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya; dan
(b) setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa
keterangan, membuka kesnya.
Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh
memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya.
Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi
kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu dijawab.
Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan,
Hakim hendaklah merekodkan keterangan yang dikemukakan
sedemikian, dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup kesnya.
Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah
meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup kesnya.
Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkannya.
Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa
keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—
(a) merekodkan penghujahan defendan; dan
(b) mengarahkan defendan mengangkat sumpah menafikan tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif.
Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah
subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—
(a) mendengar dan merekodkan penghujahan plaintif dalam menutup kesnya; dan
(b) mengarahkan plaintif mengangkat sumpah mengakui kebenaran tuntutannya, dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah sedemikian, Mahkamah hendaklah membuang kesnya.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
127
Tajuk
Demi kepentingan keadilan, Mahkamah boleh, pada mana- mana peringkat prosiding, memanggil mana-mana pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat atau barang.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
128
Tajuk
Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana- mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim yang lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan penghakiman.
Jika persetujuan yang tersebut dalam subseksyen (1) tidak diperolehi, maka hendaklah diadakan suatu perbicaraan semula.
Bahagian
XV - Pendengaran
Seksyen
129
Tajuk
Mahkamah boleh dari semasa ke semasa menangguhkan atau
memindahkan mana-mana perbicaraan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan boleh mengenakan apa-apa syarat apabila berbuat demikian.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
130
Tajuk
Tiap-tiap Hakim perbicaraan hendaklah menyampaikan penghakiman bertulis.
Kecuali dalam hal prosiding di dalam Kamar, Hakim perbicaraan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3),
mengumumkan penghakimannya di Mahkamah terbuka.
Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana-
mana prosiding tidak dapat kerana apa-apa sebab mengumumkan penghakiman, penghakiman yang ditulis olehnya bolehlah dibacakan di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau oleh Pendaftar.
Semua penghakiman yang diumumkan di bawah seksyen ini
hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod kes.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
131
Tajuk
Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak,
termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
132
Tajuk
Mahkamah hendaklah menetapkan terma sesuatu penghakiman atau perintah dalam penghakiman atau perintah itu.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
133
Tajuk
Jika apa-apa perintah dibuat bagi pembayaran secara ansuran
dalam sesuatu bulan tertentu, ansuran itu hendaklah, jika tiada apa-apa arahan yang sebaliknya, disifatkan kena dibayar pada hari pertama dalam bulan yang berikutnya dan pada hari pertama dalam setiap bulan yang berturutan.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
134
Tajuk
Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah—
(a) untuk mendapatkan kebenaran membayar hutang
penghakiman itu secara ansuran; atau
(b) jika suatu perintah bagi bayaran secara ansuran telah dibuat, untuk mendapatkan kebenaran membayar dengan ansuran yang lebih rendah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.
Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di
bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan perlaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.
Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran
secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
135
Tajuk
Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki
mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.
Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir
sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.
Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak
hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28, telah disampaikan kepadanya.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
136
Tajuk
Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah ditarikhkan
dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penghakiman atau perintah itu diberikan atau dibuat.
Bahagian
XVI - Penghakiman dan Perintah
Seksyen
137
Tajuk
Sesuatu penghakiman bagi menghantarserahkan harta alih
hendaklah menyatakan amaun wang yang hendaklah dibayar sebagai ganti jika penghantarserahan itu tidak dapat dibuat.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
138
Tajuk
Dalam Bahagian ini “keputusan” termasuklah penghakiman
atau perintah.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
139
Tajuk
Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis
rayuan dalam Borang MS 29.
Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau
mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.
Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas
hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan.
Mahkamah yang terhadap keputusan-keputusan rayuan itu
dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan penghakiman.
Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah
memberitahu perayu dalam Borang MS 30.
Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah—
(a) mendepositkan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang yang pada pendapat Pendaftar dapat menampung kos menyediakan bilangan salinan yang mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak-pihak dalam rayuan itu; dan
(b) menyerah simpan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk kos rayuan.
Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa
yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
140
Tajuk
Seseorang responden dalam mana-mana rayuan boleh, dalam
masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis rayuan itu kepadanya, memfailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan dan menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 31 tentang cadangannya untuk mengemukakan hujah pada pendengaran rayuan itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut diubah.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
141
Tajuk
Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen 139(6), perayu hendaklah
mengemukakan alasan rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu.
Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan itu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas tentang undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya rayuan itu dibuat dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan itu, perayu tidak boleh dibenarkan semasa pendengaran rayuan itu bersandar kepada apa-apa alasan selain alasan-alasan yang dinyatakan dalam alasan rayuan itu.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
142
Tajuk
Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan—
(a) pliding;
(b) nota keterangan;
(c) alasan penghakiman;
(d) notis rayuan;
(e) alasan rayuan;
(f) semua ekshibit dokumentar; dan
(g) senarai ekshibit bukan dokumentar jika ada, yang diserah simpan di Mahkamah.
Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap.
Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
143
Tajuk
Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam Syarie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1).
Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah
menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32.
Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah—
(a) membekali perayu dengan suatu salinan rekod rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk penyampaian kepada responden atau responden-responden; dan
(b) menghantar kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod itu.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
144
Tajuk
Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai
penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah boleh, atas
permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan,
menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
145
Tajuk
Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah menyatakan
alasan penghakimannya secara bertulis.
Bahagian
XVII - Rayuan
Seksyen
146
Tajuk
Apabila salah satu pihak telah mengambil perintah Mahkamah
yang mendengar rayuan itu dan telah mengemukakan perintah itu kepada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah melaksanakan perintah itu mengikut peruntukan Enakmen ini.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
1 - Am
Seksyen
147
Tajuk
Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 135(3).
Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
148
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah penyitaan dan penjualan;
(b) prosiding hiwalah; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
149
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah pemilikan; atau
(b) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
pengkomitan.
Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk mendapatkannya.
Suatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
150
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih yang tidak memberi orang yang terhadapnya penghakiman itu diberikan atau perintah itu dibuat pilihan membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu tanpa peruntukan pilihan bagi mendapatkan kembali nilai tertaksir harta itu (kemudian daripada ini disebut “perintah penghantarserahan khusus”); atau
(b) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
pengkomitan.
Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau
perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu atau nilai tertaksirnya;
(b) dengan kebenaran Mahkamah, perintah penghantarserahan khusus; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
Sesuatu perintah penghantarserahan khusus, dan sesuatu
perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksirnya, boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu supaya dibayar.
Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
151
Tajuk
Jika—
(a) seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman atau perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b) seseorang mengingkari suatu penghakiman atau perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan,
maka, tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan pertubuhan itu.
Jika sesuatu penghakiman atau perintah menghendaki
seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, maka sebutan dalam subseksyen (1) mengenai penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah seksyen 152.
Jika di bawah mana-mana penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai pilihan untuk membayar nilai tertaksir harta itu, dan penghakiman atau perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), maka Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu dan perintah itu bolehlah dilaksanakan sedemikian.
Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan disokong dengan afidavit dan suatu salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu hendak dikuatkuasakan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
152
Tajuk
Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.
Jika sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.
Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
153
Tajuk
Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat suatu perintah atau yang bagi faedahnya suatu perintah dibuat, adalah berhak menguatkuasakan pematuhan perintah itu melalui proses yang sama seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.
Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
154
Tajuk
Sesuatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah—
(a) jika penghakiman atau perintah itu adalah tertakluk kepada apa-apa syarat atau kontingensi;
(b) jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
(c) jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;
(d) jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;
(e) jika suatu perintah pengkomitan masih berkuat kuasa;
(f) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134 (2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa; atau
(g) jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang tertentu.
Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
155
Tajuk
Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi pelaksanaan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
156
Tajuk
Bailif hendaklah mengendorskan dalam mana-mana perintah bagi pelaksanaan tarikh dan masa perintah itu diserahkan kepadanya.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
157
Tajuk
Semua perbelanjaan dan fi pelaksanaan, termasuk kos bagi pelaksanaan Peguam Syarie, hendaklah dilevikan sebagai tambahan kepada hutang penghakiman.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
158
Tajuk
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa penghutang penghakiman telah menunaikan penghakiman itu, Mahkamah boleh, atas permohonan penghutang penghakiman itu, merekodkan dalam Daftar Mal bahawa penghakiman itu telah ditunaikan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
159
Tajuk
Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:
(a) mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;
(b) menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal-alaih kepada penghutang penghakiman itu;
(c) menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu; atau
(d) menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.
Tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan—
(a) hendaklah menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan
(b) hendaklah memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah itu.
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah pelaksanaan yang sedang berkuat kuasa.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
160
Tajuk
Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai apabila pelaksanaan dengan cara penyitaan dan penjualan diperintahkan bagi apa-apa harta:
(a) bailif hendaklah—
(i) tertakluk kepada peruntukan kemudian daripada ini, mengambil harta itu dan meletakkannya dalam jagaannya;
(ii) jika harta itu terdiri daripada syer, saham, debentur atau bon yang tidak boleh dipindahkan melalui penghantarserahan, dalam apa-apa pinjaman atau kumpulan wang, menyampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan suatu salinan perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 36 bersama-sama dengan perihalan yang mencukupi mengenai syer, saham, debentur atau bon yang disita itu, dan sesudah itu tiada pemindahan syer, saham debentur atau bon itu boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran Mahkamah, dan apa-apa faedah atau dividen berkenaan dengan syer, saham, debentur atau bon itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah sehingga Mahkamah memerintahkan selainnya atau membenarkan pemindahannya;
(b) selepas harta itu disita, apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta yang disita itu, selain dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan Mahkamah;
(c) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh meminta bailif melepaskan apa-apa harta tertentu, dan pelepasan itu tidak boleh disifatkan sebagai suatu penghentian pada keseluruhan pelaksanaan;
(d) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh menghentikan pelaksanaan itu, dan bailif hendaklah sesudah itu memulangkan perintah bagi pelaksanaan itu kepada Mahkamah;
(e) bailif hendaklah, melainkan jika harta yang disita itu merupakan wang, meneruskan penjualan harta itu mengikut Bahagian ini;
(f) bailif hendaklah, selepas pelaksanaan selesai, membuat suatu penyata berhubungan dengan pelaksanaan itu dan mengemukakannya kepada Pendaftar.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
161
Tajuk
Dalam seksyen ini, “harta” termasuklah suatu hutang yang kena dibayar oleh muhal-alaih kepada penghutang penghakiman.
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai jika pelaksanaan diperintahkan melalui penahanan harta dalam milikan atau kawalan seseorang muhal-alaih—
(a) bailif hendaklah menyampaikan kepada muhal-alaih suatu notis hiwalah dalam Borang MS 37, dan notis dalam Borang MS 38 hendaklah digunakan jika harta itu berada di dalam Mahkamah;
(b) segala harta yang dinyatakan dalam notis hiwalah hendaklah ditahan dari masa penyampaian notis itu kepada muhal ‘alaih setakat atau pada nilai yang disebut dalam notis itu, dan apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta itu yang bertentangan dengan terma-terma notis itu, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan mahkamah;
(c) muhal-alaih boleh membayar kepada bailif amaun yang dituntut atau boleh menghantarserahkan kepadanya harta yang ditahan itu;
(d) jika muhal-alaih tidak membuat pembayaran atau penghantarserahan itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya suatu saman hiwalah dalam Borang MS 39 dan Mahkamah hendaklah memeriksanya tentang harta yang ditahan itu:
Dengan syarat bahawa—
(i) tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang penjawat awam berkenaan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian, melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis Perbendaharaan; dan
(ii) tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
(e) Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman hiwalah;
(f) selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh membuat suatu perintah pembayaran atau penghantarserahan dan boleh memerintahkan pelaksanaan dikeluarkan terhadap muhal-alaih mengenai apa-apa harta dalam tangannya yang didapati telah ditahan dengan sah, seolah-olah muhal-alaih itu sendiri ialah penghutang penghakiman bagi amaun yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang asal, atau bagi amaun atau nilai harta dalam tangan muhal-alaih, mengikut mana yang kurang;
(g) Mahkamah—
(i) boleh memerintahkan kos terhadap muhal-alaih dan boleh membenarkan atau tidak membenarkan muhal-alaih itu menuntut kos itu daripada penghutang penghakiman;
(ii) boleh membenarkan kos kepada muhal-alaih terhadap pemiutang penghakiman, dan boleh memberikan atau tidak memberikan kebenaran untuk menjadikan kos itu sebagai kos pelaksanaan;
(h) jika hutang yang kena dibayar secara ansuran menurut suatu penghakiman ditahan, muhal-alaih tidaklah bertanggungan membuat pembayaran kecuali mengikut perintah ansuran itu;
(i) pembayaran oleh muhal-alaih di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu pelepasan yang sah terhadap penghutang penghakiman;
(j) bailif boleh, atas permintaan pemiutang penghakiman dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah, menarik balik mana-mana notis hiwalah atau saman hiwalah;
(k) sesuatu notis hiwalah hendaklah disifatkan telah terbatal tiga bulan selepas penyampaian, melainkan jika prosiding di bawah saman itu masih belum selesai atau Mahkamah memerintahkan selainnya.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
162
Tajuk
Wang, kumpulan wang yang dilaburkan, atau harta lain penghutang penghakiman dalam atau di bawah kawalan Mahkamah yang memberikan penghakiman itu boleh, jika suatu perintah pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan kebenaran Mahkamah untuk menunaikan hutang penghakiman itu, dan pelaburan serta harta selain wang boleh diperintahkan supaya dijual untuk tujuan itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
163
Tajuk
Jika pelaksanaan melalui penyitaan dan penghantarserahan
sesuatu barang diperintahkan—
(a) bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang kena dibayar, hendaklah menghantarserahkannya kepada pemiutang penghakiman;
(b) perintah pelaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman, berhasrat sedemikian, memerintahkan bahawa jika barang itu tidak ditemui, nilainya, seperti yang terdapat dalam penghakiman asal itu atau atas permohonan yang kemudian kepada Mahkamah, hendaklah dilevikan; dan
(c) perintah di bawah perenggan (b) tidaklah menghalang prosiding untuk pengkomitan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
164
Tajuk
Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah bagi pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif adalah mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan milikan apa-apa harta selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika bailif terpaksa menyimpan harta itu melebihi empat belas hari dia boleh menghendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar dia boleh melepaskan harta itu.
Bailif hendaklah menyimpan rekod mengenai semua wang yang didepositkan dengannya di bawah subseksyen (1).
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
165
Tajuk
Bailif tidak boleh memecah masuk ke dalam mana-mana rumah yang dipagari atau bangunan yang didiami kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
166
Tajuk
Bailif hendaklah mengeluarkan resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang diterimanya melalui levi, deposit atau selainnya, dan hendaklah membayar wang itu kepada pegawai yang berkenaan di Pejabat Pendaftaran.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
167
Tajuk
Bailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut:
(a) perbelanjaan pelaksanaan;
(b) pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
(c) jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut Bahagian itu;
(d) jika hal itu yang termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk melaksanakan penghakiman yang dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu; dan
(e) pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang penghakiman.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
168
Tajuk
Jika hasil pelaksanaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan itu, pemiutang penghakiman hendaklah membayar kekurangan itu, tetapi dia bolehlah menuntutnya daripada penghutang penghakiman.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
169
Tajuk
Bailif hendaklah membuat penyata dalam borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.
Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan dan disenggarakan oleh bailif.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
170
Tajuk
Jika mana-mana harta disita dan dipindahkan dari tempat asalnya, bailif hendaklah, apabila diminta, memberi orang yang dalam jagaannya harta itu berada suatu inventori yang mencukupi bagi harta itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
171
Tajuk
Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan, memberikan apa-apa arahan kepada bailif tentang pelaksanaan kewajipannya sebagaimana yang difikirkan adil.
Mahkamah boleh memanggil dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberi maklumat berkenaan dengan apa-apa pelaksanaan.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
172
Tajuk
Mana-mana dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan atau disampaikan kepada seseorang bailif bolehlah disampaikan kepada Pendaftar pada waktu pejabat.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
173
Tajuk
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa- apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar daripada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempunyai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana-mana bahagiannya, menghendaki pemohon itu mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
3 - Pelaksanaan
Seksyen
174
Tajuk
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui pelelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 41 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan di tempat penjualan yang dicadangkan itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
175
Tajuk
Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Bab ini hendaklah terpakai bagi pelaksanaan penghakiman untuk pembayaran wang.
Dalam Bab ini “penghakiman” termasuklah apa-apa perintah bagi pembayaran wang.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
176
Tajuk
Jika penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman itu boleh menghendaki penghutang penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran itu.
Sesuatu permohonan bagi meminta kehadiran seseorang penghutang penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu permintaan dalam Borang MS 42 yang ditandatangani oleh pemohon atau Peguam Syarienya.
Jika suatu penghakiman telah diberikan terhadap dua orang atau lebih, pemiutang penghakiman boleh menghendaki saman penghutang penghakiman dikeluarkan terhadap setiap orang atau mana-mana orang yang bertanggungan di bawah penghakiman itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
177
Tajuk
Apabila menerima suatu permohonan di bawah seksyen 176, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman dalam Borang MS 43.
Sesuatu saman penghutang penghakiman hendaklah disampaikan kepada penghutang penghakiman itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
178
Tajuk
Pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman penghutang penghakiman, Mahkamah boleh memeriksa penghutang penghakiman itu dan saksi-saksi lain dengan iqrar.
(2) Jika penghutang penghakiman tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman itu, Mahkamah boleh—
(a) memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan Mahkamah untuk diperiksa; atau
(b) membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3) terhadap penghutang penghakiman itu.
Mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman itu sama ada—
(a) sekali gus dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditetapkan oleh Mahkamah; atau
(b) dengan apa-apa ansuran yang hendaklah dibayar pada masa yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
179
Tajuk
Jika seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghakiman boleh, melalui notis penghakiman, meminta penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran itu.
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh pemohon dalam Borang MS 44.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
180
Tajuk
Apabila Mahkamah menerima permohonan di bawah seksyen 179, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dalam Borang MS 45.
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu notis penghakiman hendaklah disampaikan ke diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi kehadiran penghutang penghakiman itu.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
181
Tajuk
Mahkamah boleh, selepas mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau megubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannya adil.
Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
182
Tajuk
Suatu perintah pengkomitan di bawah seksyen 181 hendaklah dibuat dalam Borang MS 46.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
183
Tajuk
Jika suatu perintah pengkomitan dibuat di bawah seksyen 181, penghutang penghakiman boleh, pada bila-bila masa, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada kepada bailif atau, jika penghutang penghakiman berada di dalam penjara, kepada pegawai penjara dan mendapatkan pelepasannya.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
184
Tajuk
Jika apa-apa hutang penghakiman yang mengenainya seseorang penghutang penghakiman dipenjarakan di bawah seksyen 181 ditunaikan melalui pembayaran atau selainnya, pemiutang penghakiman hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani olehnya dalam Borang MS 47.
Jika pemiutang penghakiman ingkar menyerah simpan perakuan seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), penghutang penghakiman atau mana-mana orang bagi pihaknya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah bagi pelepasannya, dan Mahkamah semasa membuat perintah itu boleh mengarahkan supaya kos bagi permohonan itu hendaklah dibayar oleh pemiutang penghakiman itu.
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam Borang MS 48.
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
185
Tajuk
Apa-apa perintah pengkomitan seseorang penghutang penghakiman di bawah seksyen 181 hendaklah mengandungi tarikh perintah itu dibuat dan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh satu tahun dari tarikh itu.
Bahagian
IX - Pembahagian Mengikut Kadar
Seksyen
186
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama tetapi belum lagi mendapat penunaiannya, maka aset itu, setelah dipotong kos penghasilan itu, hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan semua orang itu:
Dengan syarat bahawa—
(a) jika harta itu dijual tertakluk kepada suatu gadaian, pemegang gadaian tidaklah berhak berkongsi dalam apa-apa lebihan yang berbangkit daripada hasil jualan itu;
(b) jika mana-mana harta yang kena dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman adalah tertakluk kepada suatu gadaian, Mahkamah boleh, dengan persetujuan pemegang gadaian itu, memerintahkan supaya harta itu dijual bebas daripada gadaian itu, dengan memberi pemegang gadaian itu hak yang sama terhadap hasil jualan itu seperti yang dipunyai olehnya terhadap harta yang dijual itu; dan
(c) jika mana-mana harta tak alih dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman yang memerintahkan penjualannya bagi melepaskan bebanan atas harta itu, hasil jualan itu hendaklah digunakan—
(i) pertamanya, bagi menjelaskan perbelanjaan penjualan itu;
(ii) keduanya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan itu;
(iii) ketiganya, bagi melepaskan wang pokok yang kena
dibayar atas bebanan kemudiannya, jika ada; dan
(iv) keempatnya, dibahagikan mengikut kadar antara
pemegang-pemegang perintah atau penghakiman bagi
pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang telah, terdahulu daripada penjualan harta itu, memohon kepada Mahkamah yang meluluskan perintah atau penghakiman itu dan belum lagi mendapat penunaiannya.
Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerimanya pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah peruntukan undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut keutamaannya.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
187
Tajuk
Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.
Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu.
Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara “ex parte” melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
188
Tajuk
Sesuatu permohonan hendaklah disifatkan telah dibuat apabila notis berkenaan dengan permohonan itu telah difailkan dan dimeteraikan oleh seorang pegawai Pejabat Pendaftaran.
Sesuatu permohonan itu tidak boleh dipinda selepas difailkan tanpa kebenaran Mahkamah.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
189
Tajuk
Apa-apa permohonan yang hanya meminta supaya apa-apa tempoh masa dilanjutkan atau dipendekkan boleh disampaikan pada hari sebelum hari yang dinyatakan bagi pendengarannya tetapi, kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu dan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, sesuatu permohonan hendaklah disampaikan kepada setiap pihak lain tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang dinyatakan sedemikian.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
190
Tajuk
Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan afidavit.
Mana-mana pihak—
(a) yang memfailkan afidavit yang dicadangkan hendak digunakan olehnya dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan permohonan itu; atau
(b) yang bercadang untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding sedemikian apa-apa afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu,
hendaklah memberikan notis kepada tiap-tiap pihak lain tentang pemfailan itu atau tentang cadangannya hendak berbuat demikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
191
Tajuk
Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam prosiding berhubungan dengan permohonan itu hendaklah, jika dokumen itu boleh didapati, dibawa, dan salinan mana-mana dokumen itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah dan diberikan kepada pihak-pihak lain dalam prosiding itu.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
192
Tajuk
Pendengaran sesuatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, sama ada secara umum atau ke suatu tarikh tertentu, mengikut mana-mana yang sesuai.
