Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988
Bahagian
I
Seksyen
1
Tajuk
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam.
Bahagian
I
Seksyen
2
Tajuk
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“Jemaah” ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;
“Lembaga” ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-raja yang dikenali sebagai – ‘Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan_ Agama Islam”;
“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam yang
dibentukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952.
“Nazir Sekolah Islam” ertinya Nazir yang dilantik di bawah Enakmen ini;
“Pendaftar” ertinya · Pendaftar yang dilantik di bawah Seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan
“Sekolah Islam” ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah
agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pelajaran, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran. yang termasuklah mana mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.
Bahagian
II
Seksyen
3
Tajuk
Majlis boleh, dengan kelulusan Raja, melantik;
(a) seorang Pendaftar Sekolah Islam Negeri; dan
(b) beberapa orang Timbalan Pendaftar Sekolah Islam sebagaimana yang diperlukan
Bahagian
II
Seksyen
4
Tajuk
Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua Sekolah Islam dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya
Pend:aftar hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua Sekolah Islam dalam Negeri.
Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua
Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini
dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan butir-butir mengenai setiap sekolah Islam termasuk-
(a) nama dan alamat sekolah;
(b) anggota-anggota Jemaah Pengurusan sekolah;
(c) kurikulum untuk sekolah; dan
(d) apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh Pendaftar patut direkodkan.
Bahagian
III
Seksyen
5
Tajuk
Sebelum suatu Sekolah Islam dibenar Jemaah didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu suratcara yang menubuhkan suatu Jemaah Pengurusan untuk sekolah itu.
Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Islam yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.
Bahagian
III
Seksyen
6
Tajuk
Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannya menjadi anggota Jemaah- itu.
Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah meminta Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima permintaan itu Jemaah hendaklah mengainbil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.
Jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi permintaan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen kecil (1) dan (2), Pendaftar mempunyai kuasa untuk memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu
Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam kepada Jemaah.
Seseorang yang telah dipecatkan atau berhenti menjadi anggota Jemaah melakukan kesalahan jika dia-
(a) gagal menyerahkan segala harta, barang berharga,. dokumen dan lain-lain perkara kepunyaan sekolah itu kepada Jemaah; atau
(b) terus bertindak sebagai
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (5) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua tibu ringgit, dan bagi kesalahan di bawah perenggan (b) dalam seksyen kecil (5), dia boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Bahagian
III
Seksyen
7
Tajuk
Anggota-anggota Jemaah hendaldah, bertanggungjawab atas pengurusan Sekolah Islam secara bersesama dan masing-masing.
Maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah-
(a) untuk sentiasa menyelenggarakan dengan sepatutnya Sekolah Islam di bawah kawalanny.a;
(b) untuk mematuhi arahan-arahan Pendaftar;
(c) untuk menyelenggarakan rekod yang sepatutnya mengenai-
(i) guru-guru dan kakitangan sekolah Islam;·
(ii) nama, umut dan jantina penuntut;
(iii) sumber kewangan se olah Islam;
(iv) kurikulum sekolah Islam;
(v) apa-apa lain yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Pendaftar.
Jemaah hendaklah-
(a) memberitahu Pendaftar tentang apa-apa perubahan kepada suratcara Sekolah Islam itu; dan
(b) menghantar kepada Pendaftar segala maklumat yang diminta oleh Pendaftar.
Jemaah boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Jemaab, seberapa ramai guru, pegawai dan pengkhidmat dan hendaklah mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membatalkan mana-mana perlantikan itu.
Bahagian
III
Seksyen
8
Tajuk
Jemaah hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan _didakwa atas namanya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas:
(a) untuk memperolehi, membeli,. mengambil, memegang, menikmati harta alih atau tak alih dari tiap-tiap jenis dan mindahhak, menyerahhak, menyerahkan balik, menyerahkan, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan sem”Qla, memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau menguruskan atau memajukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada Jemaah atas apa-apa terma yang disifatkannya patut;
(b) untuk membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Negeri atau Persekutuan atau pihak berkuasa yang mungkinnya berfaedah kepada tugas-tugas Jemaah atau mana-mana antaranya dan mendapatkan daripada Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan mustahak didapatkan oleh Jemaah dan melak:sanakan, menjalankan dan mematuhi mana-niana perkiraan, hak keistimewaan dan konsesi itu;
(c) melakukan segala perkara lain yang bersampigan atau berfaedah bagi mencapa1 maksud tugas:tugas dan menjalankan kuasa-kuasa Jemaah.
