Semua Seksyen

Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

II - Pentadbiran

Seksyen

6

Tajuk

Mesyuarat Jawatankuasa
6

(1) Jawatnkuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu untuk melaksanakan fungsinya.

(2) Pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa, Pengerusi dan empat anggota lain hendaklah membentuk kuorum.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Jawatnkuasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi

(4) Jika atas apa-apa persoalan yang hendaklah ditentukan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5) Tertakluk kepada Enakmen ini, Jawatankuasa hendaklah menentukan prosedurnya sendiri.

Bahagian

II - Pentadbiran

Bab

2

Seksyen

7

Tajuk

Pelantikan Pegawai
7 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik-

(a) seorang Puasa Lombong; dan

(b) mana-mana pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sewajarnya Enakmen ini.

7 [2]

Pelantikan mana-mana pegawai di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Bahagian

II - Pentadbiran

Seksyen

8

Tajuk

Pegawai Pengarah
8

(a) bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi pentadbiran yang sewajarnya Enakmen;

(b) menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas semua pegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Enakmen ini;

(c) menyebabkan disediakan suatu laporan tahunan mengenai penjelajahan dan perlombongan dalam tahun kalendar sebelumnya dan mengemukakan laporan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri sebelum 30 Jun setiap tahun; dan

(e) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

Bahagian

II - Pentadbiran

Bab

3 - Pelbagai

Seksyen

9

Tajuk

Pawakilan kuasa atau fungsi oleh Pihak Berkuasa Negeri
9

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan kepada Pengarah penjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Enakmen ini”

Dengan syarat bahawa-

(a) seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana kuasa atau fungsi Pihak Berkuasa Negeri di bawah Enakmen ini untuk membuat peraturan-peraturan; dan

(b) apa-apa pemberitahuan yang diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana kuasa atau fungsi tidaklah menghalang Pihak Berkuasa Negeri daripada menjalankan atau melaksanakan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapati oleh Pihak Berkuasa Negeri bermanfaat berbuat demikian.

Bahagian

II - Pentadbiran

Seksyen

10

Tajuk

Pewakilan kuasa atau fungsi oleh Pengarah
10

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa, Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan kepada mana-mana Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Pentadbir Tanah, Penolong Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau pegawai lain yang dilantik di bawah Enakmen ini, perjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekaan yang diperuntukkan dalam suratcara pewakilan itu, mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa mana-mana pewakilan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana kuasa atau fungsi tidaklah meghalang Pengarah daripada menjalankan atau melaksanakan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapatinya bermanfaat berbuat demikian.

Bahagian

II - Pentadbiran

Seksyen

11

Tajuk

Anggota dan pegawai sebagai pengkhidmat awam
11

Anggota dan pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

12

Tajuk

Orang yang kepadanya tenemen mineral boleh diberikan atau dipindahmilikkan
12 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu tenemen mineral hanya boleh diberikan atau dipindahmilikkan kepada-

(a) seseorang orang sebenar;

(b) sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang yang releven berhubungan dengan syarikat dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong;

(c) sesuatu badan atau badan berkanun yang diberikuasa umtuk memegang tanah atau tanah lombong di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(d) sesuatu syarikat asing sebagaimana yang ditafsirkan dalam undang-undang yang relevan berhubungan dengan syarikat dan didaftarkan sedemikian di bawah undang-undang tersebut dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong.

12 [2]

Tertakluk kepada Enakmen ini, mana-mana orang boleh diberikan lebih daripada satu tenemen mineral.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

13

Tajuk

Tenemen mineral boleh diberikan ke atas tanah Kerajaan, dsb.
13

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis dan tertakluk kepada Enakmen ini, suatu tenemen mineral boleh diberikan ke atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah berimilik, tanah pendudukan, tanah rizab atau kawasan hutan simpanan.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

14

Tajuk

Tenemen mineral di kawasan tanah tertentu.
14

Pihak Berkuasa Negeri boleh, bagi pengeluaran mana-mana tenemen mineral, memalui pemberitahuan dalam Warta-

(a) menghendaki suatu pemakaian prosedur khas; dan

(b) menghendaki syarat khas,

dipatuhi berkenaan dengan kawasan tanah tertentu atau kawasan tanah yang tertakluk kepada jenis penggunaan tanah yang tertentu yang sedia ada.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

15

Tajuk

Kawasan yang ditutup kepada tenemen mineral
15

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan kawasan di mana tiada tenemen mineral boleh diberikan.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

16

Tajuk

Kawasan yang dirizabkan bagi tawaran bersaingan
16

Pihak berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menentukan mana-mana kawasan di mana bersaingan sesuatu tenemen mineral hendaklah diberikan berdasarkan tawaran bersaingan.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

17

Tajuk

Perisythiran rizab mineral
17 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta-

(a) mengisytiharkan mana-mana tanah yang tidak tertakluk kepada perizaban di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu rizab mineral; dan

(b) menentukan jenis aktiviti yang tidak dibenarkan bagi maksud merizabkan tanah itu bagi tenemen mineral

17 [2]

Pihak Berkuas negeri boleh pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah atau membatalkan sesuatu rizab mineral keseluruhannya atau sebahagiannya.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

18

Tajuk

Pemakaian Kanun Tanah Negara
18 [1]

Peruntukan Kanun Tanah Negara yang dinyatakan dalam Jadual II hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu dan khususnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2), terpakai berhubungan dengan mana-mana lombong dan bagi apa-apa dokumen yang dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana pajakan melombong

18 [2]

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, peruntukan Kanun Tanah Negara yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan pajakan melombong sebagaimana ia terpakai bagi hakmilik Pejabat Pendaftaran yang ditafsirkan dalam Kanun itu, tertakluk kepada ubahsuaian am yang berikut:

  • sebutan mengenai Kanun hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Enakmen ini;
  • sebutan mengenai pemberimilikan tanah dibawah Kanun hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai pemberian pajakan melombong;
  • sebutan mengenai dokumen hakmilik sementara dan dokumen hakmilik tetap hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai dokumen pajakan melombong;
  • sebutan mengenai tuan punya hendaklahdianggap sebagai sebutan mengenai penerima pajak;
  • sebutan mengenai Pentadbir Tanah hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Pengarah;
  • sebutan mengenai Pendaftar hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Pengarah;
  • sebutan mengenai Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
  • sebutan mengenai tanah berimilik hendaklahdianggap sebagal sebutan mengenai tanah lombong;
  • sebutan mengenai daftar dokumen hakmilik hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai dokumen pajakan melombong.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

19

Tajuk

Permohonan bagi pemindahmilikan tenemen mineral.
19 [1]

Sesuatu permohonan bagi pemindahmilikan suatu tenemen mineral hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

19 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

19 [3]

Jawatankuasa hendaklah, dalam menimbangkan permohonan itu bagi maksud membuat syornya, mengambil kira kelayakan yang disebut—

  • dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, dalam perenggan 41(3)(b),’
  • dalam hal suatu pajakan melombong, dalam perenggan 63t4)(b)  dan
  • dalam hal suatu lesen  melombong  tuan punya, dalam perenggan 81(5)(b).
19 [4]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar syornya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

19 [5]

Apabila menerima syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan atau ditolak.

19 [6]

Pemindahmilikan sesuatu tenemen mineral hendaklah berkuatkuasa—

(a) apabila dibayar fi yang ditetapkan; dan

(b) apabila pemindahmilikan itu dicatatkan dalam daftar yang berkenaan menurut seksyen 120.

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

20

Tajuk

Kesan kematian, pembubaran atau ketakupayaan lain di sisi undang-undang
20 [1]

Mana-mana lesen memfosik, lesen mendulang dan lesen melombong individu hendaklah tamat  di atas kematian atau ketakupayaan lain di sisi undang-undang pemegang lesen itu.

20 [2]

Peruntukan seksyen 19 hendaklah terpakai berkenaan dengan suatu pemindahmilikan mana-mana lesen mencarigali, lesen penjelajah an dan pajakan melombong di atas kematian, pembubaran atau ketakupayaan lain di sisi undang-undang pemegang tenemen mineral itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Bab

1 - Lesen Memfosik

Seksyen

21

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen memfosik.
21 [1]

Tiada seorang pun selain daripada seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen memfosik.

21 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen memfosik hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang

21 [3]

Tiada lesen memfosik boleh diberikan di mana-mana kawasan—

(a) jika Pihak  Berkuasa  Negeri  melalui pemberitahuan dalam Warta telah memerintahkan supaya ditutup bagi pemfosikan;

(b) di dalam mana-mama tanah rizab;

(c) di dalam mana-mana kawasan mencarigali ataupenjelajahan tanpa kebenaran bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu; atau

(d) di dalam mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan atau tanah lombong tanpa kebenaran bertulis pemunya atau penerima pajak itu.

21 [4]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah

21 [5]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen memfosik diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang A sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

22

Tajuk

Syarat berkanun lesen memfosik.
22

Adalah menjadi suatu syarat bagi tiap-tiap lesen memfosik yang diberikan di bawah Enakmen ini bahawa pemegang lesen itu—

  • hendaklah membawa lesen itu dengannya apabila terlif›at dalam aktiviti yang dlnyatakan dalamnya dan mengemukakan lesen itu apabila dik•hendak! dengan sah; dan
  • tidak menggunakan peralatan yang dikendalikan dengan kuasa untuk mendapatkan

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

23

Tajuk

Tempoh lesen memfosik.
23

Suatu lesen memfosik hendaklah sah selama tempoh tidak meJebihi satu tahun dan tidak boleh

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

24

Tajuk

Lesen untuk pemegang dan iidak boleh dipin- daimifikkn.
24

Suatu lesen memfosik hendaklah menjadi khas untuk pemegangnya dan tidak boleh dipindahmilikkan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

25

Tajuk

Hak di bawah lesen memfosik.
25 [25]

Suatu lesen memfosik hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu memberi pemegangnya hak memfosik apa-apa mineral di dalam kawasan yang dinyatakan dalamnya.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

26

Tajuk

Larangan penggunaan atau penjualan.
26

Tiada mineral yang diperolehi di bawah suatu lesen memfosik boleh digunakan bagi sesuatu maksud perdagangan atau perlndustrian, atau

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

27

Tajuk

Pemhatalan lesen memfosik
27 [1]

Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan suatu lesen memfosik yang dikeluarkan di bawah seksyen 21 jika dia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini.

27 [2]

Keputusan Pengarah untuk membatalkan suatu lesen memfosik di bawah seksyen ini adalah muktamad.

27 [3]

Jika suatu lesen memfosik telah dibatalkan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Bab

2 - Lesen Mendulang

Seksyen

28

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen mendulang
28 [1]

Tiada seorang pun selain daripada seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen

28 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mendulang hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

28 [3]

Tiada lesen mendulang boleh diberikan di mana- mana kawasan—

  • jika Pihak Berkuasa  Negeri  melalui pemberitahuan dalam Warta telah meinerintahkan supaya ditutup bagi pendulangan mineral;
  • di dalam mana mana tanah rizab;
  • di dalam mana-mana kawasan mencarigali atau penjelajahan tanpa kebenaran bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu; atau
  • di dalam mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan atau tanah lombong tanpa kebenaran bertulis pemunya atau penerima pajak
28 [4]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah

28 [5]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mendulang diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang B yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang

28 [6]

Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menutup pada bila-bila masa mana-mana kawasan yang tidak diperintahkan supaya ditutup di bawah perenggan (3)(a) bagi pendulangan mineral.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

29

Tajuk

Syarat berkanun lesen mendulang.
29

Adalah menjadi suatu syarat bagi tiap-tiap lesen mendulang yang diberikan di bawah Enakmen ini bahawa pemegang lesen itu—

  • hendaklah membaca lesen itu dengannya apabila terlibat dalam aktiviti yang dinyatakan dalamnya dan mengemukakan lesen itu apabila dikehendaki dengan sah;
  • hendaklah membayar royalti yang kena dibayar di bawah lesen itu; dan
  • tidak menggunakan peralatan yang dikendalikan dengan kuasa bagi mendapatkan

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

30

Tajuk

Tempoh lesen mendulang.
30

Suatu lesen mendulang hendaklah sah selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan tidak boleh

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

33

Tajuk

Penggantungan dan pembatalan lesen mendulang
33 [1]

Pengarah boleh pada bila-bila mas a yang dlfikir kannya perlu meng gantung sementara secara kolekt.if, bagi suatu tempoh tidak melebihi enam puluh hari, hak semua pemegang lesen mendulang untuk menjalankan pengendalian mendulang di mana-mana

33 [2]

Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan suatu lesen lTiendulang yang dikeluarkan di bar at seksyen 28 jika dia berpuas hati bahawapemegang lesen itu—

(a) telah rnemungliiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melan ggar     mana- mu na    pe ru ri tu kan

Enakmen ini.

33 [3]

Kepiitusan Pengarah untuk iuenggantung ate.u membataikan suatu lesen mendulang di bawah sel:sven ini adalah

33 [4]

Jika suatu lesen mendulang telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada Pengarah.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

31

Tajuk

Lesen menjadi khas untuk pemegang dan tidak boleh dipin- dahmilikkan.
31

Suatu lesen mendulang hendaklah menjadi khas untuk pemegangnya dan tidak boleh

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

32

Tajuk

Hak di bawah lesen mendulang.
32

Suatu lesen mendulang hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu, memberi pemegangnya hak—

(a) mendulang apa-apa mineral yang dinyatakan dalam lesen itu; dan

(b) menyimpan, mengangkut atau menjual mineral yang didulang dan untuk inembuang apa-apa buangan, di dalam kawasan yang dinyatakan dalamnya.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Bab

3 - Lesen Melombong Individu

Seksyen

34

Tajuk

Perisytiharan kawasan melombong individu.
34 [1]

Pihak Berkuasa Negerl boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana tanah Kerajaan menjad1 sUatu kawasan melombong individu yang di dalamnya perlombongan individu boleh dijalankan secara eksklllslf di bawah lesen melombong individu dan boleh, pada bila-bila masa mengikut cara yang sama, mengubah atau niembatalkan mana-mana peiisytiharan itu.

34 [2]

Tiada lesen melombong individu boleh diberikan di mana-mana kawasan selain daripada suatu kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan melombong indivldu di bawah subseksyen (1).

34 [3]

Jika peiisytiharan demikian dibatalkan di bawah subseksyen (1), mana-mana lesen melombong individu yang diberikan di kawasan lesen melombong individu hendaklah disifatkan telah

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

35

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen melombong individu
35 [1]

Tiada seorang pun selain daripada  seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu.

35 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

35 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah muktamad.