Jika pendengaran itu ditangguhkan secara umum, maka pihak yang membuat permohonan itu boleh memasukkannya semula dengan memberikan notis dua hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka salinan permohonan itu telah disampaikan.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
193
Tajuk
Jika pemohon tidak hadir pada pendengaran permohonannya, Mahkamah boleh membuang permohonan itu.
Jika mana-mana pihak dalam sesuatu permohonan tidak hadir di pendengaran pertama atau mana-mana pendengaran sambungannya dan Mahkamah berpendapat adalah suaimanfaat diteruskan pendengaran itu tanpa kehadiran mana-mana pihak, maka Mahkamah bolehlah berbuat demikian.
Sebelum meneruskan pendengaran tanpa kehadiran mana- mana pihak, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan itu atau notis tentang masa yang ditetapkan bagi pendengaran sambungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak itu.
Jika permohonan itu telah dibuang tanpa pendengaran oleh sebab pemohon tidak hadir, maka Mahkamah, jika berpuas hati bahawa adalah adil berbuat sedemikian, boleh membenarkan permohonan itu dimasukkan semula.
Jika Mahkamah yang mendengar sesuatu permohonan meneruskan pendengaran tanpa kehadiran sesuatu pihak, maka, dengan syarat bahawa apa-apa perintah yang dibuat pada pendengaran itu belum lagi disempurnakan, Mahkamah, jika berpuas hati adalah adil berbuat demikian, boleh mendengar semula permohonan itu.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
194
Tajuk
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, mengetepikan sesuatu perintah yang dibuat secara ex parte di bawah Bab ini.
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu dan hendaklah didengar secara inter-parte.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
195
Tajuk
Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, semasa mendengar sesuatu permohonan di bawah Bab ini, membenarkan apa-apa permohonan yang berbangkit di dalamnya didengar secara lisan.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
196
Tajuk
Bab ini terpakai hanya bagi Mahkamah Tinggi Syariah.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
197
Tajuk
Tertakluk kepada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya, untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.
Suatu permohonan bagi mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan afidavit.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
198
Tajuk
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa perintah interim di bawah Bab ini.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
199
Tajuk
Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, pemeliharaan atau penjagaan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu, atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta sedemikian dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.
Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana- mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.
Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijamin.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
200
Tajuk
Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang mendesak.
Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu penyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—
(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu;
(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu, termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan kepada defendan atau, jika butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak diberikan;
(d) tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan mungkin akan ditegaskan olehnya,
sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu atau kepada
tuntutan bagi injunksi itu;
(e) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang
mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan
injunksi secara ex parte;
(f) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte
terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-
mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat
dalam permohonan terdahulu itu; dan
(g) tentang relief yang sebenarnya dipohon.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis, Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara itu.
Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau apa-apa perintah terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injunksi atau pembuatan perintah itu ialah meberikan relief yang tidak mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
201
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 2/2003] jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah seseorang kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang hadhanah kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi kepentingan keadilan atau pelindungan pemohon atau kanak-kanak itu didapati bahawa campurtangan serta-merta Mahkamah adalah perlu.
Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang hendaklah disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—
(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan perintah interim itu;
(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu;
(d) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan perintah interim itu;
(e) tentang sama ada mana-mana permohonan ex-parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan
(f) tentang relief yang sebenarnya dipohon.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
202
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003, jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana- mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
Jika permohonan yang tersebut dalam subseksyen (1) adalah
berkenaan dengan suatu perintah interim untuk mendapatkan nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah kanak-kanak itu berkeupayaan untuk membayar nafkah yang dipohon itu.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
204
Tajuk
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam
mana-mana kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi
penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas
apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu mana-mana harta alih yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya dan mungkin merosot jika disimpan atau yang bagi apa-apa sebab baik yang lain adalah wajar dijualkan dengan serta-merta.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
205
Tajuk
Jika semasa mendengar permohonan, yang dibuat sebelum perbicaraan suatu kausa atau perkara, untuk mendapatkan perintah interim, didapati oleh Mahkamah bahawa perkara yang dipertikaikan itu boleh diuruskan dengan lebih baik lagi dengan cara mengadakan perbicaraan awal daripada menimbangkan keseluruhan merit kausa atau perkara itu bagi maksud permohonan itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah yang sewajarnya dan boleh juga membuat apa-apa perintah berkenaan dengan tempoh sebelum perbicaraan sebagaimana yang dikehendaki bagi keadilan kes itu.
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
206
Tajuk
Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak memegang simpan harta itu menurut kuasa suatu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan bahawa dia berhak sedemikian ternyata daripada pliding itu, jika ada, atau melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu adalah bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, sementara menanti keputusan tindakan itu, amaun wang yang
mengenainya jaminan itu dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya, jika ada, bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya, tetapi tertakluk kepada Akta Kawalan
Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
2 - Perintah Interim
Seksyen
207
Tajuk
Jika apa-apa harta alih atau harta tak alih menjadi hal perkara mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuas hati bahawa harta itu lebih daripada mencukupi untuk menjawab segala tuntutan mengenainya yang baginya peruntukan patut dibuat dalam prosiding itu, Mahkamah boleh pada bila-bila masa membenarkan keseluruhan atau sebahagian pendapatan daripada harta itu dibayar, selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya, kepada mana-mana atau kesemua pihak yang mempunyai kepentingan dalamnya atau boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian harta alih itu
dipindahmilikkan atau dihantarserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak itu.
Bahagian
XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar
Seksyen
208
Tajuk
Dalam mana-mana Mahkamah yang baginya dia dilantik, Pendaftar di dalam kamar boleh—
(a) menangguhkan apa-apa prosiding;
(b) menetapkan tarikh perbicaraan apa-apa prosiding;
(c) mentadbirkan sumpah untuk afidavit dan menerima bon;
(d) jika jaminan diperintahkan, menentukan bahawa jaminan itu mencukupi dan menghendaki penjamin menunjukkan bahawa dia mempunyai kemampuan untuk memberikan jaminan;
(e) dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan apa-apa prosiding; dan
(f) menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau apa-apa perintah Hakim.
Bahagian
XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar
Seksyen
209
Tajuk
Seseorang Hakim boleh—
(a) menjalankan semua kewajipan dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis;
(b) menjalankan fungsinya di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar mengenai apa-apa prosiding dalam had bidang kuasa tempatannya; dan
(c) mencatatkan penghakiman yang dibuat melalui pengakuan
atau persetujuan pihak-pihak di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar.
Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen 208.
Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolaknya.
Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan mana- mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak.
Bahagian
XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar
Seksyen
210
Tajuk
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada seorang Hakim di dalam Kamar terhadap apa-apa penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar.
Rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan menyampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu yang penghakiman, perintah atau keputusan mengenainya telah diberikan suatu notis dalam Borang MS 51 untuk hadir di hadapan Hakim pada hari yang dinyatakan dalam notis itu.
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, notis itu hendaklah difailkan dalam masa tujuh hari selepas penghakiman, perintah atau keputusan yang dirayukan itu telah diberikan atau dibuat dan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan itu.
Kecuali sebagaimana yang diarahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan prosiding yang dalamnya rayuan itu dibawa.
