Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Bab
2 - Lesen Mendulang
Seksyen
28
Tajuk
Tiada seorang pun selain daripada seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mendulang hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.
Tiada lesen mendulang boleh diberikan di mana- mana kawasan—
- jika Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta telah meinerintahkan supaya ditutup bagi pendulangan mineral;
- di dalam mana mana tanah rizab;
- di dalam mana-mana kawasan mencarigali atau penjelajahan tanpa kebenaran bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu; atau
- di dalam mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan atau tanah lombong tanpa kebenaran bertulis pemunya atau penerima pajak
Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah
Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mendulang diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang B yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang
Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menutup pada bila-bila masa mana-mana kawasan yang tidak diperintahkan supaya ditutup di bawah perenggan (3)(a) bagi pendulangan mineral.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.