35 [4]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong individu diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang C yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

36

Tajuk

Syarat berkanun lesen melombong individu
36

Adalah menjadi suatu syarat bagi tiap-tiap lesen melombong individu yang diberikan di bawah Enakmen ini bahawa pemegang lesen itu—

(a) hendaklah membawa lesen itu dengannya apabila terlibat dalam aktiviti yang dinyatakan dalamnya dan mengemukakan lesen itu apabila dikehendaki dengan sah; dan

(b) hendaklah membayar royalti yang kena dibayar di bawah lesen itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

37

Tajuk

Tempoh lesen melombong individu
37

Suatu lesen melombong individu hendaklah sah selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan tidak boleh dibaharui.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

38

Tajuk

Lesen menjadi khas untuk pemegang dan tidak boleh dipindahmilikkan
38

Suatu lesen melombong individu hendaklah menjadi khas untuk pemegangnya dan tidak boleh dipindahmilikkan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

39

Tajuk

Hak di bawah lesen melombong individu
39

Suatu lesen melombong individu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu, memberi pemegangnya hak—

(a) melombong apa-apa mineral yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) menyimpan, mengangkut atau menjual mineral yang dikeluarkan dan membuang apa-apa buangan; dan

(c) memperolehi dan menggunakan air, pasir dan kelikir yang diperlukan untuk perlombongan,

di dalam kawasan melombong individu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

40

Tajuk

Penggantungan dan pembatalan lesen melombong individu
40 [1]

Pengarah boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu menggantungkan sementara secara kolektif, bagi suatu tempoh tidak melebihi enam puluh hari, hak semua pemegang lesen melombong individu untuk menjalankan pengendalian melombong di mana- mana kawasan.

40 [2]

Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan suatu lesen melombong individu yang dikeluarkan di bawah seksyen 35 jika dia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini.

40 [3]

Keputusan Pengarah untuk menggantung atau membatalkan suatu lesen melombong individu di bawah seksyen ini adalah muktamad.

40 [4]

Jika suatu lesen melombong individu telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada Pengarah.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Bab

Lesen Mencarigali dan Lesen Penjelajahan

Seksyen

41

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
41 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

 

41 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

41 [3]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan bagi maksud membuat syornya, Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

(a) telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan

(b) adalah layak dari segi teknikal dan kewangan untuk menjelajah kawasan yang dimaksudkan itu.

41 [4]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negerl laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

(i) dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhl kehendak Enakmen ini; dan

(ii) dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan; atau

(b) ditolak.

41 [5]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah muktamad.

41 [6]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (5).

41 [7]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan diluluskan Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas diberitahu di bawah perenggan (6)(c), dan apabila dibayar fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama, mendaftarkan suratcara lesen itu dan mengeluarkan kepada pemohon itu—

(a) suatu lesen mencarigali dalam Borang D yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa- apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan; atau

(b) suatu lesen penjelajahan dalam Borang E yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa- apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan,

mengikut mana-mana yang berkenaan.

41 [8]

Jika pemohon itu tidak membayar fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (7) dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

42

Tajuk

Syarat berkanun lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
42 [1]

Adalah menjadi suatu syarat bagi trap-trap lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang diberikan di bawah Enakmen ini bahawa pemegang lesen itu—

(a) hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan laporan aktiviti berkala yang ditetapkan; dan

(b) hendaklah membayar pampasan kepada:

(i) berhubungan dengan tanah berimilik atau tanah pendudukan, pemunya tanah itu;

(ii) berhubungan dengan tanah Kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri; atau

(iii) berhubungan dengan tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu,

bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau gangguan pada tanah dan harta;

(c) hendaklah membaikpulih kawasan mencarigali atau penjelajahan itu ke suatu keadaan yang selamat dan mengikut apa-apa standard alam sekeliling sebagaimana yang ditetapkan atau untuk mengekalkannya;

(d) hendaklah melepaskan mana-mana kawasan yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi sesuatu maksud awam selain daripada bagi apa- apa aktiviti berhubungan dengan penjelajahan atau perlombongan untuk mendapatkan mineral; dan

(e) hendaklah mematuhi apa-apa perbelanj aan program kerja tahunan dan kehendak pelepasan kawasan sebagaimana yang ditetapkan; dan hendaklah tiada perubahan mengenai paras perbelanj aan program kerja tahunan yang ditetapkan daripada paras yang dltetapkan pada tarikh pengeluaran lesen penjelajahan selama tempoh lesen itu.

 

42 [2]

Bagi maksud menentukan paras perbelanj aan program kerja tahunan yang disebut dalam perenggan (1)(e), perbelanjaan program kerja tahunan itu hendaklah berdasarkan satii unit kawasan yang terdiri daripada satu ratus hektar.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

43

Tajuk

Tempoh dan pembaharuan lesen mencari gali atau lesen penjelajahan
43 [1]

Tertakluk kepada seksyen ini—

(a) suatu lesen mencarigali hendaklah penjelajahan dikeluarkan selama tempoh penjelajahan tidak melebihi dua tahun; dan

(b) suatu lesen penjelajahan hendaklah dikeluarkan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

43 [2]

Sesuatu permohonan untuk membaharui suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan—

(a) dalam hal lesen mencarigali, sekurang-kurangnya enam bulan; dan

(b) dalam hal lesen penjelajahan, sekurang- kurangnya dua belas bulan,

sebelum habis tempoh lesen mencarigali atau lesen penjelajahan  itu, mengikut  mana-mana yang berkenaan.

43 [3]

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik ap abila menerima permohonan untuk membaharui lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendaftarkan permohonan itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

43 [4]

Jika permohonan untuk membaharui suatu lesen mencarigali dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh lesen itu, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui lesen itu selama suatu tempoh selanjutnya tidak melebihi dua tahun jika—

(a) pemegang lesen itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) pemegang lesen itu telah mematuhi peruntukan Enakmen ini;

(c) pemegang lesen itu boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya bahawa mencarigali selanjutnya adalah wajar; dan

(d) jumlah tempoh lesen mencarigali itu termasuk apa-apa pembaharuan tidaklah melebihi empat tahun.

43 [5]

Jika permohonan untuk membaharui suatu lesen penjelajahan dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh lesen itu, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui lesen 1tu selama suatu tempoh selanjutnya tidak melebihi lima tahun jika—

(a) pemegang lesen itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) pemegang lesen itu telah mematuhi peruntukan Enakmen ini;

(c) pemegang lesen itu boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya bahawa penjelajahan selanjutnya adalah wajar; dan

(d) jumlah tempoh lesen penjelajahan itu termasuk apa-apa pembaharuan tidaklah melebihi lima belas tahun.

43 [6]

Jika suatu permohonan untuk pembaharuan dibuat

kepada Pihak Beikuasa Negeri—

(n) dalam hal lesen mencarigali, kurang dari enam bulan; atau

(h) dalam hal lesen penjelajahan, km ang dai i dua belas bulan,

 

sebelum habis tempoh lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pihak Berkuasa Negeri boleh—

  • inenimb an gkan untuk me liilu skan permohonan itu jika pemegang lesen itu memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau (5); tetapi hendaklah mengenakan ke atas pemegang lesen itu, apabila membahaiui lesen itu, suatu fi pengemukaan lew at mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan; atau
  • menolak permohonan
43 [7]

Mana-mana keputusan—

(a) Pihak Berkuasa Negei’i atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya di bawah subseksyen (4) atau (5); atau

(b) Pihak Bei kuasa Negeri di bawah subseksyen adalah muktamad.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

44

Tajuk

Terma atau syarat dan pengendorsan apabila lesen dibaharui
44

Apabila suatu lesen  mencarigali  atau   lesen berkenaan, Pihak Berkuasa Negeri—

(a) boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya patut, dengan mengambil kira mana-mana kawasan yang dilepaskan sebelum atau pada masa pembaharuan itu; dan

(b) hendaklah mengendorskan butir pembaharuan itu pada lesen

 

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

45

Tajuk

Lesen mencarigali dengan peluasan batuan keras.
45 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu peluasan lesen mencarigali untuk mencarigali mineral yang terdapat di dalam mendapan batuan keras hendaklah dibuat oleh pemegang lesen mencarigali kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang

45 [2]

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya boleh, apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), memberi suatu lesen mencaiigali dengan peluasan batuan keras tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam peluasan itu atau yang

45 [3]

Suatu lesen mencarigali dengan peluasan batuan keras boleh diberikan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun bermula dari tarikh asal pengeluaran lesen mencarigali

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

46

Tajuk

Fi pembaharuan atau peluasan,
46 [1]

Jika sesuatu permohonan—

  • untuk membaharui suatu lesen mencarigali;
  • untuk membaharui suatu lesen penjelajahan; atau
  • untuk peluasan suatu lesen mencarigali di bawah seksyen 45,

 

telah diluluskan, kelulusan itu hendaklah berkuatkuasa—

  • dalam hal lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, apabila dibayar fi yang ditetapkan;
  • dalam hal peluasan lesen mencarigali, apabila dibayar fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahiin
46 [2]

Jika pemohon itu gagal memb ayar fi yang ditetapkan, dan fi pegangan bagi tahun pertama, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pembaharuan atau peluasan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusannya, kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

47

Tajuk

Pemindahmilikan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan.
47 [1]

Suatu lesen  mencarigali boleh dipindahmilikkan—

  • jika lesen itu telah diberikan peluasan batuan keras di bawah seksyen 45; atau
  • di atas kematian, pembubaran atau ketakupayaan lain di sisi undang-undang pemegang lesen
47 [2]

Suatu lesen penjelajahan boleh dipindahmilikkan

47 [3]

Sesuatu permohonan untuk memindahmilikkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah mengikut apa-apa cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 19.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

48

Tajuk

Kawasan bagi lesen mencarigali atau lesen penjelajahan.
48 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), kawasan bagi penjelajahan.

  • suatu lesen mencarigali yang diberikan di bawah Enakmen ini tidak boleh melebihi empat ratus hektar; dan
  • suatu lesen penjelajahan yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah melebihi empat ratus hektar tetapi tidak boleh melebihi dua  puluh ribu
48 [2]

Apa-apa bilangan lesen mencarigali boleh diberikan kepada mana-mana orang:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh diberikan di bawah lesen berganda suatu kawasan berdampingan melebihi lapan ratus hektar.

48 [3]

Apa-apa bilangan    lesen penjelajah an boleh diberikan kepada mana-mana orang:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh diberikan di bawah lesen berganda suatu kawasan berdampingan melebihi empat puluh ribu hektar.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

49

Tajuk

leak di bawah lesen mencarigali atau lesen penjelajalian.
49

Suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, tertakluk kepada  Enakmen  ini  dan  kepada  terma  atau   syarat yang dinyatakan dalam lesen itu, memberi pemegangnya hak—

  • mendapatkan akses dan memasuki kawasan mencarigali atau penjelajahan;
  • menjelajah secara eksklusif untuk mendapatkan apa-apa mineral di dalam had kawasan mencarigali atau penjelajahan;
  • mendapatkan sampel di dalam had kawasan mencarigali atau penjelajahan dan memindahkan sampel itu; dan
  • menggunakan air, pasir dan keriki1, yang dikehendaki bagi penjelajahan di dalam had kawasan mencarigali atau

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

50

Tajuk

Pelepasan sukarela.
50

Mana-mana pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan boleh, melalui notis secara bertulis, dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, melepaskan mana-mana kawasan yang berkenaan  dengannya  lesen itu telah diberikan pada tiap-trap tarikh lesen itu genap setahun.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

51

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan pemberian pajakan melombong oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan.
51 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) atau (4) dan peruntukan lain Enakmen ini, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan boleh meinohon untuk mendapatkan satu atau lebih pajakan melombong berkenaan dengan mana-mana bahagian tanah yang tertakluk kepada lesen itu.

51 [2]

Jika tanah yang berkenaan dengannya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah berimilik atau tanah pendudukan jangkaan hakmilik, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa pemegang lesen itu mempunyai ketuanpunyaan tanah itu; atau

(b) bahawa pemegang lesen itu telah membayar kos pengambilann ya dan tanah berkenaan telah diambil sedemikian; dan

(c) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

51 [3]

Jika tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah rizab ataii kawasan hutan simpanan, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa perizaban itu telah dibatalkan; dan

(b) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan 1tu diluluskan.

51 [4]

Jika tanah yang berkenaan dengannya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah pendudukan selain daripada tanah pendudukan jangkaan hakmillk, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa hak pendudukan itu telah ditamatkan; dan

(b) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

51 [5]

Subseksyen (2), (3) dan (4) tidaklah terpakai jika pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan memohon untuk mendapatkan pajakan melombong berkenaan dengan mana-mana tanah d1 bawah tanah berimilik.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

52

Tajuk

Permulaan penjelajahan lapangan.
52 [1]

Pemegang lesen mencarigali hendaklah lapangan memulakan penjelajahan lapangan dalam masa tiga bulan dari tarikh lesen mencarigali itu

 

52 [2]

Pemegang lesen penjelajahan hendaklah memulakan penjelajahan lapangan dalam masa dua belas bulan dari tarikh lesen penjelajahan itu

52 [3]

Pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah, apabila bermulanya penjelajahan lapangan, menghantar suatu notis bertulis sebagaimana yang ditetapkan kepada Pengarah, Penguasa Lombong dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kajibumi, dan sekiranya kawasan mencarigali atau penjelajahan itu ter masuklah mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan kepada pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah  itu, menyatakan—

(a) nombor lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu;

(b) nama dan alamat pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu; dan

(c) tarikh bermulanya penjelajahan lapangan.

52 [4]

Dalam seksyen ini, “penjelajahan lapangan” ertinya aktiviti penjelajahan yang dilaksanakan secara fizlkal di dalam kawasan mencarigali atau penjelajah an dan termasuklah pengukuran geofizik dan geomagnet awangan dan pengukuran lain yang

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

53

Tajuk

Notis penemuan
53

Pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah mengemukakan suatu notis penemuan dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dalam masa dua belas bulan dari penemuan apa-apa mendapan mineral yang mempunyai potensi ekonomi kepada Pengarah, Penguasa Lombong dan Ketua Pengarah Penylasatan Kajibumi bersama-sama dengan apa-apa maklumat yang perlu bagi mengesahkan kewujudan mendapan mineral itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

54

Tajuk

Pensampelan ptikal, ujian pemprosesan dan penjualan spesimen dan sampel.
54 [1]

Pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan adalah berhak mengambil dan memindahkan dari tanah spesimen dan sampel yang tidak melebihi had yang dinyatakan dalam lesen itu atau yang ditetapkan

54 [2]

Pemegang lesen penjel ajah an adalah berhak membuat—

  • pensampelan pukal; dan
  • ujian pemprosesan,

 

apa-apa bijih mineral yang diperolehi dari kawasan penjelajahan tidak melebihi apa-apa had yang dinyatakan dalam lesen itu atau sebagaimana yang ditetapkan.

54 [3]

Dengan terlebih  dahulu  mendapat kebenaran bertulis Pengarah—

  • pemegang lesen mencarigali bolehlah menjual apa-apa spesimen atau sampel yang diperolehi bagi maksud mencarigali; dan
  • pemegang lesen penjelajahan bolehlah menjual apa-apa spesimen atau sampel yang diperolehi bagi maksud penjelajah an atau daripada pensampelan pukal dan ujian pemprosesan,

dan hasil daripada mana-mana jualan itu hendaklah tertakluk kepada pembayaran royalti seolah-olah spesimen atau sampel itu diperolehi di bawah suatu pajakan melombong.