Bahagian
III
Seksyen
9
Tajuk
Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Jemaah hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Akaun Sekolah Islam”, yang ke dalamnya bendaklah dibayar masuk-
(a) apa apa jumlah wang yang diterima oleh Jemaah;
(b) wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian, debentur atau syer yang diperolehi oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;
(c) wang yang dikutip daripada yuran-yuran;
(d) pihak-pihak berkuasa tempatan;wa_ng yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diberikan oleh Kerajaan atau
(e) jumlah-ju’mlah wang yang dipinjam dan didapati oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan
(f)segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara kena dibayar atau iletakhakkan pada
Jemaah boleh membayar daripada Kumpulan wangnya-
(a) segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal, yang dilakukan oleh Jemaah di dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
(b) wang untuk membayar balik pinjaman yang diterima oleh Jemaah menurut kuasanya untuk meminjam;
(c) apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.
Jemaah boleh melaburkan kumpulan wangnya dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh Majlis.
Bahagian
III
Seksyen
10
Tajuk
Jemaah hendaklah menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pendaftar laporan-laporan tahunan yang menyentuhi aktiviti-aktiviti Sekolah Islam dan Akaun Sekolah Islam.
Bahagian
III
Seksyen
11
Tajuk
Tiap-tiap Jemaah hendaklah mematuhi kurikulum yang dibuat oleh Majlis, menggunakan buku-buku teks yang dinyatakan sedemikian dan me jalankan program mengenai latihan guru yang ditetapkan dan mengadakan apa-apa peperiksaan yang dinyatakan oleh Majlis
Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan atau kehendak seksyen ini adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.
Bahagian
IV
Seksyen
12
Tajuk
Tertakluk kepada seksyen kecil (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Semua Sekolah Islam .yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.
Bahagian
IV
Seksyen
13
Tajuk
Mana-mana orang yang hendak mendirikan Sekolah Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran, dalam borang yang ditetapkan, kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara yang dicadangkan bagi Jemaah sekolah itu.
Apabila menerima suatu permohonan, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan suratcara dan Jemaah Sekolah Islam itu dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran bagi sekolah itu dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.
Bahagian
IV
Seksyen
14
Tajuk
Bagi maksud-maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran diluluskan atau tidak Pendaftar hendaklah mengambil kira syarat-syarat yang berikut:
(a) kesesuaian Sekolah Islam atau bangunan atas alasan-alasan kesihatan dan keselamatan;
(b) kesesuaian orang-orang yang menganggotai Jemaah untuk menguruskan Sekolah Islam;
(c) sumber kewangan untuk menyelenggarakan Sekolah Islam;
(d) keperluan mengadakan satu lagi Sekolah Islam dalam kawasan di mana Sekolah Islam yang-dicadangkan itu· hendak didirikan; dan
(e)apa-apa syarat lain yang, pada pendapat Pendaftar, perlu untuk mendirikan Sekolah Islam dengan jayanya.
Bahagian
IV
Seksyen
15
Tajuk
Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya mematuhi syarat-syarat itu.
Sekiranya Jemaah gagal mematuhi arahan arahan Pendaftar itu, Pendaftar boleh membatalkan suratcara dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.
Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar · berpuas hati yang ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon lagi untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.
Bahagian
IV
Seksyen
16
Tajuk
Mana-mana Jemaah atau mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pendaftar yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini boleh, dalam masa 30 hari dari keputusan itu, membuat rayuan kepada Majlis dan keputusan Majlis itu adalah muktamad.