Keputusan Hakim dalam Kamar adalah muktamad.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
211
Tajuk
Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan suatu akaun rasmi mengikut Hukum Syarak di mana-mana bank.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
212
Tajuk
Wang yang dibayar ke dalam Mahkamah boleh dibayar kepada Pendaftar dengan menyatakan tujuan wang itu dibayar dan Pendaftar hendaklah mengeluarkan resit penerimaannya.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
213
Tajuk
Semua wang yang diterima di bawah seksyen 212 hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, dimasukkan ke dalam akaun bank Mahkamah.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
214
Tajuk
Jika wang dibayar ke dalam Mahkamah untuk kredit mana-mana orang, orang yang membayar itu hendaklah dengan segera memberikan notis mengenai pembayaran itu kepada orang yang untuk kreditnya wang itu dibayar.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
215
Tajuk
Sebelum membuat apa-apa pembayaran daripada Mahkamah,
Pendaftar—
(a) boleh menghendaki bukti bahawa orang yang memohon
pembayaran itu ialah orang yang berhak atau diberi kuasa untuk menerima pembayaran itu; dan
(b) hendaklah memastikan bahawa semua wang yang kena
dibayar kepada Kerajaan yang telah dimaklumkan kepadanya telah dibayar atau dipotong.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
216
Tajuk
Pembayaran daripada Mahkamah—
(a) jika tidak melebihi lima puluh ringgit, boleh dibuat secara tunai; dan
(b) jika lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada penerima, dipalang dan diendorskan “tak boleh niaga” dan ditanda “Boleh dibayar hanya dalam masa 90 hari dari tarikh”.
Cek yang tidak ditunaikan dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh itu cek itu boleh diperbaharui atau diganti.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
217
Tajuk
Pendaftar boleh menurut budi bicaranya dan jika dipohon sedemikian mengirimkan melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar daripada Mahkamah.
Jika apa-apa wang dikirimkan melalui pos, Pendaftar hendaklah mendapatkan resit baginya selepas kiriman dibuat dan tanggungjawab kerana kehilangannya hendaklah ditanggung oleh penerima.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
218
Tajuk
Mahkamah hendaklah menyenggarakan apa-apa buku akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh Arahan Perbendaharaan.
Dalam seksyen ini, “Arahan Perbendaharaan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
219
Tajuk
Tiada kos perkhidmatan boleh dikenakan ke atas apa-apa dana yang disimpan di dalam Mahkamah.
Bahagian
XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah
Seksyen
220
Tajuk
Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilainya kepada pihak menuntut itu.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
221
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2), maka hendaklah dibayar berkenaan dengan semua kausa, perkara dan prosiding di Mahkamah apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.
Kerajaan atau Majlis tidaklah dikehendaki membayar apa-apa fi Mahkamah dalam prosiding oleh atau terhadap Kerajaan atau Majlis.
Fi Mahkamah hendaklah dibayar dengan wang tunai.
Tiada fi boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa prosiding yang diambil atas kehendak Mahkamah.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
222
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini, Mahkamah hendaklah, mengikut budi bicaranya, mengawardkan kos bagi prosiding yang difailkan di Mahkamah itu walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mengenai prosiding itu.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
223
Tajuk
Kos hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah atau Pendaftar mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
224
Tajuk
Jika pada pendengaran apa-apa prosiding seseorang hadir di Mahkamah sebagai seorang saksi mengenai fakta, atau sebagai seorang saksi untuk mengemukakan sesuatu dokumen, maka boleh dibenarkan baginya apa-apa jumlah wang yang patut sebagaimana yang ditetapkan.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
225
Tajuk
Jika pada pendengaran apa-apa prosiding seseorang hadir di Mahkamah sebagai seorang saksi pakar, maka boleh dibenarkan suatu fi baginya kerana hadir di Mahkamah, dan sebagai tambahan, suatu fi kerana layak memberikan keterangan sebagai pakar sedemikian.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
226
Tajuk
Sebagai tambahan kepada apa-apa elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 224 dan 225, boleh dibenarkan bagi seseorang saksi atau sesuatu pihak apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sebenarnya dan semunasabahnya oleh saksi atau pihak itu dalam perjalanan ke dan dari Mahkamah atau kerana tinggal di tempat penginapannya.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
227
Tajuk
Jika seseorang saksi atau sesuatu pihak hadir di Mahkamah berkenaan dengan dua prosiding atau lebih, maka jumlah wang yang boleh dibenarkan baginya di bawah seksyen 224 atau 225 berkenaan dengan sesuatu prosiding bolehlah diumpukkan antara beberapa prosiding itu.
Bahagian
XXIII - Kos Elaun Dan Fi Mahkamah
Seksyen
228
Tajuk
Elaun boleh dibayar kepada seseorang saksi sama ada dia dipanggil ataupun tidak, jika kehadirannya diperlukan.
Bahagian
XXIV - Penghinaan Mahkamah
Seksyen
229
Tajuk
Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka tidaklah perlu bagi Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan
sebab tetapi Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang untuk didengar untuk membela dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu rekod yang sepatutnya mengenai prosiding itu.
Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu.
Bahagian
XXIV - Penghinaan Mahkamah
Seksyen
230
Tajuk
Jika penghinaan mahkamah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa penghinaan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau selainnya bertanggungjawab atas pengurusan pertubuhan perbadanan itu adalah juga bersalah melakukan penghinaan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—
(a) penghinaan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau
(b) dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya penghinaan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam pertubuhan perbadanan itu dan segala hal keadaan.
Bahagian
XXIV - Penghinaan Mahkamah
Seksyen
231
Tajuk
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa prosiding atas nama atau bagi pihak orang lain dengan mengetahui bahawa dia tidak dibenarkan dengan sahnya oleh orang itu adalah melakukan kesalahan menghina mahkamah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
232
Tajuk
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Ketua Hakim Syarie, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua prosiding di Mahkamah.
Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk digunapakai menurut Enakmen ini hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dan dokumen dalam mana-mana bahasa lain hendaklah disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa kebangsaan.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
233
Tajuk
Borang-borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dengan apa-apa pengubahan mengikut kehendak hal keadaan, hendaklah digunakan bagi masing-masing maksud yang disebut dalamnya.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
234
Tajuk
Atas permohonan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan oleh mana-mana orang, Pendaftar bolehlah membekalkan salinan diperakui bagi apa-apa dokumen termasuk, dengan keizinan Mahkamah, mana-mana nota keterangan kepada orang itu.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
235
Tajuk
Jika apa-apa fi atau deposit kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perbuatan, atau apa-apa pembayaran terlibat dalam melakukan perbuatan itu, pegawai yang dipertanggungkan untuk melakukan perbuatan itu tidaklah berkewajipan melakukannya sehingga fi atau deposit atau amaun pembayaran itu telah dibayar.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
236
Tajuk
Tiada seorang pun pegawai Mahkamah boleh menjadi penjamin, atau menandatangani apa-apa resit atau dokumen atau menerima apa-apa wang bagi atau bagi pihak mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah, atau membuat tawaran atau selainnya menjadi pembeli secara langsung atau tak langsung di mana-mana penjualan oleh Mahkamah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
237
Tajuk
Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar.
Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberikan jaminan itu.
Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan yang disebut dalam subseksyen (1).
Jika jaminan diberikan dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.
Jika jaminan diberikan melalui bon, seorang penjamin adalah diperlukan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
238
Tajuk
Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.
Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan
pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
239
Tajuk
Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, pada bila-bila masa, memerintahkan supaya apa-apa dokumen atau kandungan apa-apa dokumen yang mengaibkan, tak relevan, menyusahkan, menindas, menimbulkan perbahasan atau terlalu panjang dibatalkan.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
240
Tajuk
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh jika difikirkannya perlu memerintahkan supaya mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding hadir sendiri pada bila-bila masa, melainkan jika pihak itu berada di luar negeri, dan kegagalan untuk mematuhi perintah itu dengan sengaja hendaklah menjadi suatu penghinaan mahkamah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
241
Tajuk
Mana-mana proses atau dokumen yang dikehendaki disampaikan oleh seseorang pegawai Mahkamah atau sesuatu pihak boleh disampaikan oleh mana-mana Mahkamah lain.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
242
Tajuk
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan mana-mana pihak atau saksi patut diambil sebelum tarikh pendengaran, Mahkamah atau mana-mana Hakim yang diarahkan oleh Mahkamah itu boleh mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi tersebut di mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai dan keterangan yang diambil sedemikian boleh kemudiannya digunakan dalam pendengaran itu.