54 [4]

Dalam seksyen ini, ungkapan “pensafRpelan pukal” dan “ujian pemprosesan” ertinya pemungu tan dan pengolahan masing-mas ing n ya, daripada sesuatu bahagian jisim mendapan itu semata-mata bagi maksud menentukan daya maju terunjur bagi membangunkan mendapan

Bahagian

V - Akses ke Atas Tanah

Seksyen

88

Tajuk

Akses ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan untuk penjelajahan
88 [1]

Jika mana-mana tanah yang berkenaan dengannya 5uatu lesen mencarigali atau lesen telah diberikan termasuklah mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu tidak boleh menjalankan apa- apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah rizab atau kawas an hutan simpanan 1tu melainkan jika kerja penjelajahan itu dijalankan mengikut apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa kehendak yang  ditetapkan  di ba wah undang-undang yang mengisytiharkan atau mewujudkan perizaban itu.

88 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika undang- undang yang di bawahnya perizaban itu  diisytiharkan atau diwujudkan tidak menetapkan cara bagaimana apa- apa kerja penjelajahan boleh dijalankan maka pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah rizab atau kawasan hutan simpanan itu melainkan jika pemegang lesen itu telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu sebelum memulakan kerja penjelajahan.

88 [3]

Jika suatu lesen pendudukan sementara atau suatu hak yang seumpamanya untuk menggunakan tanah itu telah diberikan ke atas mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu tidak boleh menjalankan apa-apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah itu melainkan jika pemegang lesen itu telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pemegang lesen pendudukan sementara atau hak yang seumpamanya itu.

 

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

55

Tajuk

Lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga permohonan untuk pembaharuan ditentukan.
55 [1]

Jika suatu permohonan untuk membaharui suatu

lesen mencarigali atau lesen penjelajahan dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri—

(a) dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen  43(2); dan

(b) lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itti sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,

maka lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga permohonan itu ditentukan tetapi hendaklah disifatkan telah habis tempoh pada tarikh permohonan tersebut ditolak.

 

55 [2]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali dengan peluasan batuan keras, atau pajakan melombong, atau lesen melombong tuan punya, dibuat oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan—

  • semasa lesen carigali atau lesen penjelajahan itu masih berkuatkuasa; dan
  • lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,

 

maka lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu hendaklah terus berkuatkuasa berkenaan dengan tanah yang menjadi subjek permohonan itu sehingga permohonan itu ditentukan, dan tanah yang tidak menjadi subjek permohonan itu hendaklah disifatkan telah dilepaskan.

 

Bahagian

V - Akses ke Atas Tanah

Seksyen

89

Tajuk

Akses ke tanah berimilik atau tanah pendudukan untuk penjelajahan
89 [1]

Jika mana-mana kawasan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan termasuklah mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu tidak boleh menjalankan apa-apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah itu melainkan jika pemegangnya—

(a) telah terlebih dahulu memperolehi kebenaran bertulis pemunya tanah berimilik atau tanah pendudukan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b) telah memperolehi, jika tanah berimilik atau tanah pendudukan itu adalah tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaannya bagi apa- apa maksud pertanian, perintah akses di bawah subseksyen (3),

dan mana-mana kebenaran bertulis atau perintah akses sedemikian hendaklah dilampirkan pada lesen itu.

89 [2]

Jika kebenaran bertulis telah diperolehi di bawah perenggan (l)(a), pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah, sebelum memulakan apa-apa kerja penjelajahan, mengemukakan kebenaran bertulis itu kepada Pengarah apa-apa cara yang ditetapkan.

89 [3]

Jika pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan—

(a) tidak memperolehi kebenaran bertulis yang disebut dalam perenggan (l)(a) dalam tempoh enam bulan dari tarikh lesen itu dikeluarkan; atau

(b) telah memperolehi kebenaran bertulis yang disebut dalam perenggan (1)(a) tetapi kebenaran bertulis itu ditarik balik kemudiannya,

dan tanah yang berkenaan dengannya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu telah diberikan adalah tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaannya bagi apa-apa maksud pertanian, pemegang lesen itu hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis tentang fakta itu.

 

89 [4]

Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menerima notis di bawah subseksyen (3), menjalankan suatu siasatan bagi maksud menentukan—

(a) sama ada atau tidak perintah akses patut diberikan; dan

(b) terma atau syarat perintah akses itu, jika ada.

89 [5]

Suatu perintah akses bolehlah termasuk perkara yang berikut:

(a) tarikh bila perintah akses itu akan mula berkuatkuasa, tetapi tarikh itu tidaklah boleh lebih awal dari empat puluh lima hari dari tarikh perintah akses itu dibuat;

(b) tempoh, jika ada, yang dalam masa itu pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelahan dibenarkan akses ke tanah itu;

(c) bahagian tanah berimilik atau tanah pendudukan yang di dalamnya atau di atasnya pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan boleh menjelajah dan cara bagaimana pemegang lesen itu boleh mendapat akses ke bahagian tanah itu;

(d) jenis pengendalian penjelajahan yang boleh atau tidak boleh dijalankan di dalam atau di atas tanah itu;

(e) syarat yang hendaklah dipatuhi apabila menjelajah di dalam atau di atas tanah itu;

(f) langkah yang perlu diambil oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelaj ahan bagi melindungi alam sekeliling selama ada akses ke tanah itu dan menjelajah di dalam atau di atas tanah itu;

(g) pampasan yang hendaklah dibayar kepada mana- mana pemunya tanah berimilik atau tanah pendudukan—

(i) berbangkit daripada pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu menjelajah di dalam atau di atas tanah itu; atau

(ii) bagi apa-apa kerugian atau gangguan pada hak pemunya untuk menggunakan tanah itu bagi keuntungan kewangan yang semunasabahnya boleh dikaitkan dengan pengendalian penjelajahan itu;

(h) amaun jaminan, jika ada, yang hendaklah didepositkan dengan Pengarah di bawah seksyen 93 oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen menjelajah sebagai pembayaran ganti rugi di bawah seksyen 92;

(i) cara menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan perintah akses itu;

(j) cara mengubah perintah akses itu; dan

(k) apa-apa perkara lain yang pihak-pihak kepada perintah akses itu bersetuju untuk dimasukkan dalam perintah akses.

 

89 [6]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah untuk memberi atau menolak suatu perintah akses atau dengan terma mana-mana perintah akses yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh perintah akses itu dibuat atau ditolak, merayu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

89 [7]

Jika suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (6), perintah akses itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga rayuan itu diselesaikan.

89 [8]

Tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh dibawa terhadap pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan berkenaan dengan apa-apa pelanggaran suatu perintah akses, pemunya tanah yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, jika pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan melanggar perintah itu, menafikan pemegang lesen itu akses ke tanah itu sehingga—

(a) pelanggaran itu terhenti; atau

(b) pelanggaran itu diremedikan sehingga pemunya tanah itu berpuas hati secara berpatutan.

89 [9]

Jika pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah dinafikan akses ke atas tanah di bawah subseksyen (8), dia boleh merayu secara bertulis kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

56

Tajuk

Pembatalan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
56 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa, memb a talk an suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

  • telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau
  • telah melangg ar mana-mana peruntukan Enakmen ini.
56 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihalc Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen mencai igali atau lesen penjelajahan notls bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tai’ikh penyampaian notis

56 [3]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentlngan yang sah menyentuh tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan,

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan

56 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutuskan—

  • sama ada  hendak  meneruskan  tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 57; atau
  • sama ada  tidak   akan   mengambi 1 tindakan selanjutnya.
56 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberl pemegang lesen mericarlgali atau lesen penjelajahan itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

57

Tajuk

Pengenaan denda, meremedikan kemungkiran atau pelanggaran.
57 [1]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang memb olehkan ku as anya untuk memb atalkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dijalankan di bawah perenggan 56(4)(a) tetapi hal keadaan tidaklah sedemiklan rupa sehingga mewajarkan pembatalan, maka Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya—

  • membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dalam masa yang dinyatakan; atau
  • mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran dalam masa yang dinyatakan
57 [2]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

57 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

(a) perintah yang dibuat di bawah perenggan (I)(a);

atau

(b) notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b),

 

mengikut mana-mana yang berkenaan, pada lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

57 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

57 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

57 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

57 [7]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan I)(b) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

57 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b) tidak patuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen mencaTigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

57 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan,   maka    ia    hendaklah    membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

58

Tajuk

Bila pembatalan mula berkuatkuasa
58 [1]

Pembatalan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh perintah pembatalan itu dibuat di bawah seksyen 56, 57 atau 98, mengikut mana-mana yang berkenaan.

58 [2]

Jika suatu perintah pembatalan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibuat, pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

59

Tajuk

Catalan dalam daftar
59

Jika suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah dibatalkan atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pengarah hendaklah mencatatkan atau menyebabkan dlcatatkan suatu mem or al tentang pembatalan atau habis tempoh itu dalam daftar yang dalamnya lesen itu direkodkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

60

Tajuk

Penyerahan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan.
60 [1]

Sesuatu permohonan untuk menyerahkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan

60 [2]

Tanggungan pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan—

(a) untulc membayar apa-apa fi, royalti, penalti atau wang lain yang kena dibayar pada atau sebelum tarikh penyerahan itu;

(b) untuk melaksanakan apa-apa obligasi yang dikehendaki dilaksanakan pada atau sebelum tarikh penyerahan itu; dan

(c) bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat pada atau sebelum tarikh penyerahan itu,

adalah tidak terjejas dengan penyerahan lesen d1 bawah subseksyen (1).

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

61

Tajuk

Sekatan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
61 [1]

Jika suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan dibatalkan atau diserahkan, tlada permohonan untuk mendapatkan sama ada lesen mencarigali atau lesen boleh dipei‘timbangkan untuk diluluskan berkenaan dengan kawasan yang sama atau mana-mana kawasan di dalam atau yang bertindih dengan kawasan mencarigali atau penjelajahan yang dahulu dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembatalan atau penyerahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan

61 [2]

Walau apa pun seksyen 43, mana-mana bekas pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang lesennya telah mencapai jumlah tempoh maksimum empat  tahun atau lima belas tahun masing-masingnya hendaklah diberikan keutamaan bagi permohonan untuk mendapatkan sama ada lesen mencarigali atau lesen penjelajahan berkenaan dengan kawasan yang sama atau mana-mana kawasan di dalam atau yang bertindih dengan kawasan mencarigali atau penjelajahan yang dahulu:

Dengan syarat bahawa tiada permohonan sedemikian boleh dipertimbangkan untuk kelulusan dalam tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh jumlah tempoh maksimum lesen tersebut.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Bab

5 - Pajakan Melombong

Seksyen

62

Tajuk

Tanah yang ke atasnya pajakan melombong boleh diberikan.
62 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu pajakan melombong boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas mana-mana tanah Kerajaan, termasuklah tanah Kerajaan di bawah tanah berimilik.

62 [2]

Tertakluk kepada seksyen 51, tiada pajakan melombong boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan di dalam kawasan mencarigali atau penjelajahan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan kecuali dengan kebenaran bertulis pemegang lesen itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

63

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong
63 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

63 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong hendaklah disertakan dengan suatu kajian prakebolehlaksanaan yang hendaklah termasuk—

(a) suatu perihal am skim melombong yang dicadangkan;

(b) tarikh permulaan pengeluaran mineral yang dijangkakan (yang hendaklah dinyatakan sebagai bilangan bulan dari tarikh pajakan melombong itu dikeluarkan);

(c) suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang diang g ar kan bagi tempoh pajakan melombong itu;

(d) apa-apa maklumat  yang  ditetapkan; dan

(e) apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menunaikan fungsinya berhubungan dengan permohonan

63 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

63 [4]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong bagi maksud membuat syornya, Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

  • telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • adalah layak dari segi teknik dan kewangan untuk membangun dan melombong kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan itu.
63 [5]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

  • dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya pajakan itu boleh diberikan; atau

(b) ditolak.

63 [6]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (5), Pihak Berkuasa Negeri boleh, tertakluk kepada subseksyen (8) dan mana-mana peruntukan lain Enakmen ini, meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankiias a mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah

63 [7]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

  • pemohon;
  • Jawatankuasa; dan
  • Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (6).

63 [8]

Dalam hal jika—

(a) Jawatanku asa membuat syor sup aya suatu pajakan melombong diluluskan kepada dua pemohon atau lebih;

(b) kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan itu bertindih keseluruhannya atau sebahagiannya; dan

(c) kawasan yang bertindih itu tidaklah tertakluk kepada suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan,

Pihak BerkuaSa Negeri boleh memberikan kawasan yang bertindih itu kepada pemohon yang didapatinya paling layak untuk melombong kawasan itu.

63 [9]

Suatu pajakan melombong yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan sama ada penerima pajak dibenarkan menjalankan—

  • suatu pengendalian skala kecil; atau
  • suatu pengendalian skala
63 [10]

Mana-mana orang yang, pada masa permohonan itu—

  • memegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang sah yang meliputi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu;
  • memegang suatu pajakan melombong yang sah yang membenarkan pengendalian skala besar bagi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu dan memohon untuk mengubah pajakan itu kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil;
  • memegang suatu pajakan melombong yang sah yang meliputi kawasan tanah berdampingan dengan kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu; atau
  • boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Jawatankuasa bahawa paras kerja penjelajahan atau perlombongan yang dahulu, atau kedua- duanya, di dalam kawasan itu atau kawasan yang bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu memberi maklumat geologi yang mencukupi bagi menyokong permohonan itu,

boleh dibenarkan untuk menjalankan suatu pengendalian skala kecil.

 

63 [11]

Mana-mana orang yang, pada masa permohonan itu—

(a) memegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang sah yang meliputi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu; atau

(b) memegang suatu pajakan melombong yang sah yang membenarkan pengendalian skala kecil bagi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu dan memohon untuk mengubah pajakan itu kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, boleh dibenarkan untuk menjalankan suatu pengendalian skala besar.

63 [12]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong dibenarkan, Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang pral‹tik selepas diberitahu di bawah perenggan 7(cj—

  • apabila dibayar fi yang ditetapkan;
  • apabila dibayar sewa tahun pertama; dan
  • tertakluk kepada pematuhan kehendalc pengukuran sempadan di bawah seksyen 65, dan apabila dibayar fi pengukuran, jika pengukuran dijalankan oleh Pegawai Ukur; dan
  • apabila dibayar fi bagi pelan pajakan melombong,

mengeluarkan kepada pemohon pajakan melombong dalam Borang F yang dinyatakan dalam Jadual I—

  • tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan; dan
  • menyatakan sama ada pajakan melombong itu membenarkan suatu pengendalian skala kecil atau pengendalian skala

 

63 [13]

Jika pemohon itu gagal membayar fi yang ditetapkan, sewa tahun pertama dan fi pengukuran yang dikehendaki di bawah subseksyen (12) dalam masa enam puluh hai‘i selepas diberitahu  tentang  kelulusan pajakan

63 [14]

Seksyen 84 dan 96 Kanun Tanah Negara hendaklah terpakai bagi pengiraan amaun sewa yang dikehendaki dibayar d1 bawah subseksyen (12).

