Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988
Bahagian
II
Seksyen
4
Tajuk
Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua Sekolah Islam dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya
Pend:aftar hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua Sekolah Islam dalam Negeri.
Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua
Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini
dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan butir-butir mengenai setiap sekolah Islam termasuk-
(a) nama dan alamat sekolah;
(b) anggota-anggota Jemaah Pengurusan sekolah;
(c) kurikulum untuk sekolah; dan
(d) apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh Pendaftar patut direkodkan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.