Bahagian
V
Seksyen
17
Tajuk
Majlis bolell melantik beberapa orang Nazir Perlantikan Sekolah Islam sepertimana yang dipedukan, yang Nazir-nazir tugas-tugasnya hendaklah termasuk-
(a) menjalankan pemeriksaan, dari semasa ke semasa, ke atas Sekolah-sekolah Islam terttang pengajaran kurikulum · yang dibenarkan, penggunaan . buku-buku teks, guru-guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan-arahan Pendaftar;
(b) menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Islam berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c) menjalankan pemeriksaan ke atas akaun-akaun Sekolah Islam dan;
(d) membuat laporan ke atas apa-apa perkara luar aturan, termasuk membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.
Bahagian
V
Seksyen
18
Tajuk
Majlis boleh membenarkan secara bertulis mana mana orang untuk menjalankan tugas-tugas Sekolah Islam., dan orang yang dilantik sedemikian itu hendaklah mempunyai segala tugas dan kuasa y ng dipunyai ole Nazir Sekolah Islam.
Bahagian
V
Seksyen
19
Tajuk
Mana;.mana anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukak n segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.
Bahagian
VI
Seksyen
20
Tajuk
Lembaga hendaklah membantu Majlis untuk menjalankan segala perkara yang mungkin perlu bagi menjalankan dengan sepatutnya Sekolah-sekolah Islam termasuk memberi apa-apa nasihat teknik, penggunaan buku-buku teks, kurikulum, peperiksaan, pengambilan guru dan latihan guru.
Bahagian
VI
Seksyen
21
Tajuk
Majlis mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana Sekolah Islam dari segala atau mana-mana peruntukan Enakmen ini.
Bahagian
VI
Seksyen
22
Tajuk
Mana-mana orang yang–
(a)menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b)bertindak dengan melanggari mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana mana kaedah yang dibuat di bawahnya,
adalah melakukan suatu, kesalapan dan di inana tiada hukuman ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dalam hal kesalahan kali kedua atau seterusnya, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Bahagian
VI
Seksyen
23
Tajuk
Pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan Bidang-kuasa terhadap Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah dibuat di dalam Mahkamah Majistret.
Bahagian
VI
Seksyen
24
Tajuk
Majlis boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan bagi apa- apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan apa-apa jua pendakwaan seperti itu.
Bahagian
VI
Seksyen
25
Tajuk
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam atau mana-mana yang diberi kuasa mem suki secara bertulis oleh Majlis boleh pada setiap masa yang premis munasabah, masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau selainnya memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.
Bahagian
VI
Seksyen
26
Tajuk
Akta Perlindungan Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau posiding terhadap Lembaga, Majlis Penndaftar, Timbalan Pendaftar, pengkhidmat atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis atau Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan.
Bahagian
VI
Seksyen
27
Tajuk
Pendaftar, Timbalan-timbalan Pendaftar, pegawai pegawai atau pekerja-pekerja Majlis atau Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.
Bahagian
VI
Seksyen
28
Tajuk
Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh memperuntukkan berkenaan—
(a) suratcara Jemaah dengan apa-apa perubahan yang dib narkan supaya sesuai dengan mana-mana sekolab Islam yang tertentu;
(b) kurikulum bagi Sekolah Islam;
(c) Jenis dan taraf buku-buku teks untuk digunakan dalam Sekolah Islam;
(d) pengawalseliaan peperiksaan yang akan diadakan dan sijil-sijil yang akan-dikeluarkan;
(e) kehilusan guru guru untuk Sekolah Islam;
(f) menetapkan cara bagaimana wang Jemaah akan dibelanjakan dan caranya dokumen, cek dan suratcara dari apa-apa perihalan hendak ditandatagani atau disempumakan bagi pihak Jemaah;
(g) kesalahan kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana kaedah-itu;
(h) menetapkan borang bagi maksud mana-mana peruntukan Enakmen ini; dan
(i) apa-apa perkara lain yang perlu untuk mentadbirkan dengan sepatutnya Sekolah Islam.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.