Bahagian

V - Akses ke Atas Tanah

Seksyen

90

Tajuk

Melombong di bawah tanah berimilik
90 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu pajakan melombong boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana tanah di bawah tanah berimilik.

90 [2]

Peruntukan seksyen 63 berhubungan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi suatu permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong di bawah tanah berimilik.

90 [3]

Suatu pajakan melombong yang diberikan di bawah mana-mana tanah berimilik hendaklah meluas secara menurun—

(a) dari takat yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik tanah berimilik itu sebagai sempadannya yang paling bawah; atau

(b) dalam hal jika dokumen hakmilik tanah berimilik itu tidak menyatakan suatu takat sempadan, dari takat yang pemunya mempunyai hak menggunakan dan menikmati tanah itu bagi maksud hakmilik itu.

90 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, apabila memberikan suatu pajakan melombong di bawah mana-mana tanah berimilik, sebagai tambahan kepada syarat yang dinyatakan dalam seksyen 72, mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya perlu, termasuk yang berikut:

(a) bahawa penerima pajak dan tiap-tiap orang yang diambil bekerja berhubungan dengan pajakan melombong itu hendaklah menggunakan tanah yang dinyatakan dalam pajakan melombong itu secara paling tak memudaratkan tuan punya tanah berimilik atau  tanah  pendudukan  di atas; dan

(b) bahawa penerima pajak hendaklah, apabilamenjalankan pengendalian melombong, mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah kejadian kesurutan tanah berimilik atau tanah pendudukan di atas.

 

90 [5]

Pemunya mana-mana tanah berimilik yang tersentuh oleh apa-apa pengendalian melombong di bawah tanah itu adalah berhak membuat suatu tuntutan pampasan di bawah seksyen 92.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

64

Tajuk

melombong kontinjen pada kelulusan kajian keboleh- laksanaan melombong, pelan pemulihan, dsb., diperolehi.
64 [1]

Penerima pajak tidak boleh memulakan apa- Hak apa kerja pembangunan atau perlombongan di atas tanah yang berkenaan dengannya pajakan telah diberikan sehingga selepas diluluskan—

  • suatu kajian kebolehlaksanaan melombong di bawah seksyen 73;
  • suatu pelan pemulihan, jika dikehendaki sedemikian, di bawah seksyen 126; dan
  • suatu penilaian kesan alam sekellling, jika dikehendaki sedemikian, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
64 [2]

Penerima pajak dikehendaki memperolehi kelulusan bagi kajian, pelan dan dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (1) dalam masa tiga tahun dari tarikh pajakan melombong itu

64 [3]

Jika permohonan untuk mengubah pajakan yang membenarkan pengendalian skala kecil kepada pengendalian skala besar diluluskan, tiada perlombongan skala besar atau kerja pembangunan untuk melaksanakan perlombongan skala besar boleh dimulakan sehinggalah diperolehi kelulusan di bawah subseksyen (1).

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

65

Tajuk

Pengukuran kawasan pajakan melombong.
65 [1]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong telah diluluskan, suatu pengukuran sempadan kawasan yang dinyatakan dalam permohonan itu hendaklah dijalankan atas perbelanjaan penerima pajak sebelum pajakan melombong itu

65 [2]

Peruntukan seksyen 10, 83, 114 dan 396 hingga 409a Kanun Tanah Negara berhubungan dengan pengukuran bagi maksud pemberimilikan hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai  berkenaan dengan pengukuran sempadan bagi maksud suatu pajakan melombong dan bagi apa-apa perkara pengukuran yang berhubungan dengannya:

Dengan syarat bahawa seksyen 403, 404 dan 405 tidak terpakai bagi tanda sempadan di atas suatu sempadan bersama yang dikongsi oleh dua pajakan melombong jika pajakan-pajakan itu dipegang oleh orang yang sama.

65 [3]

Tiada kerja pembangunan atau perlombongan boleh dimulakan di bawah suatu pajakan melombong sehinggalah tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan itu diberikan telah

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

66

Tajuk

Tempoh dan pembaharuan pajakan melombong.
66 [1]

Suatu pajakan melombong hendaklah diberikan selama hay at ekonomi maksimum lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi tidak boleh meleblhi suatu tempoh permulaan selama dua puluh satu

66 [2]

Suatu pajakan melombong boleh dibaharui keseluruhannya atau sebahagiannya selama tempoh berdasarkan hayat ekonomi lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi pembaharuan itu tidak boleh melebihi dua puluh satu

66 [3]

Sesuatu permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan melombong

66 [4]

Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik apabila menerima permohonan untuk membaharui pajakan melombong, mendaftarkan permohonan itu mengikut apa-apa cara yang

66 [5]

Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kepada Pengarah sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu Pengarah hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui pajakan itu jika—

  • penerima pajak telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan asal;
  • penerlma pajak telah mematuhi kehendak Enakmen ini;
  • penerima pajak boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pengarah bahawa terdapat rizab mineral yang mewajarkan suatu pembaharuan atau terdapat keperluan untuk mengekalkan harta itu untuk digunakan sebagai suatu bahagian integral pengendalian melombong di atas tanah lombong yang bersempadanan; dan
  • dalam hal suatu permohonan untuk membaharui pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, suatu pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan telah diluluskan.
66 [6]

Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong ditolak oleh Pengarah, dia hendaklah memberitahu penerima pajak itu tentang keputusannya secara bertulis dengan menyatakan

66 [7]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pengarah untuk membaharui pajakan melombong di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keengganan itu, merayu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad

66 [8]

Dengan seberapa segera yang praktik selepas permohonan untuk membaharui pajakan melombong itu diluluskan, Pengarah hendaklah menyebabkan suatu pengendorsan tentang kelulusan itu dibuat di bawah tandatangan dan meterainya, termasuk tarikh baru habis tempoh pajakan melombong itu, untuk direkodkan dalam daftar.

66 [9]

Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kepada Pengarah—

  • sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu; dan
  • pajakan itu sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,

maka pajakan itu hendaklah terus berkuatkuasa berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu sehinggalah permohonan itu ditentukan.

66 [10]

Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kurang dari dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu, Pengarah boleh menimbangkan untuk meluluskan permohonan itu jika ia memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (5) tetapi hendaklah mengenakan ke atas penerima pajak itu, apabila pajakan itu dibaharui, suatu fi pengemukaan lewat mengikut apa- apa amaun yang ditetapkan.

Bahagian

V - Akses ke Atas Tanah

Seksyen

91

Tajuk

Akses ke tanah lombongg di bawah tanah berimilik
91 [1]

Penerima pajak suatu pajakan melombong yang diberikan berkenaan dengan tanah di bawah tanah berimilik tidak berhak mendapat akses melalui atau di atas tanah berimilik itu ke tanah di bawahnya kecuali—

(a) dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pemunya tanah berimilik itu; atau

(b) mengikut suatu perintah akses sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah di bawah seksyen ini,

dan mana-mana kebenaran bertulis atau  perintah  akses itu hendaklah dilampirkan pada pajakan itu.

91 [2]

Peruntukan seksyen 89 selain daripada subseksyen (1) seksyen itu berhubungan dengan akses ke tanah berimilik hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi akses ke tanah di bawah tanah berimilik.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

67

Tajuk

Pemindah-milikan pajakan melombong
67 [1]

Suatu pajakan  melombong boleh dipindah-milikkan.

67 [2]

Sesuatu permohonan untuk memindahmilikkan suatu pajakan melombong hendaklah mengikut apa-apa cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 19

Bahagian

VI - Pampasan

Seksyen

92

Tajuk

Pampasan
92 [1]

Pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan—

(a) yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan; atau

(b) yang berkenaan dengannya suatu pajakan melombong di bawah mana-mana tanah itu telah diberikan,

adalah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialaminya akibat atau timbul daripada penjelajahan atau pengendalian melombong, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak itu adalah bertanggungan untuk membayar pampasan mengikut Enakmen ini bagi apa-apa kerugian atau kerosakan itu.

92 [2]

Pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan adalah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pihak Berkuasa Negeri akibat atau timbul daripada penjelajahan; dan pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu adalah bertanggungan untuk membayar pampasan mengikut Enakmen ini bagi apa- apa kerugian atau kerosakan itu.

92 [3]

Amaun pampasan  yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh termasuk pampasan bagi—

(a) pa-apa kerosakan pada permukaan tanah atau mana-mana bahagiannya;

(b) apa-apa kerosakan pada tanam-tanaman, pokok atau ternakan di atas tanah itu atau kerosakan pada bangunan dan pembaikannya;

(c) apa-apa perlucutan milikan atau penggunaanpermukaan tanah itu atau mana-mana bahagiannya;

(d) apa-apa kerugian atau sekatan hak lalu-lalangdi permukaan tanah atau isemen lain; dan

(e) apa-apa gangguan kepada aktiviti pertanian.

92 [4]

Pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan, atau pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, yang menuntut pampasan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu Pengarah dengan menyatakan butir tuntutannya.

92 [5]

Amaun pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh ditentukan melalui suatu persetujuan—

(a) antara pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pemunya tanah itu; atau

(b) antara pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut in ana- mana yang berkenaan, dan pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, masing-masingnya.

 

92 [6]

Jika tiada persetujuan dicapai di bawah subseksyen (5) dalam masa enam bulan selepas pemberitahuan di bawah subseksyen (4) diberikan—

(a) pemunya mana-mana tanah berimilik atau tanah pendudukan;

(b) pegawai yang pada masa in1 mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan; atau

(c) orang yang bertanggungan untuk membayar pampasan di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan,

boleh memohon kepada Pengarah untuk menentukan amaun pampasan yang kena dibayar dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

92 [7]

Pengarah hendaklah, apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (6), menentukan pampasan yang kena dibayar mengikut prosedur yang tetapkan.

92 [8]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah subseksyen (7) boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

68

Tajuk

Kawasan pajakan melombong.
68

Kawasan pajakan melombong yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah seluas yang semunasabahnya dikehendaki bagi lombong itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri selepas berunding dengan

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

69

Tajuk

Penerima pajak hendaklah diberikan keutamaan apabila memohon untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan berkenaan dengan kawasan berdampingan
69 [69]

Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar bo leh memohon untuk mendapatkan dan hendaklah diberikan atas dasar keutamaan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan bagi kawasan-kawasan yang berdampingan dengan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan jika—

  • tiada tenemen mineral yang lain telah diberikan bagi tanah berdampingan itu;
  • penerima pajak itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • penerima pajak itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan melombong

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

70

Tajuk

Hak di bawah pajakan melombong.
70 [1]

Suatu pajakan melombong hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu, memberi penerima pajak hak—

(a) melombong tanah yang berkenaan dengannya pajakan itu diberikan secara eksklusif mengikut—

  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau
  • dalam hat suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan di bawah seksyen 73; dan

(b) tertakluk kepada seksyen 7l—

  • dan mana-mana undang-undang lain berhubungan dengan mineral, menyimpan, mengangkut, memproses dan menjual apa-apa mineral yang dikeluarkan dan melupuskan apa-apa buangan;
  • menggunakan mana-mana balak, pasir ataukelikir yang dikehendaki bagi perlombongan di dalam tanah lombong itu;
  • menggunakan mana-mana b ahagian tanah lombong itu yang dikehendaki bagi maksud menanam tumbuhan atau sayuran, atau memelihara haiwan, ayam itik atau ikan sebagaimana yang munasabah untuk digunakan oleh pekerja d1 lombong itu;
  • menggunakan mana-mana bahagian tanahlombong itu yang dikehendaki bagi maksud mendirikan rumah, rumah kongsi, bangsal atau bangunan lain sebagaimana yang munasabah bagi maksud lombong itu atau untuk digunakan oleh pekerja di lombong itu;
  • melakukan apa-apa perbuatan atau perkaradan mendirikan dan menyenggara mana- mana j alan dan kemu dah an untuk menjalankan pengendalian melombong dengan berkesan, di atas atau di bawah tanah itu; dan
  • menggunakan, mendiiduki dan menikmati tanah yang berkenaan dengannya suatu pajakan melombong telah diberikan bagi maksud perlombongan.
70 [2]

Pajakan melombong tidak boleh, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu, menyebabkan penerima pajak berhak mendapat hak yang eksklusif di dalam tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan itu telah diberikan untuk menggunakan mana-mana jalan awam, rel, terusan, sungai dan sistem telekomunikasi sebagaimana yang dikehendaki bagi

70 [3]

Dalam seksyen ini, “proses” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

71

Tajuk

Larangan
71

Penerima pajak tidaklah boleh, melainkan jika dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, memindahkan melampaui sempadan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan itu telah diberikan bagl apa-apa maksud—

  • mana-mana balak atau hasil hutan yang lain;
  • mana-mana tumbuhan, sayuran, haiwan, ayam itik atau ikan; atau
  • mana-mana batu karang, tanah, kelikir, guano, lom, batu, pasir, cengkarang, lempung, batu- bata, kapur, simen atau lain-lain komoditi yang dikilangkan daripada bahan-bahan itu,

yang diperolehi dari atau diternak di atas tanah tersebut.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

72

Tajuk

Syarat berkanun pajakan melombong.
72 [1]

Adalah menjadi suatu syarat bagi tiap-tiap pajakan melombong yang diberikan di bawah Enakmen ini melombong bahawa penerima pajak itu—

  • hendaklah menyebabkan disimpan buku kira- kira yang benar dan mencukupi tentang perlombongan dan urusan lain yang dijalankan di atas tanah lombong itu, dan tentang pelupusan mineral yang diperolehi; dan mengemukakan buku itu apabila diminta oleh pegawai yang diberikuasa;
  • hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan laporan aktiviti berkala yang ditetapkan;
  • hendaklah membenarkan pengukuran saintifik jika tiada gangguan kepada perlombongan;
  • hendaklah mengekalkan tanah lombong di bawah pajakan itu dalam keadaan selamat dan mengikut apa-apa standard alam sekeliling yang ditetapkan;
  • hendaklah mematuhi penilaian kesan alam sekeliling yang diluluskan, jika penilaian sedemikian dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  •  hendaklah mematuhi pelan yang diluluskan bagi pemulihan, jika dikehendaki di bawah Enakmen ini;
  • hendaklah membenarkan akses ke atas atau melalui tanah lombong itu ke mana-mana tanah bersempadanan yang tidak, pada pendapat Penguasa Lombong mengganggu pengendalian melombong;
  • hendaklah membenarkan pemblnaan dan penggunaan mana-mana alur air, terusan, talian paip dan talian penghantaran, jalan awam dan kemudahan awam di atas tanah lombong itu yang tidak, pada pendapat Penguasa Lombong mengganggu pengendalian melombong atau hak di bawah pajakan itu;
  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendali an skala kecil, hendaklah tidak menjalankan apa-apa pengendalian skala besar di atas tanah lombong itu; dan
  • dalam ha1 suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendali an skala besar, hendaklah tidak menjalankan apa apa pengendalian skala kecil di atas tanah lombong itu.
72 [2]

Masa hendaklah disifatkan menjadi intipati tiap- tiap syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh yang ditetapkan yang mengenainya penerima pajak dikehendaki melakukan apa-apa perbuatan.

