Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

9

Tajuk

Pertalian yang melarang perkahwinan
9 [1]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan—

(a) ibunya atau bapanya;

(b) neneknya atau datuknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu;

(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu
perempuannya atau cucu lelakinya hingga ke bawah;

(d) saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e) anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah;

(f) ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas; dan

(g) ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.

9 [2]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan—

(a) ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;

(b) ibu tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;

(c) nenek tirinya atau datuk tirinya , iaitu isteri kepada datuknya atau suami kepada neneknya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;

(d) menantunya, lelaki atau perempuannya; dan

(e) anak perempuan tirinya atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah daripada isteri atau suami yang perkahwinan telah disatukan.

9 [3]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

9 [4]

Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai lebih dari satu
isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan yang mana perkahwinan antara mereka tidak sah mengikut Hukum Syarak.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.