Notis bahawa keterangan akan diambil di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh keterangan itu diambil sedemikian dan pihak yang satu lagi itu boleh mengambil bahagian dalam prosiding itu.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
243
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah atau Hakim boleh, dalam hal apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah lain, mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi atau orang lain dan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan bagi prosiding yang belum selesai itu.
Kuasa Mahkamah atau Hakim di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan jika terdapat suatu permintaan bertulis daripada Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum selesai.
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah yang di hadapannya
prosiding itu belum selesai boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu, meminta Mahkamah lain mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi dalam prosiding itu, jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pihak atau saksi itu tidak dapat hadir di Mahkamah itu kerana alasan yang munasabah atau jika kehadiran pihak atau saksi itu akan menyebabkan pihak yang memanggil saksi itu menanggung perbelanjaan yang tidak munasabah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
244
Tajuk
Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
245
Tajuk
Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah
terbatal setakat yang ia tak konsisten itu.
Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
246
Tajuk
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada—
(a) Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi sebagai Pengerusi;
(b) seorang wakil Majlis Agama Islam Negeri;
(c) seorang wakil dari Jabatan Peguam Negara;
(d) seorang wakil Peguam Syarie; dan
(e) dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim
Syarie.
Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e) hendaklah
memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik
semula.
Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
247
Tajuk
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
(a) tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah
Syariah;
(b) fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan
prosiding di bawah Enakmen ini;
(c) tatacara mengenai sulh;
(d) borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini; dan
(e) penjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan
surat cara dan pelantikan pegawai atau ejen Mahkamah.
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh meminda Jadual Kedua
dan Ketiga melalui perintah.
Bahagian
XXV - Pelbagai
Seksyen
248
Tajuk
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1991 [Enakmen 7/1991] adalah dimansuhkan.
Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan
prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan
ketakadilan.
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
1
Tajuk
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
2
Tajuk
Enakmen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding mal yang dimulakan di mana-mana Mahkamah Syariah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
3
Tajuk
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bailif” termasuklah Pendaftar atau mana-mana kerani atau pegawai Mahkamah yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan kewajipan seorang bailif;
“borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini;
“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 1/2003];
“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;
“hari kehadiran” ertinya hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan untuk pendengaran apa-apa prosiding itu;
“lien” ertinya suatu hak atas harta seseorang penghutang penghakiman setakat keterhutangan itu;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“notis” ertinya notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun;
“orang tak berkeupayaan” termasuklah seseorang budak, seseorang tak sempurna akal dan seseorang yang ditegah menguruskan hartanya;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“pemiutang penghakiman” ertinya orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman bagi pembayaran wang sama ada secara ansuran atau selainnya;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;
“penghakiman” termasuklah alasan penghakiman;
“penghutang penghakiman” ertinya orang yang bertanggungan di bawah mana-mana penghakiman bagi pembayaran wang;
“terjemahan diperakui” ertinya terjemahan apa-apa dokumen yang diperakui betul oleh pegawai Mahkamah atau oleh mana-mana orang lain yang diterima oleh Mahkamah.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
4
Tajuk
Tiap-tiap dokumen, termasuk borang, yang difailkan di Mahkamah hendaklah mempunyai tajuk am seperti dalam Borang MS 1.
Bahagian
II - Kesan Ketidakpatuhan
Seksyen
5
Tajuk
Ketakpatuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidaklah membatalkan mana-mana prosiding melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai tak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.
Bahagian
II - Kesan Ketidakpatuhan
Seksyen
6
Tajuk
Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah dalamnya kerana tak teratur tidaklah boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru selepas menyedari tentang ketakteraturan itu.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
1 - Am
Seksyen
7
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang- undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan melalui saman.
Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan melalui permohonan.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
2 - Saman
Seksyen
8
Tajuk
Tiap-tiap saman—
(a) hendaklah dalam Borang MS 2; dan
(b) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
2 - Saman
Seksyen
9
Tajuk
Tiap-tiap saman terhadap seorang defendan hendaklah dikemukakan untuk difailkan dalam tiga salinan dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap defendan tambahan.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
2 - Saman
Seksyen
10
Tajuk
Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan—
(a) jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b) jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah
diperlukan,
Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya,
memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.
Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
2 - Saman
Seksyen
11
Tajuk
Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.
Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan
dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada, sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
2 - Saman
Seksyen
12
Tajuk
Jika sesuatu saman hilang selepas dikeluarkan, Mahkamah boleh
memerintahkan supaya dikeluarkan suatu saman baru yang mengandungi tarikh, dan mempunyai kesan yang sama seperti saman asal.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
3 - Permohonan
Seksyen
13
Tajuk
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diangkat sumpah mengikut Enakmen ini.
Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon, dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu, dan melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan dalamnya.
Dalam sesuatu permohonan, penentang hendaklah disebut sebagai responden.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
3 - Permohonan
Seksyen
14
Tajuk
Seksyen 9, 10, 11 dan 12 hendaklah terpakai, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, berhubungan dengan sesuatu permohonan sebagaimana seksyen-seksyen itu terpakai berhubungan dengan saman.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
3 - Permohonan
Seksyen
15
Tajuk
Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian ini, suatu permohonan mendapatkan perceraian hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 2/2003] dan prosiding selanjutnya berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.
Bahagian
III - Cara Memulakan Prosiding Mal
Bab
4 - Tuntutan atau Pembelaan Lisan
Seksyen
16
Tajuk
Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:
Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
Apabila menerima rekod yang tersebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—
(a) memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;
(b) menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan
(c) menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.
Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), maka hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
17
Tajuk
Dalam Bahagian ini “plaintif” termasuklah pemohon dan “defendan” termasuklah responden.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
18
Tajuk
Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika—
(a) tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan persoalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan
(b) segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.
Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap seorang defendan atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-
masing.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
19
Tajuk
Tertakluk kepada subsekysen (2), Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membatalkan, menggantikan atau menambahkan mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan atas apa-
apa terma yang adil dan patut.
Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa persetujuannya atau, jika dia orang tak berkeupayaan, tanpa persetujuan wakilnya yang hendaklah ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain yang dibenarkan.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
20
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2), pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, sebagaimana yang difikirkannya adil dan sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan—
(a) memerintahkan mana-mana pihak yang telah dijadikan suatu pihak dengan tak patut atau tak perlu atau kerana apa-apa sebab telah terhenti menjadi pihak yang patut atau perlu, terhenti menjadi suatu pihak; atau
(b) memerintahkan supaya mana-mana pihak yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai suatu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan lengkap ditambahkan sebagai suatu pihak.
Tiada seorang pun boleh ditambahkan sebagai plaintif tanpa persetujuannya yang ditandakan secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dibenarkan.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
21
Tajuk
Jika berlaku perubahan pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai—
(a) tajuk prosiding itu hendaklah dipinda dengan sewajarnya; dan
(b) dokumen prosiding itu hendaklah disampaikan kepada mana- mana orang yang ditambahkan atau digantikan sebagai defendan melainkan jika dia bersetuju untuk mengenepikan penyampaian itu.
Prosiding terhadap orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah disifatkan telah dimulakan mulai tarikh penyampaian atau pengenepian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
22
Tajuk
Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak—
(a) jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Hukum Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c);
(b) jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut Hukum Syarak, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
(c) dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
1 - Am
Seksyen
23
Tajuk
Dalam hal mana-mana penyerahhakan, pewujudan, perubahan, perpindahan atau penurunan kepentingan, harta pusaka, hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak, antara permulaan mana-mana prosiding dengan penghakiman di dalamnya, orang yang kepadanya atau padanya
kepentingan, harta pusaka, hakmilik, atau tanggungan telah diberikan atau turun boleh memohon supaya dia ditambahkan sebagai suatu pihak atau dijadikan suatu pihak bagi menggantikan suatu pihak yang lain dan plaintif boleh mengikut cara yang sama memohon untuk mendapatkan penambahan atau penggantian sedemikian, jika pihak yang berkenaan ialah defendan.