Bahagian

VI - Pampasan

Seksyen

93

Tajuk

Deposit bagi pembayaran pampasan
93 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki mana-mana orang yang kepadanya—

(a) suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan yang terdiri daripada atau termasuk tanah berimilik, tanah pendudukan, tanah rizab atau kawasan hutan simpanan; atau

(b) suatu pajakan melombong telah diberikan berkenaan dengan mana-mana tanah di bawah tanah berimilik,

untuk mendepositkan dari semasa ke semasa dengan Pihak Berkuasa Negeri apa-apa amaun wang yang dinyatakannya sebagai suatu jaminan bagi pembayaran pampasan yang orang itu boleh dipertanggungkan untuk membayar di bawah Enakmen ini.

 

93 [2]

Mana-mana deposit yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah, di atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana sebab yang dinyatakan dalam seksyen 92, dibayar oleh Pengarah kepada orang yang berhak kepadanya.

93 [3]

Jika keseluruhan atau mana mana bahagian amaun yang didepositkan di bawah subseksyen (1) tidak dibayar di bawah subseksyen (2), Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu, tanpa pelarasan bunga atas amaun yang didepositkan itu, kepada pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan atau penerima pajak, mengikut mana- mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang praktik—

(a) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, selepas lesen itu diserahkan, habis tempoh atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan

(b) dalam hal suatu pajakan melombong, selepas pajakan melombong itu diserahkan, habis tempoh atau dilucuthakkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu:

Dengan syarat bahawa Pengarah tidak boleh membayar balik apa-apa amaun di bawah seksyen ini sehingga semua tuntutan pampasan di bawah seksyen ini telah diselesaikan.

93 [4]

Amaun yang dikehendaki sebagai deposit di bawah subseksyen (l) tidak berkuatkuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan untuk mendapatkan pampasan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

73

Tajuk

Pengemukaan kajian kebolehlaksanaan melombong bagi pengendalian skala besar
73 [1]

Penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah mengemukakan suatu kajian kebolehlaksanaan melombong untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa yang boleh meluluskan atau menolaknya

73 [2]

Jika Jawatankuasa meluluskan kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, melombong tanah yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan mengikut kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan

73 [3]

Penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar boleh—

  • mengemukakan apa-apa bilang an kajian kebolehlaksanaan melombong yang perlu untuk memperolehi kelulusan Jawatankuasa di bawah subseksyen (1); dan
  • mengemukakan semakan yang dicadangkan kepada kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan di bawah subseksyen (1) kepada Jawatankuasa yang boleh meluluskan atau menolak semakan yang dicadangkan
73 [4]

Kajian keboleh laks a naan melomb ong yang dikehendaki di bawah subseksyen ( 1) hendaklah teTmasuk—

  • suatu jadual pembinaan lombong;
  • tarikh permulaan pengeluaran yang dirancangkan;
  • suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dirancangkan selama tempoh pajakan itu; dan
  • apa-apa maklumat lain yang ditetapkan atau diminta oleh

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

94

Tajuk

Fee pegangan dan sewa
94 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (6)—

(a) pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah, berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada lesen itu, membayar fi pegangan; dan

(b) penerima pajak hendaklah, berkenaan dengan tanah lombong yang tertakluk kepada pajakan melombong itu, membayar sewa,

tiap-tiap tahun kepada Pengarah.

94 [2]

Amaun fi pegangan atau sewa yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun hendaklah dikira dengan mendarabkan kawasan tanah yang tertakluk kepada lesen atau pajakan itu dalam tahun itu masing-masingnya dengan kadar fi pegangan atau sewa yang ditetapkan pada tarikh fi pegangan atau sewa itu kena dibayar.

94 [3]

Apa-apa fi pegangan atau sewa yang kena dibayar di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar pada masa dan tempat dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

94 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah—

(a) kadar fi pegangan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada suatu lesen mencarigali;

(b) tertakluk kepada subseksyen (5), kadar fi pegangan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang tertakluk kepada suatu lesen penjelajahan; dan

(c) kadar sewa yang kena dibayar berkenaan dengan tanah lombong,

dan kadar demikian hendaklah berdasarkan kawasan tanah dan hendaklah ditetapkan.

94 [5]

Tiada kadar fi pegangan yang diubah di bawah perenggan (4)(b) boleh berkuatkuasa sebelum habis tempoh sepuluh tahun dari tarikh pengubahan yang terbaharu.

94 [6]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam hal keadaan yang disifatkan mewajarkan tindakan sedemikian, memberi—

(a) pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan suatu pelepasan fi pegangan sepenuhnya atau sebahagiannya; dan

(b) penerima pajak pelepasan sewa sepenuhnya atau sebahagiannya.

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

95

Tajuk

Royalti
95 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (8), pemegang suatu tenemen mineral hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri royalti ke atas apa-apa mineral—

(a) yang didapati dan dijual atau diniatkan untuk dijual; atau

(b) yang didapati dan digunakan, atau akan digunakan, bagi apa-apa maksud perdagangan atau perindustrian.

95 [2]

Tertakluk kepada Fasal (3B) Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen (3) dan (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan kadar royalti yang kena dibayar ke atas apa-apa mineral.

95 [3]

Amaun royalti bagi apa-apa mineral boleh ditetapkan sebagai—

(a) suatu peratusan atas hila1 pasaran mlneral yang didapati; atau

(b) suatu amaun yang kena dibayar berdasarkan apa- apa isipadu atau berat yang dinyatakan bagi galian yang didapati.

 

95 [4]

Kadar royalti yang terpakai bagi penerlma pajak atau pemegang lesen melombong tuan punya hendaklah ditetapkan bagl tempoh sepuluh tahun pertama pajakan atau lesen itu pada paras yang ditetapkan pada tarikh pajakan atau lesen itu didaftarkan dan apa-apa perubahan kadar royalti yang ditetapkan yang dibuat selepas tarikh pajakan atau lesen itu didaftarkan tidak boleh terpakai bagi penerima pajak atau pemegang lesen melombong tuan punya itu selama tempoh sepuluh tahun tersebut.

95 [5]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam hal keadaan yang disifatkan mewajarkan tindakan sedemikian, memberi pemegang suatu teneman mineral pelepasan royalti sepenuhnya atau sebahagiannya atas dasar tahun ke tahun.

95 [6]

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya boleh memeriksa dan mene liti apa-apa buku, rekod dan akaun dan memperolehi apa-apa maklumat yang perlu bagi memastikan kuantiti atau nilai mineral yang didapati berkenaan dengan sesuatu tenemen mineral dan apa-apa maklumat yang perlu bagi menentusahkan amaun  apa- apa royalti yang kena dibayar.

95 [7]

Jika sesuatu tenemen mineral dipegang oleh lebih daripada seorang, mana-mana orang yang mempunyai suatu kepentingan dalam tenemen mineral itu adalah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk membayar royalti berkenaan dengan tenemen mineral itu.

95 [8]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menukarkan apa- apa royalti kepada suatu fi penukaran melalui pemberitahuan dalam Warta menyatakan—

(a) kelas tenemen  mineral dan mineral yang dimaksudkan oleh notis itu; dan

(b) amaun fi penukaran itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

74

Tajuk

Notis permulaan kerja pembangunan dan melombong.
74

Penerima pajak hendaklah—

(a) apabila bermulanya apa-apa kerja pembangunan di atas tanah yang menjadi subjek pajakan melombong itu; dan

(b) dalam masa empat belas hari sebelum mula melombong tanah tersebut,

mengemukakan suatu notis bertulis sebagaimana yang ditetapkan mengenai pemulaan itu dan tarikhnya kepada Pengarah dan Penguasa Lombong.

 

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

75

Tajuk

Bila kerja pembangunan dan melombong dimulakan.
75 [1]

Penerima pajak hendaklah memulakan kerja pembangunan da.1am masa sembilan bulan dari tarikh pendaftaran pajaxan itu:

Dengan syafat bahawa jika pajakan itu tertakluk kepada suatu syarat atau kehendak di b• wah Enakmen ini yang inelarang permulaan kerja pembangunan sehingga syarat atau kehendak sedemiki•an dipenuhi, pen•rima pajak hendaklah memulakan kerja pembangunan dalam masa sembilan bulan dari tarikh syarat atau kehendak itu dipenuhi.

75 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melucuthakkan tanah lombong di bawah seksyen 76 jika penerinia pajak tidak mula melombong di atas tanah yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan dalam masa satu tahun dari tarikh bermulanya pengeluaran yang dinyatak n—

(a) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, dalam kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau

(b) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, dalam kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah seksyen 73.

75 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melucuthakkan tanah lombong di bawah seksyen 76 jika paras pengeluaran tahunan bijih adalah kurang daripada dua puluh peratus pengeluaran bijih mentah yang dirancangkan bagi tahun itu sebagaimana yang dinyatakan—

(a) dalam hal suatu pajakan melombong ‘yang membenarkan pengendalian skala kecil, dalam kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau

(b) dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, dalam kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah seksyen 73,

bagi dna tahun be7turut-turut, jika dalam tahun yang berikutan tempoh dua tahun itu pengeluaran tahunan bijih adaiah dua puluh peratus atau kurang daripada paras pengeluaran bijih .mentah yang diranca1i*kan bagi tahun itu sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian tersebut.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

76

Tajuk

Tanggungan untuk dilucuthakkan.
76 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, .selepas berunding dengan Jawatankuasa, melucuthakkan tanah lorribong yang berkenaan dengannya suatu pajakan m•-lombong telah diberikan jika  ia berpuas  hati  bahawa  peneriffia pajak

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu; atau

(b) telah          melanggar        mana-mana      peruntukan Enakmen ini.

76 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada penerima pajak notis bertulis tentang niatnya untuk melucuthakkan tanah lombong itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang untuk mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi penerima pajak itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu.

76 [3]

Pihak Berkuasa Negeri  hendaklah  juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentingan yang sah menyentuh tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan,

 

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang

76 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang  dibuat  oleh  penerima  pajak  itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutiiskan—

  • sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 77; atau
  • sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.
76 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi penerima pajak itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

77

Tajuk

Pengenaan denda, meremedikan kemungkiran atau pelanggaran
77 [1]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang membolehkan kuasanya untuk melucuthakkan tanah lombong dijalankan di bawah perenggan 76(4)(aj tetapi

hal keadaan tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pelucuthakan, maka Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya—

  • membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dalam masa yang dinyatakan; atau
  • mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran dalam masa yang dinyatakan.
77 [2]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi penerima pajak notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

77 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

  • perintah yang dibuat di bawah perenggan (I)(aj; atau
  • notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(bJ,

pada dokumen pajakan melombong yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

77 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

77 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (I)(a) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

77 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Plhak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

77 [7]

Jika notis yang dikeluarkan  di bawah perenggan (l)(b) tidak dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

77 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b) tidak dipatuhi. Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytihafkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

 

77 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Pihak Bei‘kuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

78

Tajuk

Bila pelucuthakan mula berkuatkuasa.
78 [1]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas membuat perintah pelucuthakan di bawah seksyen 76, 77, 98, 128 atau 130 berkenaan dengan mana-mana pajakan melombong, menyiarkan atau menyebabkan disiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan mengenai pelucuthakan dalam apa- apa bentuk yang ditetapkan dan apabila disiarkan sedemikian, pelucuthakan itu hendaklah mula berkuatkuasa.

78 [2]

Jika suatu perintah pelucuthakan yang dlsebut dalam subseksyen (1) telah dibuat, penerima pajak hendaklah dengan serta-merta menyerahkan dokumen pajakan melombong itu kepada

78 [3]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) disiarkan, mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial mengenainya dalam daftar yang diperuntukkan  di bawah  seksyen

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

79

Tajuk

Kesan pelucuthakan
79

Apabila berkuatkuasanya mana-mana pelucuthakan berhubungan dengan rnana-mana pajakan melombong di bawah Enakmen ini—

  • tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong telah diberikan hendaklah kembali kepada, dan terletakhak pada, Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, bebas dan terlepas daripada apa-apa hakmilik atau kepentingan yang wujud atau boleh timbul sebelum sahaj a pelucuthakan itu mula berkuatkuasa;
  • maka hendaklah juga terletakhak pada PihakBerkuasa Negeri mana-mana bangunan yang sedia ada di atas tanah lombong itu selain daripada mana-mana binaan sementara dan yang boleh dipindahkan; dan
  • apa-apa sewa yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan tanah lombong itu hendaklah

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

80

Tajuk

Penyerahan tanah di bawah pajakan melombong.
80 [1]

Sesuatu permohonan untuk menyerahkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong telah diberikan, keseluruhannya atau sebahagiannya, hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

80 [2]

Tanggungan penerima pajak—

  • untuk membayar apa-apa sewa, fi, royalti, penalti atau wang lain yang kena dibayar pada atau sebelum tarikh penyerahan itu;
  • untuk memenuhi apa-apa kehendak pemulihan;
  • untuk melaksanakan apa-apa obligasi yang dikehendaki dilaksanakan pada atau sebelum tarikh penyerahan itu; dan
  • bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat pada atau sebelum tarikh penyerahan itu,

adalah   tidak  terjejas  dengan      penyerahan              pajakan melombong di bawah subseksyen (1).

80 [3]

Dalam hal keseluruhan tanah lombong di bawah pajakan melombong hendak diserahkan—

(a) penerima pajak hendaklah, sebelum membuat permohonan di bawah subseksyen (1), memberi Pengarah—

  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, sekuran -kurangnya tiga bulan notis; atau
  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendallan skala besar, sekurang-kurangnya enam bulan notis,

tentang niatnya untuk memohon menyerahkan tanah itu; dan

(b) Pengarah hendaklah, apabila meluluskan permohonan bagi penyerahan di bawah seksyen ini—

  • memberitahu penerima pajak dan Pihak Berkuasa Negeri secara bertulis tentang kelulusan itu; dan
  • mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial tentang penyerahan dalam daftar yang diperuntukkan di bawah seksyen

 

80 [4]

Apabila memorial di bawah subperenggan 3(b)(’ii) dicatatkan, tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberlkan hendaklah kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa

80 [5]

Dalam hat jika hanya sebahagian daripada tanah lombong di bawah pajakan melombong hendak diserahkan, Pengarah hendaklah—

  • memberitahu penerima pajak dan Pihak Berkuasa Negeri secara bertulis sama ada permohonan untuk penyerahan diluluskan;
  • menyebabkan suatu pengukuran sempadan kawasan yang tidak diserahkan disempurnakan atas perbelanjaan penerima pajak itu; dan
  • apabila dokumen as al pajakan melombong diserahkan, mengeluarkan kepada penerima pajak suatu pajakan melombong berkenaan dengan bahaglan tanah lombong yang masih tidak diserahkan yang hendaklah dalam semua hal menjadi tertakluk kepada terma atau syarat yang sama sebagaimana pajakan
80 [6]

Maka hendaklah tiada penyerahan di bawah seksyen ini melainkan jika kebenaran bertulis tiap-tiap orang yang mempunyai suatu kepentingan berdaftar ke atas pajakan melombong itu telah dihantar kepada

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

81

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen melombong tuan punya.
81 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah dibuat oleh pemunya mana-mana tanah berimilik kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang

81 [2]

Tiada lesen melombong tuan punya boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan di dalam kawasan mencarigali atau penjelajahan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan kecuali dengan kebenaran bertulis pemegang lesen itu.

81 [3]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah disertakan dengan suatu kajian prakebolehlaksanaan yang hendaklah termasuk—

  • suatu perihal am tentang skim perlombongan yang dicadangkan;
  • tarikh permulaan pengeluaran mineral yang dijangkakan (yang hendaklah dinyatakan sebagai bilangan bulan dari tarikh lesen melombong tuan punya itu dikeluarkan);
  • suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dlanggarkan selama tempoh lesen melombong tuan punya; dan
  • apa-apa maklumat lain yang ditetapkan atau yang diminta oleh
81 [4]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

81 [5]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya bagi maksud membuat syornya Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

  • telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • adalah layak dari segi teknik dan kewangan untuk membangun dan melombong kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan
81 [6]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

  • dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu hendaklah diberikan; atau

(b) ditolak

81 [7]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (6), Pihak Berkuasa Negeri boleh, tertakluk kepada subseksyen (9), meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah

81 [8]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (7).

81 [9]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, memberi lesen melombong tuan punya jika—

(a) pemohon juga merupakan pemegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut tnana-mana yang berkenaan, yang meliputi tanah itu; dan

(b) Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

81 [10]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya diluluskan Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas  diberitahu di bawah perenggan (8)(rj, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan suratcara lesen melombong tuan punya dan mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen melombong tuan punya dalam Borang G yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang

81 [11]

Jika pemohon  itu   tidak    membayar    fi yang ditetapkan bagi suatu lesen melombong tuan punya dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusannya, kelulusan itu hendaklah disifatkan

81 [12]

Apabila suatu lesen melombong tuan punya didaftarkan dalam daftar lesen melombong tuan punya—

  • Pengarah hendaklah merekodkan atau menyebabkan direkodkan suatu catatan tentang pendaftaran itu dalam daftar yang dalamnya hakmilik tanah yang dllesenkan untuk dilombongkan itu direkodkan; dan
  • Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana- mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu Pengarah tentang apa-apa catatan, nota atau memorial yang dibuat atau dikenselkan dalam daftar dokumen hakmilik yang berkenaan dengannya lesen melombong tuan punya telah dikeluarkan dan Pengarah hendaklah, apabila diberitahu sedemikian, membuat ap a-apa perubahan yang perlu dalam lesen
81 [13]

Hak dan obligasi di bawah sesuatu lesen melombong tuan punya hendaklah, selama lesen itu terus berkuatkuasa, berhubung-kait dengan dan tak boleh dipisahkan daripada hakmilik berdaftar tanah yang dllesenkan sedemikian untuk

81 [14]

Suatu lesen melombong tuan punya tidak boleh dipindahmilikkan atau digadai atau diuruskan selain daripada men8ikut cara dan bersampingan dengan sesuatu pemindahmilikan atau gadaian, atau urusan lain dengan, hakmilik tanah yang dilesenkan untuk dilombong:

 

Dengan syarat bahawa tiap-tiap pemindahmilikan atau gadaian, atau urnsan lain dengan, hakmilik tersebut hendaklah meluas kepada dan termasuk hak melombong yang diberikan oleh lesen itu.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

82

Tajuk

Peruntukan yang relevan mengenai pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil hendaklah terpakai.
82 [1]

Peruntukan yang berikut Enakmen ini hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi lesen melombong tuan punya:

(a) seksyen 64, tetapi tidaklah dalam apa-apa ha1 jua pemegang lesen melombong tuan punya dikehendaki mengemukakan suatu pelan pemulihan atau membuat bayaran kepada Kumpulan Wang Pemulihan Bersama;

(b) seksyen 66, tetapi tidaklah dalam apa-apa ha1 jua tempoh suatu lesen melombong tuan punya boleh melebihi tarikh habis tempoh hakmilik tanah berimilik yang mengenainya lesen melombong tuan punya itu berkaitan;

(c) seksyen 68, 70, 71, 72, 74 dan 75.

82 [2]

Jika mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) terpakai secara berlainan bagi suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil daripada suatu pajakan me to mbong y ang membenarkan pengendalian skala besar, peruntukan itu hendaklah terpakai bagi lesen melombong tuan punya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

83

Tajuk

Pembatalan lesen melombong tuan punya
83 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Jaw atankuas a, memb atalkan suatu lesen melombong tuan punya jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

  • telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau
  • telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen
83 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen melombong tuaii punya notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi perriegang lesen melombong tuan punya itu peluang untuk memf›iiat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis

83 [3]

Pihak Berliuasa Negeri hendaklah juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentingan yang sah menyentuh tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan,

 

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan.

83 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang dlsebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutuskan—

  • sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 54; atau
  • sama ada   tidak  akan  mengambil tindakan
83 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemegang lesen melombong tuan punya itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

84

Tajuk

Pengenaan denda, meremedikan kemungkiran atau pelanggaran
84 [1]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa,  bahawa ada alasan yang yang membolehkan kuasanya untuk membatalkan lesen dijalankan di bawah perenggan 83(4)(a) tetapi hal keadaan adalah tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pembatalan, maka Pihak berkuasa negeri boleh mengikut budi bicaranya—

(a) membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dalam mass yang dinyatakan;. atau

(b) mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran tersebut dalam masa yang dinyatakan.

84 [2]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemegang lesen melombong tuan punya notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

84 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

(a) perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a , atau

(b) notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b),

mengikut mana-mana yang berkenaan, pada lesen melombong tuan punya yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

 

84 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

84 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan I)(a) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu

84 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu

84 [7]

Jika notis yang dikeliiarkan di bawah perenggan l)(b) dipatuhi, pengendorsan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu

84 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan I)(b) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu

84 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungklran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

96

Tajuk

Nilai Pasaran
96

Bagi maksud perenggan 95(3)(a), nilai pasaran apa- apa. melalui apa-apa kaedah dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

85

Tajuk

Bila pembatalan mula berkuatkuasa
85 [1]

Pembatalan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh perintah pembatalan itu dibuat di bawah seksyen 83, 84 atau 98, mengikut mana-mana yang berkenaan.

85 [2]

Jika perintah pembatalan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibuat, pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen itu kepada Pihak Berkuasa Negeri

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

86

Tajuk

Catatan dalam daftar.
86

Jika suatu lesen melombong tuan punya telah dibatalkan atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pengarah hendaklah mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial tentang pembatalan atau habis tempoh itu dalam daftar yang dalamnya hakmilik tanah itu direkodkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan

Seksyen

87

Tajuk

Penyerahan lesen melombong tuan punya.
87 [1]

Sesuatu permohonan untuk menyerahkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

87 [2]

Tanggungan pemegang lesen melombong tuan punya—

(a) untuk membayar apa-apa fi, royalti, penalti atau wang lain yang kena dibayar pada atau sebelum tarikh penyerahan ita;

(b) untuk melaksanakan apa-apa obligasi yang dikehendaki dilaksanakan pada atau sebelum tarikh penyerahan itu; dan

(c} bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat pada atau sebelum tarikh penyerahan itu,

adalah tidak terjejas dengan penyerahan lesen itu di bawah subseksyen (1).

87 [3]

Apabila lesen melombong tuan punya diserahkan, Pengarah hendaklah mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial tentang penyerahan itu dalam daftar yang dalamnya hakmilik tanah itu direkodkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

97

Tajuk

Harta dalam Mineral
97

Harta dalam mineral hendaklah terserah kepada orang-

(a) yang telah mendapatkan mineral itu secara sah dan sebagai balasan kepada dan apabila dibayar royalti atau fi penukaran, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b) jika tiada royalti yang kena dibayar berkenaan dengan mineral yang didapatkan secara sah, apabila mineral itu ditemui.

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

98

Tajuk

Pemungutan tunggakan fi, sewa, royalti, dsb.
98 [1]

Jika   apa-apa   fi,  sewa   atau   royalti yang  kena  dibayar di bawah Bahagian ini adalah tertunggak, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang tenemen mineral itu suatu notis tuntutan dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

98 [2]

Suatu nota penyampaian notis di bawah subseksyen hendaklah diendorskan atas kehendak Pihak Berkuasa Negeri pada dokumen atau suratcara tenemen mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dimaksudkan dalam notis itu.

98 [3]

Jika keseluruhan jumlah wang yang dituntut melalui suatu notis di bawah subseksyen (1) dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam masa yang dinyatakan dalamnya, notis itu hendaklah sesudah itu terhenti daripada berkuatkuasa dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyebabkan dikenselkan nota yang diendorskan menurut subseksyen (2).

98 [4]

Jika di akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tuntutan wang yang dituntut melalui notis itu tidak dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri, ia hendaklah sesudah itu melalui perintah mengisytiharkan—

(a) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, lesen itu terbatal, dan peruntukan seksyen 58 dan 59 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya;

(b) dalam hal suatu pajakan melombong, tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan peruntukan seksyen 78 dan 79 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya; dan

(c) dalam hal suatu lesen melombong tuan punya, lesen itu terbatal, dan peruntukan seksyen 85 dan 86 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

99

Tajuk

Hak menggunakan air boleh menjadi tertakluk kepada lesen
99 [1]

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian V Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, subseksyen (2) dan seksyen 112, pemegang sesuatu tenemen mineral berhak menikmati air yang didapati di atas tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu bagi maksud tenemen itu.

 

99 [2]

Tiada    pemegang    sesuatu   tenemen  mineral boleh—

(a) membuat, menyebabkan atau membenarkan dibuat, apa-apa pengubahan bekalan air pada mana-mana tanah bagi maksud tenemen mineral itu yang boleh secara memudaratkan menjejaskan bekalan air yang dinikmati oleh mana-mana orang atau tanah lain;

(b) memperolehi atau menyebabkan diperolehi mana-mana bekalan air dari mana-mana sungai, anak sungai atau alur air yang mengalir ke atas atau di bawah tanah yang menjadi subjek suatu tenemen mineral; atau

(c) melencongkan atau menyebabkan dilencongkan mana-mana bekalan air dari tanah di luar kawasan yang diliputi oleh tenemen mineral itu ke tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu,

kecuali di bawah kuasa dan mengikut terma atau syarat suatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini.

99 [3]

Bila mana apa-apa pengubahan atau pelencongan telah dibuat kepada mana-mana bekalan air, pemegang tenemen mineral yang mendapat manfaat daripadanya hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, dianggap telah melakukan pengubahan atau pelencongan itu.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

100

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen air
100 [1]

Sesuatu permohonan mendapatkan suatu lesen air hendaklah dibuat oleh pemegang sesuatu teneman mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

100 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima dan selepas berunding dengan Jawatankuasa dan mana-mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, Lembaga boleh meluluskan atau menolak permohonan itu dan keputusannya adalah muktamad.

100 [3]

Lembaga hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan.

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2).

 

100 [4]

Suatu lesen air hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu, memberi pemegangnya hak—

(a) melencong, menyimpan, menggunakan dan membuang air yang ada di atas atau secara langsung bersempadanan dengan tanah yang diliputi oleh tenemen mineral itu;

(b) melencong, menyimpan, menggunakan dan membuang air dari atau merentasi tanah Kerajaan, tanah berimilik, tanah pendudukan dan tanah rizab bagi maksud tenemen mineral itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian ini; dan

(c) menggunakan air untuk menjana kuasa untuk digunakan di atas tanah yang diliputi oleh tenemen mineral itu.

100 [5]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen air diluluskan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas diberitahu di bawah perenggan (3)(c), dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan suratcara lesen air dan mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen air dalam Borang H yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

100 [6]

Jika pemohon itu tidak membayar fi yang ditetapkan dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusannya, kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

100 [7]

Tempoh suatu lesen air tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh tenemen mineral yang baginya air hendak digunakan.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

101

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan permit air
101 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu permit air hendaklah dibuat oleh pemegang sesuatu tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

101 [2]

Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon suatu permit air dalam Borang I yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

101 [3]

Tempoh suatu permit air—

(a) tidak boleh melebihi satu tahun tetapi boleh, apabila dibuat permohonan dalam bentuk yang ditetapkan, dibaharui mengikut budi bicara Lembaga dan apabila permit air itu dibaharui ia—

(i) boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya patut; dan

(ii) hendaklah mengendorskan pada permit itu butir tentang pembaharuan itu; dan

(b) tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh tenemen mineral yang baginya air hendak digunakan.

101 [4]

Suatu permit air hendaklah membenarkan pemegangnya melencongkan, menggunakan dan membuang mana-mana air sebagaimana yang dinyatakan dalamnya, di mana-mana tempat, melalui apa-apa jalan, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa kuantiti dan atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga.

101 [5]

Suatu permit air tidaklah boleh membenarkan pemegangnya membina apa-apa kerja—

(a) di atas tanah berimilik atau tanah pendudukan kecuali dengan kebenaran bertulis pemunyanya; atau

(b) di atas tanah rizab kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atasnya.

 

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

102

Tajuk

Penggantungan sementara lesen air
102 [1]

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen air, menggantung sementara bagi suatu tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari semua atau mana-mana hak yang diberikan di bawah suatu lesen air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika ia berpuas hati bahawa—

(a) pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diambil bekerja olehnya—

(i) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(ii) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999; atau

(b) keadaan kemarau yang teruk menghendaki supaya air hendaklah dijadikan tersedia bagi maksud awam yang lain.

102 [2]

Keputusan Lembaga menggantungkan suatu lesen air di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

103

Tajuk

Penggantungan sementara permit air
103 [1]

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis kepada pemegang permit air, menggantung sementara bagi suatu tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari semua atau mana-mana hak yang diberikan di  bawah suatu permit air yang  dikeluarkan  di  bawah  Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa—

(a) pemegang permit itu atau mana-mana orang yang diambil bekerja olehnya—

(i) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam permit itu; atau

(ii) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini; atau

(b) keadaan kemarau yang teruk menghendaki supaya air hendaklah dijadikan tersedia bagi maksud awam yang lain.

103 [2]

Penggantungan permit air oleh Lembaga di bawah subsyeksen (1) adalah muktamad.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

104

Tajuk

Pembatalan lesen air
104 [1]

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa membatalkan suatu lesen air jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakinen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

104 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen air notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi pemegang lesen air itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyerahan notis itu.