Notis mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada semua pihak.
Jika suatu permohonan sepatutnya dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan membuat permohonan dalam suatu tempoh ditentukan, dan jika pihak atau orang itu ingkar boleh membatalkan atau membuang prosiding itu, atau memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan dihalang daripada membela, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika mana-mana perkara yang tersebut dalam subseksyen (1) berlaku selepas penghakiman dan ada wang untuk manfaat prosiding itu di Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang apa-apa permohonan untuk mendapatkan suatu perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2- Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
24
Tajuk
Mana-mana orang tak berkeupayaan boleh mendakwa atau didakwa melalui penjaga ad litemnya yang diluluskan dengan wajar oleh Mahkamah.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
25
Tajuk
Sesuatu persetujuan yang diberikan atau pengenepian yang dibuat bagi pihak seorang orang tak berkeupayaan oleh penjaga ad litemnya dengan kelulusan Mahkamah hendaklah mengikat orang tak berkeupayaan itu.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
26
Tajuk
Jika plaintif adalah seorang orang tak berkeupayaan—
(a) tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah; dan
(b) semua wang atau harta lain yang diperoleh untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada tindakan itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
27
Tajuk
Apa-apa prosiding yang diambil oleh atau terhadap orang tak berkeupayaan yang tidak menurut Enakmen ini atau Hukum Syarak hendaklah dibuang dan apa-apa penghakiman dan perintah yang dibuat dalam prosiding itu boleh diketepikan.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
28
Tajuk
Mahkamah boleh dengan alasan yang mencukupi mengikut Hukum Syarak memecat mana-mana penjaga ad litem dan menggantikannya dengan orang lain, iaitu seseorang yang layak dan sesuai dan sanggup bertindak.
Mahkamah boleh melantik seseorang daripada pegawainya untuk menjadi seorang penjaga ad litem.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
29
Tajuk
Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding itu.
Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan, tetapi Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.
Jika plaintif belum dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.
Jika prosiding itu diteruskan, plaintif belum dewasa hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah boleh meminda tajuk itu dan melepaskan penjaga ad litemnya.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
30
Tajuk
Jika seorang defendan yang belum dewasa belum mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada dia atau penjaga ad litemnya boleh memfailkan afidavit bagi membuktikan kedewasaan itu dan sesudah itu tajuk prosiding itu hendaklah dipinda, dan penjaga ad litem hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa soal mengenai kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku penjaga itu.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
31
Tajuk
Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya membayar fi Mahkamah baginya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran mendakwa atau membela sebagai
orang miskin.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir-butir yang berikut:
(a) nama, tempat tinggal dan pekerjaannya;
(b) akuan bahawa dia tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan
(c) segala fakta material mengenai kes itu.
Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau Pendaftar.
Jika Mahkamah berpuas hati—
(a) bahawa pemohon tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan
(b) bahawa pemohon mempunyai kausa tindakan atau pembelaan yang baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut “orang miskin”) untuk mendakwa atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai seorang orang miskin.
Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman atau proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang relevan dalam buku kausa hendaklah ditanda “orang miskin”.
Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
32
Tajuk
Orang miskin tidak boleh memberhentikan, menyelesaikan atau mengkompromikan tindakan atau prosiding lain tanpa kebenaran Mahkamah.
Bahagian
IV - Pihak-Pihak
Bab
2 - Orang Tak Berkeupayaan
Seksyen
33
Tajuk
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, tiada orang miskin bertanggungan membayar kos kepada mana-mana pihak, atau berhak menerima daripada mana-mana pihak lain apa-apa kos selain perbelanjaan sebenar yang dilakukan dalam perjalanan prosiding itu.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
34
Tajuk
Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
Jika seorang Peguam Syarie telah menerima pelantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
35
Tajuk
Jika seorang Peguam Syarie mewakili lebih daripada satu pihak dalam apa-apa prosiding, penyampaian satu salinan apa-apa dokumen kepada Peguam Syarie itu hendaklah menjadi penyampaian yang mencukupi kepada semua pihak itu.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
36
Tajuk
Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada semua pihak.
Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan pelantikan Peguam Syarie.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
37
Tajuk
Jika suatu pihak ingin melepaskan Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis pelepasan itu dalam Borang MS 7 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
38
Tajuk
Jika Peguam Syarie yang mewakili suatu pihak memohon untuk dilepaskan, dia hendaklah memfailkan suatu notis penarikan diri dalam Borang MS 8 dan menyampaikan suatu salinan notis kepada pihak yang diwakilinya.
Bahagian
V - Peguam Syarie
Seksyen
39
Tajuk
Wakalah seseorang Peguam Syarie hendaklah tamat dengan kematian Peguam Syarie itu atau pihak yang diwakilinya.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
40
Tajuk
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap plaintif atau pemohon dan tiap-tiap orang yang memfailkan sesuatu saman atau dokumen lain dalam mana-mana prosiding, selain seorang pegawai Mahkamah yang bertindak demikian, dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Selangor.
Jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang lain itu diwakili oleh seorang Peguam Syarie, alamat Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
41
Tajuk
Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah disampaikan ke diri, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman atau dokumen lain itu, atau dengan mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan satu salinan saman atau dokumen lain itu, kepada orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.
Bagi maksud subseksyen (1), suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan tandatangan Pendaftar hendaklah disifatkan sebagai suatu saman atau dokumen asal.
Penyampaian sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah dilaksanakan oleh pegawai Mahkamah atau mana-mana orang lain.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
42
Tajuk
Jika orang yang kepadanya sesuatu saman atau dokumen lain dikehendaki disampaikan enggan menerima saman atau dokumen itu atau salinannya, ia bolehlah ditinggalkan berhampiran dengan orang itu dan perhatiannya diarahkan kepada saman, dokumen atau salinannya itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
43
Tajuk
Sesuatu saman atau dokumen lain boleh disampaikan kepada Peguam Syarie mana-mana pihak yang telah memfailkan wakalah mengikut seksyen 34 kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Enakmen ini.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
44
Tajuk
Sesuatu saman atau dokumen lain yang diserahkan di alamat bagi penyampaian mana-mana orang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
45
Tajuk
Sesuatu saman yang memulakan suatu tindakan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada tujuh hari genap sebelum hari kehadiran melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, notis bagi semua prosiding lain hendaklah notis dua hari genap melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Hari kehadiran boleh diubah oleh Pendaftar, jika perlu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
46
Tajuk
Penyampaian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan bila-bila masa pada waktu siang atau malam.
Penyampaian selepas pukul 4.00 petang hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang berikutnya.
Penyampaian yang dilaksanakan selepas pukul 12.00 tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, hari kelepasan mingguan atau pada bila-bila masa pada mana-mana hari kelepasan am, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang mengikuti hari kelepasan itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
47
Tajuk
Penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya, jika ada.
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, atas permohonan, memerintahkan supaya penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan dibuat kepada mana-mana orang lain.
Penyampaian kepada seseorang di dalam penjara hendaklah
dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu, yang hendaklah menyebabkan saman atau dokumen lain itu diberikan kepada orang itu.
Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera
hendaklah dibuat kepada pegawai pemerintah atau adjutan unitnya, yang hendaklah menyebabkan saman atau dokumen lain itu diberikan kepada anggota itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
48
Tajuk
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak dapat disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara menampalkan suatu salinannya di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan terakhir diketahui tinggal, atau mengikut apa- apa cara lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama
seperti penyampaian ke diri.
Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah, jika perlu, menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu hadir di Mahkamah.
Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan—
(a) sesuatu sepina; atau
(b) apa-apa dokumen yang memulakan prosiding bagi penangkapan atau pengkomitan mana-mana orang.
Apa-apa permohonan bagi perintah di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang menjadi asas permohonan itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
49
Tajuk
Penyampaian saman atau dokumen lain boleh, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan, jika penyampaian itu adalah ke diri dan orang yang kepadanya saman atau dokumen lain itu hendak disampaikan tidak dikenalinya sendiri, melalui afidavit orang yang mengecamkan orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.
Orang yang kepadanya saman atau dokumen itu disampaikan hendaklah menandatangani suatu pengakuterimaan penyampaian, tetapi keengganan atau ketakupayaannya menandatangani sedemikian tidaklah akan menjejaskan keesahan penyampaian itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
50
Tajuk
Suatu perintah bagi penyampaian, atau bagi penyampaian ganti, boleh diubah oleh Mahkamah.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
1 - Penyampaian Dalam Bidang Kuasa
Seksyen
51
Tajuk
Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya jika—
(a) sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(b) pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
2 - Penyampaian di Luar Bidang Kuasa
Seksyen
52
Tajuk
Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika—
(a) keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Selangor;
(b) apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Selangor;
(c) tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Selangor, seseorang di luar negeri Selangor ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d) dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Selangor.
Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendaklah dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
2 - Penyampaian di Luar Bidang Kuasa
Seksyen
53
Tajuk
Suatu perintah bagi penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah menetapkan hari kehadiran orang yang kepadanya penyampaian hendak dibuat dan Mahkamah hendaklah mengambil kira dan boleh menghendaki keterangan tentang cara perhubungan dan pengangkutan.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
2 - Penyampaian di Luar Bidang Kuasa
Seksyen
54
Tajuk
Apa-apa saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan tempatan di mana orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan dikatakan berada.
Saman atau permohonan yang hendak disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau selainnya bersama dengan permintaan bertulis bagi penyampaian yang ditandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.
Bahagian
VI - Penyampaian
Bab
2 - Penyampaian di Luar Bidang Kuasa
Seksyen
55
Tajuk
Sesuatu perintah bagi penyampaian di luar perintah bidang kuasa boleh diubah oleh Mahkamah.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
56
Tajuk
Jika—
(a) seseorang bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya; atau
(b) tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan, maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
57
Tajuk
Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.
Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini,
bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.
Jika—
(a) bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan gagal, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan
(b) tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.
Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
58
Tajuk
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat melalui saman dalam Borang MS 12 atau MS 13, mengikut mana-mana yang sesuai.
Tertakluk kepada subseksyen (3), sesuatu saman di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit bahawa pemohon itu—
(a) tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan selain daripada caj atau kos;
(b) tidak berpakat-sulit dengan mana-mana pihak menuntut dalam hal perkara itu; dan
(c) sanggup membayar atau memindahkan hal perkara itu ke dalam Mahkamah atau membereskannya sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
Jika pemohon ialah seorang bailif, dia tidak boleh memberikan apa-apa afidavit yang tersebut dalam subseksyen (2) melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
59
Tajuk
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, saman yang disebut dalam seksyen 58, mestilah disampaikan ke diri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari kehadiran.
Saman interplider mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 14.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
60
Tajuk
Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut “pihak-pihak menuntut” dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—
(a) supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau
(b) supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana di antara pihak-pihak menuntut itu hendak dijadikan plaintif dan yang mana hendak dijadikan defendan.
Jika—
(a) pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini seorang bailif;
(b) semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana di antara mereka meminta sedemikian; atau
(c) soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut adalah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan,
maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkan adil.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
61
Tajuk
Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh dalam atau
bagi maksud mana-mana prosiding interplider membuat apa-apa perintah tentang kos atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya adil.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
62
Tajuk
Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara lain.
Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider itu.
Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 15.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
63
Tajuk
Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi—
(a) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(b) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
(d) butir-butir mengenai apa-apa permohonan lain.
Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
64
Tajuk
Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—
(a) pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan; atau
(b) hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan
plaintif.
Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.
Pembelaan hendaklah dikemukakan dalam Borang MS 16.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
65
Tajuk
Tiap-tiap pembelaan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya dan hendaklah—
(a) sama ada mengaku atau menafikan tiap-tiap pengataan fakta yang material dalam pernyataan tuntutan;
(b) menyatakan dengan ringkas lagi padat apa-apa fakta baru yang dijadikan sandaran oleh defendan sebagai pembelaan; dan
(c) membangkitkan dengan ringkas lagi padat dan tanpa hujah apa-apa perkara undang-undang yang perlu.
Penafian di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh berbentuk
mengelak tetapi hendaklah menjawab perkara isi.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
66
Tajuk
Tiap-tiap tuntutan balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyataan tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.
Tuntutan balas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang
yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan itu, tetapi jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat oleh Mahkamah.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
67
Tajuk
Jika mana-mana defendan membuat tuntutan balas, plaintif
hendaklah, jika dia berhasrat hendak membuat pembelaan terhadap tuntutan balas itu, memfailkan dan menyebabkan disampaikan kepada defendan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah.
Jika plaintif tidak mematuhi subseksyen (1), seksyen 16 hendaklah terpakai seolah-olah plaintif ialah seorang defendan.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
68
Tajuk
Jika suatu pembelaan tawaran sebelum tindakan dibangkitkan maka defendan hendaklah, apabila memfailkan pembelaannya, membayar ke dalam Mahkamah amaun yang dikatakan telah ditawarkan itu.
Bahagian
VII - Interplider
Seksyen
69
Tajuk
Mahkamah boleh, atas alasan yang mencukupi, memberi kebenaran untuk memfailkan dan menyerahkan suatu jawapan kepada pembelaan, sama ada pembelaan itu ialah pembelaan terhadap suatu tuntutan atau tuntutan balas.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
70
Tajuk
Mahkamah boleh enggan menerima atau boleh mengembalikan untuk dipinda mana-mana pliding yang tidak mematuhi kehendak Bahagian ini.
Bahagian
VIII - Pliding
Seksyen
71
Tajuk
Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir
yang mencukupi, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab supaya memfailkan dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan jelas, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.
Butir-butir lanjut dan jelas boleh difailkan dan disampaikan
atas permintaan tanpa perintah.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
72
Tajuk
Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah
sebagai penyelesaian tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar ke dalam Mahkamah sejumlah wang berkenaan dengan kos.
Defendan hendaklah memberikan notis kepada plaintif mengenai pembayaran itu dan, jika bayaran itu kurang daripada jumlah yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan berkenaan dengan apa pembayaran itu dibuat.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
73
Tajuk
Tertakluk kepada seksyen 26 dan 78, jika pembayaran ke
dalam Mahkamah adalah sama dengan amaun yang dituntut atau plaintif memilih untuk menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan tuntutannya, amaun itu hendaklah dibayar daripada Mahkamah kepadanya, dan dia boleh mendapat penghakiman bagi kesemua kos yang sebenarnya dilakukan sebelum dia menerima notis pembayaran ke dalam Mahkamah itu, dan kos untuk mencatatkan penghakiman bagi kos itu, melainkan jika dibayar tanpa perintah.
Bahagian
IX - Pembayaran Ke Dalam Dan Daripada Mahkamah
Seksyen
74
Tajuk
Jika pembayaran yang disebut dalam seksyen 73 adalah
berkenaan dengan sebahagian daripada tuntutannya, plaintif boleh meneruskan tindakan berkenaan dengan bahagian yang lain itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.