104 [3]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen air itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Lembaga hendaklah memutuskan—

(a) sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;

(b) sama ada hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen 106; atau

(c) sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.

104 [4]

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen air itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

 

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

105

Tajuk

Pembatalan permit air
105 [1]

Lembaga boleh membatalkan suatu permit air jika dia berpuas hati bahawa pemegang permit itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam permit itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini.

105 [2]

Keputusan Lembaga di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

106

Tajuk

Pengenaan denda meremedikan kemungkinan atau pelanggaran
106 [1]

Jika Lembaga berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang membolehkan kuasanya untuk membatalkan lesen air dijalankan di bawah perenggan 104(3)(a) tetapi hal keadaan adalah tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pembatalan, maka Lembaga boleh mengikut budi bicaranya—

(a) membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dalam masa yang dinyatakan; atau

(b) mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran itu dalam suatu masa yang dinyatakan.

 

106 [2]

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen air notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).

106 [3]

Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Lembaga hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—

(a) perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a); atau

(b) notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(b),

mengikut mana-mana yang berkenaan, pada lesen air yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.

106 [4]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu dikenselkan.

106 [5]

Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

106 [6]

Walau apa pun subseksyen (4), jika Lembaga berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

106 [7]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (l)(b) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu dikenselkan.

106 [8]

Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b) tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen itu terbatal.

106 [9]

Walau apa pun subseksyen (7), jika Lembaga berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen air itu terbatal.

Seksyen

107

Tajuk

Penyerahan lesen air dan permit air
107

Jika suatu lesen air atau permit air telah dibatalkan di bawah Bahagian ini, pemegang lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen atau permit itu masing- masingnya kepada Lembaga.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

107

Tajuk

Penyerahan lesen air dan permit air
107

Jika suatu lesen air atau permit air telah dibatalkan di bawah Bahagian ini, pemegang lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dengan serta-merta menyerahkan lesen atau permit itu masing- masingnya kepada Lembaga.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

108

Tajuk

Pembatalan atau penamatan hendaklah direkodkan
108

Dengan seberapa segera yang praktik selepas pembatalan atau penamatan suatu lesen air, lembaga hendaklah merekodkan atau menyebabkan direkodkan suatu catatan tentang pembatalan atau penamatan itu dalam daftar yang dalamnya lesen itu direkodkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 120.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

109

Tajuk

Rekod tentang lesen air pada hakmilik yang tersentuh
109

Jika mana-mana tanah berimilik tersentuh oleh suatu lesen air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini, Pengarah yang mempunyai jagaan daftar yang dalamnya hakmilik tanah itu direkodkan hendaklah—

(a) sebelum lesen itu diserahkan—

(i) membuat suatu catatan dalam daftar itu tentang pemberian lesen itu dan tempohnya; dan

(ii) membuat perakuan pada lesen itu bahawa catatan sedemikian telah pun dibuat; dan

(b) apabila lesen itu dlbatalkan, membuat suatu catatan dalam daftar itii tentang pembatalan itu.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

110

Tajuk

Pelancongan air dari atau menerusi tanah bermilik, dsb.
110 [1]

Jika suatu lesen air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini memberi kebenaran untuk melencongkan air dari atau merentasi mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan, tanah Kerajaan, tanah rizab, kawasan hutan simpanan atau tanah lombong, maka adalah sah bagi pemegangnya—

(a) untuk memasuki tanah itu bagi maksud yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) untuk menjalankan segala atau mana-mana kerja yang dibenarkannya; dan

(c) untuk melaksanakan segala atau mana-mana hak yang diberikan kepadanya:

Dengan syarat bahawa pemegang lesen air itu hendaklah menghantar suatu notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mana-mana kemasukan sedemikian kepada pemunya atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu pemunya itu atau Lembaga tentang niat demikian dan tentang hak pemunya itu atau Lembaga mendapat pampasan sebagaimana y ang diperuntukkan di bawah subseksyen (3).

110 [2]

Jika suatu permit air yang diberikan di bawah Bahagian ini memberi kebenaran untuk melencongkan air dari atau merentasi tanah Kerajaan atau tanah lombong, maka adalah sah bagi pemegangnya—

(a) untuk memasuki tanah itu bagi maksud yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) untuk menjalankan segala atau mana-mana kerja yang dibenarkannya; dan

(c) untuk melaksanakan segala atau mana-mana hak yang diberikan kepadanya.

110 [3]

Pemegang lesen air atau permit air adalah bertanggungan membuat pampasan kepada pemunya atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana tanah yang terjejas oleh kerja atau pelaksanaan hak di bawah subseksyen (1) atau (2), dan dalam ketiadaan apa-apa persetujuan antara pemegang lesen dan pemunya tersebut atau Lembaga berkenaan dengan apa-apa pampasan, pampasan sedemikian hendaklah ditentukan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

110 [4]

Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari masa diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

110 [5]

Jika—

(a) kerja pelencongan telah diletakkan di atas tanah yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2); dan

(b) pemunya tanah yang kerja pelencongan merentasi tanahnya berhasrat untuk menggunakan atau menguruskan tanahnya mengikut sedemikian cara yang menjadikannya perlu atau wajar kerja pelencongan itu dipindahkan atau diubahkan ke suatu bahagian lain tanah itu,

pemunya tanah itu boleh, melalui notis secara bertulis, menuntut supaya pemegang lesen air atau permit air itu memindahkan atau mengubah kerja pelencongan itu dalam suatu tempoh yang munasabah.

110 [6]

Jika pemegang lesen air atau permit air tidak mematuhi tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (5), pemunya tanah itu boleh memohon kepada Lembaga untuk memerintahkan pemindahan atau pengubahan kerja pelencongan itu.

110 [7]

Lembaga yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (6) boleh, menglkut budi bicaranya, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, dengan atau tanpa syarat, bagi pemindahan atau pengubahan kerja pelencongan itu.

110 [8]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (7) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari masa diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

111

Tajuk

Pengubahan atau gangguan kepada tebing sungai
111 [1]

Tiada seorang pun boleh, apabila menikmati sesuatu tenemen mineral, mengubah atau mengganggu, atau menyebabkan atau membenarkan diubah atau diganggu, tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air melainkan jika—

(a) apa-apa pengubahan atau gangguan dibenarkan dalam lesen air atau permit air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini; atau

(b) orang itu telah memperolehi kebenaran bertulis Lembaga di bawah subseksyen (3) atau (5).

111 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk mengubah atau mengganggu tebing mana- mana sungai, anak sungai atau alur air hendaklah dibuat oleh pemegang tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

111 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, memberi kebenaran bertulis kepada pemegang tenemen mineral untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air.

111 [4]

Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana anak sungai atau alur air yang tidak melebihi lima meter lebar di antara tebing-tebing itu hendaklah dibuat oleh pemegang tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

111 [5]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (4) diterima, Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, memberi kebenaran bertulis kepada pemegang tenemen mineral itu untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana anak sungai atau alur air yang tidak melebihi lima meter lebar di antara tebing-tebing itu.

111 [6]

Lembaga boleh, melalui suatu perintah bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dalam penjalanan pengendalian melombong—

(a) mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air; atau

(b) membenarkan mana-mana orang lain untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air,

untuk memulihkan tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air itu kepada keadaan ia berada sebelum sahaja berlaku pengubahan atau gangguan sedemikian atau untuk membuatnya semula mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu.

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

112

Tajuk

Pemegang tenemen mineral untuk membenarkan orang lain menggunakan air lebihan dan buangan
112 [1]

Lembaga boleh, melalui suatu perintah bertulis, mengarah pemegang sesuatu tenemen mineral untuk membenarkan mana-mana orang lain memasuki tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu  dan  sesudah itu untuk mendirikan, membina dan menyenggara, atas perbelanjaan orang itu sendiri, apa-apa pam, talian paip, flum, penderas atau alur air yang, pada pendapat Lembaga, perlu untuk membolehkannya mendapat manfaat daripada air lebihan atau buangan dari tanah itu, dan menukarkan air itu untuk kegunaannya sendiri:

Dengan syarat bahawa tiada penggunaan, binaan, pembinaan atau penyenggaraan sedemikian boleh dibenarkan atau diteruskan jika dibuktikan bahawa ia menyebabkan atau mungkin menyebabkan kesan atau akibat yang memudaratkan ke atas atau kepada apa-apa pengendalian melombong yang sebenar atau prospektif yang sedang atau mungkin dimulakan atau dijalankan di atas tanah yang tersentuh oleh tenemen mineral itu.

112 [2]

Jika mana-mana tanah yang menjadi subjek sesuatu tenemen mineral tersentuh oleh suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), pemegang tenemen mineral itu boleh, dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan perintah itu, merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

 

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

113

Tajuk

Pengekalan standard air
113 [1]

Tiap-tiap pemegang tenemen mineral yang menggunakan air berkaitan dengan pengendalian melombong hendaklah—

(a) sebelum ia dibuangkan ke dalam mana-mana sungai, anak sungai atau alur air; atau

(b) sebelum ia meninggalkan tanah yang tersentuh oleh tenemen mineral itu,

mematuhi apa-apa standard kualiti air yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 atau Akta Kualiti  Alam Sekeliling 1974.

113 [2]

Lembaga hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memperihalkan kegagalan di pihak mana-mana orang untuk mematuhi kehendak subseksyen (1), mengadakan suatu siasatan ke atas perkara yang diadukan itu dan boleh, dengan  atau  tanpa aduan itu, pada bila-blla masa memerintah mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) untuk—

(a) mengusahakan langkah yang perlu untuk memastikan supaya standard kualiti air dipatuhi; atau

(b) menggantungkan pengendalian melombong sehinggalah apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air.

113 [3]

Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuatkuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan yang timbul di bawah subseksyen (1).

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

114

Tajuk

Peruntukan Bahagian ini hendaklah mengatasi
114

Peruntukan Bahagian ini hendaklah berkuatkuasa walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mengatasi mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan air.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

115

Tajuk

Daftar tenemen mineral, lesen, air, dsb
115 [1]

Pengarah hendaklah, bagi maksud Enakmen ini, membuka suatu siri buku yang hendaklah dikenali sebagai— 

(a) daftar lesen memfosik;

(b) daftar lesen mendulang;

(c) daftar lesen melombong individu;

(d) daftar lesen mencarigali;

(e) daftar lesen penjelajahan;

(f) daftar pajakan melombong. dan

(g) daftar lesen melombong tuan punya.

115 [2]

Lembaga hendaklah, bagi maksud Enakmen ini, membuka suatu siri buku yang hendaklah dikenali sebagai daftar lesen dan permit air.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

116

Tajuk

Penyediaan lesen, pajakan dan permit
116 [1]

Mana-mana lesen atau pajakan yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah disediakan dalam dua salinan, satu salinan diserahkan oleh Pengarah kepada pemegang lesen atau penerima pajak, mengikut mana- mana yang berkenaan, dan satu lagi disimpan oleh Pengarah untuk dijilidkan dalam daftar yang sesuai yang disebut dalam seksyen 115 dan dinomborkan bersiri dalamnya.

116 [2]

Mana-mana permit air yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah disediakan dalam dua salinan, satu salinan diserahkan oleh Penguasa Lombong kepada pemegang permit dan satu lagi disimpan oleh Lembaga untuk dijilidkan dalam daftar permit air yang disebut dalam seksyen  115  dan  dinomborkan  bersiri dalamnya.

116 [3]

Pengarah tidak boleh menyebabkan mana-mana lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, atau pajakan melombong disediakan, dan Lembaga tidak boleh menyebabkan mana- mana lesen dan permit air disediakan, melainkan jika—

(a) dalam hal suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen melombong tuan punya, lesen air atau permit air, fi yang ditetapkan telah dibayar;

(b) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama telah dibayar; dan

(c) dalam hal pajakan melombong—

(i) fi yang ditetapkan dan sewa tahun pertama telah dibayar; dan

(ii) tanah yang akan menjadi subjek pajakan itu telah diukur dan fi pengukuran, jika pengukuran itu dijalankan oleh Pegawai Ukur, dan fi bagi pelan pajakan melombong telah dibayar.

Bahagian

XIV - Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Seksyen

189

Tajuk

Peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan.
189 [1]

Peruntukan Enakmen Melombong N.M.B. Bab 147 adalah dengan ini dimansuhkan

189 [2]

Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu tidak tak konsisten dengan Enakmen ini terus berkuatkuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh Enakmen

189 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a) memansu hkan atau me mind a mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini —

  • yang dijadikan usang atau tak perlu oleh mana-,mana peruntukan Enakmen ini;
  • bagi maksud menyesuaikan peruntukannya dengan peruntukan Enakmen ini; atau
  • bagi membu at pertamb ahan kepada peruntukan yang tersebut dahulu yang disebut dalam subperenggan (ii) mengenai apa-apa perkara;

(b) membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai-manfaat bagi maksud menghapuskan kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuatkuasanya Enakmen ini,

dan mana-mana perintah sedemikian boleh dibuat supaya mempunyai kuatkuasa  mulai dari tarikh mula berkuatkuasanya Enakmen ini.

189 [4]

Tiada apa-apa pun dalam Enakmen ini boleh mentaksahkan mana-mana lesen, permit, hak, keistimewaan atau kebenaran lain yang diberikan dengan sah di bawah Enakmen termansuh dan lesen, permit, hak, keistimewaan atau kebenaran lain itu hendaklah terus berkuatkuasa dan disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Enakmen

189 [5]

Mana-mana orang yang, sebelum sahaj a mula berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang apa-apa jawatan yang  perlantikannya boleh dibuat  di bawah Enakmen ini hendaklah kekal dalam jawatan itu, dan disifatkan bagi maksud Enakmen ini telah dilantik sedemikian

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

117

Tajuk

Perihalan kawasan hendaklah dilampirkan
117

Suatu perihalan kawasan yang menjadi subjek sesuatu lesen atau pajakan yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah dilampirkan pada kedua-dua salinan lesen atau pajakan berkenaan yang disebut dalam seksyen 116 dan hendaklah—

(a) dalam hal suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, lesen air dan permit air, dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan; atau

(b) dalam hal suatu pajakan melombong, mengandungi suatu pelan tanah itu yang disediakan di bawah Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong  (Salinan  Fotograf) 1950.

Bahagian

XIII - Peraturan-Peraturan

Seksyen

188

Tajuk

Peraturan- peraturan.
188 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Enakmen ini.

188 [2]

Khususnya dan tanpa  menjejaskan    kelu asan siibseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

  • secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi, sewa dan royalti di bawah Enakmen ini dan cara untuk memungut dan membayar balik fi, sewa dan royalti itu;
  • menetapkan kesalahan di bawah Enakmen ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan prosedur bagi mengkompaunkan kesalahan itu;
  • membenarkan remitan, rebet atau tangguhan pembayaran sewa dan peremitan fi;
  • menetapkan kuasa dan kewajipan pegawai yang dilantik di bawah Enakmen ini;
  • mengubah, menambah atau membatalkan mana- mana Borang yang terkandung dalam Jadual I dan menetapkan Borang tambahan;
  • menetapkan pengemukaan penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh pemunya mana-mana lombong;
  • menetapkan kandungan mana-mana kaj ian kebolehlaksanaan, pelan pemulihan, pengukuran, pelan, laporan atau apa-apa taksiran lain yang perlu bagi maksud Enakmen ini;
  • menetapkan aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam sesuatu rizab mineral;
  • menetapkan terma atau syarat sesuatu tenemen mineral yang diberikan ke atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah berlmilik, tanah pendudukan, tanah rizab atau kawasan hutan simpanan;
  • menetapkan prosedur dan kehendak tawaran bersaing untuk mendapatkan tenemen mineral;
  • menetapkan prosedur, cara dan bentuk bagi permohonan, pemberian, pembaharuan, peluasan, pengeluaran, pendaftaran dan untuk merekodkan mana-mana tenemen mineral, lesen air dan permit air; dan
  • membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Enakmen

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

118

Tajuk

Bila lesen, permit atau pajakan mula berkuatkuasa
118 [1]

Pemberian suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, lesen air dan permit air di bawah Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa  apabila  lesen  atau  permit  itu  dikeluarkan.

118 [2]

Pemberian suatu pajakan melombong di bawah Enakmen ini ke atas tanah Kerajaan hendaklah mula berkuatkuasa apabila pajakan melombong itu didaftarkan.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

119

Tajuk

Cara mengeluarkan lesen dan permit dan pendaftaran pajakan
119 [1]

Pengeluaran suatu lesen memfosik, lesen mendulang atau lesen melombong individu hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Pengarah atau di bawah tandatangan dan meterai mana-mana orang yang kepadanya Pengarah telah mewakilkan kuasa untuk memberikan lesen itu.

119 [2]

Pengeluaran suatu lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau lesen air dan pendaftaran suatu pajakan melombong hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Pengarah.

119 [3]

Pengeluaran suatu permit air hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Lembaga.

119 [4]

Tarikh pengeluaran mana-mana lesen atau permit dan tarikh pendaftaran mana-mana pajakan melombong, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah ditulis dalamnya oleh orang yang mengeluarkan atau mendaftarkan lesen, permit atau pajakan itu.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

120

Tajuk

Memorial tentang pembaharuan, dsb., hendaklah dicatatkan dalam daftar
120 [1]

Pengarah hendaklah mencatatkan dalam daftar yang sesuai suatu memorial tentang pembaharuan, peluasan, pemindahmilikan, penyerahan, pembatalan, pelucuthakan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau apa-apa perkara lain yang menyentuh taraf atau apa-apa kepentingan dalam mana-mana lesen yang dikeluarkan, atau mana-mana pajakan yang didaftarkan, di bawah Enakmen ini.

120 [2]

Lembaga hendaklah mencatatkan dalam daftar permit air suatu memorial tentang pembaharuan, penyerahan, pembatalan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau apa-apa perkara laln yang menyentuh taraf atau apa-apa kepentingan dalam mana- mana permit air yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini.

120 [3]

Tiada apa-apa pembaharuan, peluasan, pemindahmilikan, penyerahan, pembatalan, pelucuthakan, pengubahan syarat, pertukaran alamat atau nama atau perkara lain yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) boleh berkuatkuasa sehinggalah memorial mengenainya telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

121

Tajuk

Akaun penerimaan
121

Pegawai yang mengeluarkan suatu lesen atau permit atau mendaftarkan suatu pajakan melombong di bawah seksyen 119 hendaklah menghendaki suatu akuan penerimaan salinan lesen, permit atau pajakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada orang yang menerima lesen, permit atau pajakan itu dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

122

Tajuk

Pajakan melombong yang didaftarkan hendaklah menjadi keterangan konklusif
122

Tiap-tiap pajakan melombong yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Bahagian ini hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, menjadi keterangan konklusif—

(a) bahawa pajakan tanah yang diperihalkan dalamnya adalah terletakhak pada orang atau badan yang pada masa ini didaftarkan sebagai penerima pajak; dan

(b) tentang syarat dan peruntukan lain yang tertakluk kepadanya tanah itu dipegang pada masa ini oleh orang atau badan itu, setakat yang ia dikehendaki dinyatakan dalam dokumen itu oleh mana peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

123

Tajuk

Pajakan hendaklah tak boleh disangkal
123

Pemberian suatu pajakan melombong di bawah Enakmen ini ke atas tanah Kerajaan kepada mana-mana orang hendaklah memberi orang itu suatu pajakan tanah yang tak boleh disangkal sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Dua Puluh Kanun Tanah Negara.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

124

Tajuk

Kecualian berkenaan dengan pajakan atau perakuan melombong
124

Tiap-tiap pajakan melombong atau perakuan yang wujud pada mula berkuatkuasanya Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa di bawah Enakmen Melombong yang di bawahnya ia dikeluarkan sehingga habis tempohnya.

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

125

Tajuk

Pemeriksaan daftar
125

Mana-mana orang hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dibenarkan memeriksa mana-mana daftar yang disebut dalam seksyen 115 pada waktu dan hari yang ditetapkan oleh Pengarah atau Penguasa Lombong, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

126

Tajuk

Pelan pemulihan bagi pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar
126 [1]

Tiap-tiap penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah mengemukakan kepada Pengarah—

(a) suatu pelan pemulihan lombong; dan

(b) apabila memohon untuk membaharui pajakan itu, suatu pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan,

bagi kelulusan Jawatankuasa.

126 [2]

Pelan pemulihan lombong hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tindakan pemulihan yang spesifik, pemeriksaan, laporan tahunan, jumlah kos pemulihan yang dianggarkan, anggaran kos bagi setiap tindakan pemulihan spesifik dan suatu jadual waktu terperinci bagi pemulihan tanah lombong yang teratur dan efisien.

126 [3]

Jawatankuasa hendaklah dalam suatu masa yang munasabah dari   masa   pelan   pemulihan    lombong dikemukakan  di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak pelan itu, dan hendaklah memberitahu penerima pajak itu tentang keputusannya.

126 [4]

Mana-mana penerima pajak yang pelan pemulihan lombongnya telah ditolak di bawah subseksyen (3)—

(a) boleh mengemukakan apa-apa bilangan pelan pemulihan lombong yang perlu bagi tujuan memperolehi kelulusan Jawatankuasa; atau

(b) boleh merayu terhadap penolakan itu, dalam masa enam puluh hari dari pemberitahuan keputusan di bawah subseksyen (3), kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

126 [5]

Jika penerima pajak berniat untuk mengubahsuai suatu pelan pemulihan lombong yang diluluskan di bawah seksyen ini, penerima pajak itu hendaklah mengemukakan ubahsuaian pelan pemulihan yang dicadangkan itu kepada Jawatankuasa untuk kelulusan.

126 [6]

Jika mana-mana pajakan melombong yang membenarkan pengendalian Skala besar dibaharui, tiada perlombongan boleh diteruskan sehingga pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan di bawah seksyen ini.

126 [7]

Jika suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil diubah bagi membenarkan suatu pengendalian skala besar di bawah seksyen 63, tiada pengendalian skala besar boleh dimulakan di atas tanah itu sehingga pelan pemulihan lombong telah diluluskan di bawah seksyen ini.

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

127

Tajuk

Kumpulan Wang Pemulihan Lombong
127 [1]

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Pemulihan Lombong bagi maksud pemulihan tanah lombong yang menjadi subjek kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar.

127 [2]

Kumpulan Wang hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa.

127 [3]

Penerima pajak hendaklah membayar ke dalam Kumpulan Wang—

(a) jika tempoh pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar melebihi sepuluh tahun—

(i) suatu amaun permulaan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang dinyatakan dalam pelan pemulihan lombong sebelum kerja pembangunan dimulakan tetapi tidak terkemudian dari tempoh satu tahun pajakan itu dikeluarkan:

Dengan syarat bahawa jika suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil diubah untuk membenarkan pengendalian skala besar, amaun permulaan itu hendaklah dibayar sebelum penge ndali an skala besar dimulakan; dan

(ii) bayaran tahunan, sembilan bulan selepas itu, sebanyak satu persepuluh daripada jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang dinyatakan dalam pelan pemulihan; atau

(b) jika tempoh pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar adalah kurang dari sepuluh tahun—

(i) suatu amaun permulaan yang sama dengan jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang dinyatakan dalam pelan pemulihan dibahagikan dengan tempoh pajakan itu sebelum kerja pembangunan dimulakan tetapi tidak terkemudian dari tempoh satu tahun pajakan itu dikeluarkan:

Dengan syarat bahawa jika suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil diubah untuk membenarkan pengendalian skala besar, amaun permulaan itu hendaklah dibayar sebelum pengendalian skala besar dimulakan; dan

(ii) bayaran tahunan, setiap tahun selepas itu, yang sama dengan jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang dinyatakan dalam pelan pemulihan dibahagikan dengan tempoh pajakan itu.

 

127 [4]

Jika pada bila-bila masa selepas pajakan melombong dikeluarkan Jawatankuasa menentukan bahawa jumlah kos yang dianggarkan untuk melaksanakan pelan pemulihan lombong yang diluluskan itu adalah berlebihan atau tidak mencukupi, ia boleh—

(a) membayar balik apa-apa amaun yang berlebihan kepada penerima pajak itu; atau

(b) menghendaki penerima pajak itu mendepositkan suatu amaun tambahan sebagaimana yang dinyatakannya,

mengikut mana-mana yang berkenaan.

127 [5]

Jika pajakan melombong dibaharui, penerima pajak hendaklah membayar ke dalam Kumpulan Wang apa- apa amaun tahunan yang dinyatakan dalam pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan.

127 [6]

Jawatankuasa boleh menentukan cara bayaran dipungut di bawah subseksyen (3).

127 [7]

Dewan Undangan Negeri boleh memperuntukkan apa-apa jumlah wang yang difikirkannya perlu untuk didepositkan ke dalam Kumpulan Wang yang jumlahnya hendaklah ditolak daripada jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang kena dibayar oleh penerima pajak di bawah subseksyen (3).

127 [8]

Apa-apa jumlah wang yang didepositkan ke dalam Kumpulan Wang di bawah seksyen 131 hendaklah ditolak daripada jumlah kos pemulihan yang dianggarkan yang kena dibayar oleh penerima pajak di bawah subseksyen (3)

127 [9]

Apa-apa wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang hendaklah didepositkan ke dalam mana-mana bank yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1990.

127 [10 ]

Kumpulan Wang dan apa-apa jumlah wang yang terakru daripadanya hendaklah digunakan hanya bagi pelaksanaan pelan pemulihan yang dimaksudkannya dan Jawatankuasa boleh, bagi pelaksanaan pelan pemulihan lombong itu, membenarkan pembayaran daripada Kumpulan Wang kepada penerima pajak, atau pihak-pihak lain yang dinamakan sedemikian dalam pelan pemulihan.

127 [11]

Jawatankuasa hendaklah—

(a) menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pengendalian Kumpulan Wang;

(b) menyebabkan disediakan suatu penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan; dan

(c) menyebabkan akaunnya diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

127 [12]

Penerima pajak hendaklah melaksanakan obligasi yang diperihalkan dalam pelan pemulihan lombong selama tempoh pajakan melombong itu.

127 [13]

Jika pelan pemulihan lombong telah dilaksanakan sepenuhnya dan disempurnakan sehingga memuaskan hati Jawatankuasa, apa-apa baki jumlah wang yang terdapat dalam Kumpulan Wang hendaklah dibayar balik kepada penerima pajak itu.

127 [14]

Dalam seksyen ini, “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pemulihan Lombong yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

177

Tajuk

Lapangan terhadap pendedahan maklumat
177 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada apa apa maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan bagi memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan mana-mana lesen mencarigali atau lesen penjelajahan kepada mana-mana pegawai diberikuasa boleh didedahkan oleh pegawai diberikuasa itii—

  • selama tempoh tiga tahun dari tarikh laporan itu dikemukakan; atau
  • selama tempoh satu tahun dai‘i tarikh penamatan lesen itu,

 

mengikut mana-mana tempoh yang mula-mula habis tempoh sedemikian, kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu.

177 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukaka nbagi memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapka n berkenaan dengan mana-mama pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya kepada mana-mana pegawai diberikuasa boleh didedahkan oleh pegawai diberikuasa itu selama tempoh satu tahun dari tarikh penamatan pajakan atau lesen itu kecuali dengan keizinan bertulis pemegang pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya

177 [3]

Segala maklumat y ang dikemukakan bagi menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu tenemen mineral atau untuk memb aharuinya dan dibekalkan kepada mana-mana pegawai diberikuasa hendaklah disimpan sulit oleh pegawai diberikuasa itu—

  • jika permohonan itu ditolak, selama tempoh enam  bulan dari tarikh penolakan itu; atau
  • jika permohonan itii diluluskan, selama tempoh enam bulan dari tarikh penamatan tenemen mineral
177 [4]

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuatkuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—

  • bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Enakmen in1;
  • bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;
  • bagi maksud apa-apa penyiasatan atau siasatan yang dijalankan di bawah Enakmen ini;
  • kepada mana-mana perunding  kepada  Pihak B er kuas a Negeri atau kepada mana- mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Pengarah untuk menerima maklumat itu; atau
  • bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh Pihak Berkuasa Negeri Sabah dan Sarawak: Kerajaan Negerl] atau Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan penjelajahan atau pengendalian
177 [5]

Dalam seksyen ini, “tarikh penamatan” ertinya—

  • berhubungan dengan suatu lesen mencarigali, lesen penjelajahan dan lesen melombong tuan punya, tarikh penyerahan, pembatalan atau habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan
  • berhubungan dengan suatu pajakan melombong, tarikh penyerahan, pelucuthakan atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

178

Tajuk

Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi.
178

Mana-mana pegawai diberikuasa yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Enakmen ini yang mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui secara umum mungkin semunasabahnya dijangkakan akan menjejas secara material sesuatu aktiviti penjelajahan atau perlombongan yang—

  • dipegangnya oleh sebab sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu; dan
  • adalah munasabah untuk menjangka tidak akan didedahkan oleh seseorang yang mempunyai atau pernah mempunyai sifat rasminya itu kecuali bagi pelaksanaan sepatutnya fu ngs1 yang bersangkutan dengan sifat rasmi itu,

 

tidak boleh menggunakan secara tak patut maklumat demikian untuk memperolehi, secara langsung atau tak langsung, manfaat bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

179

Tajuk

Kad kuasa
179 [1]

Tiap-tiap pegawai diberikuasa yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah Enakmen ini hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai diberikuasa itu bertindak atau yang daripadanya pegawai diberikuasa itu meminta apa-apa maklumat kad kuasanya yang dikeluarkan secara rasmi

179 [2]

Mana-mana orang boleh enggan  mematuhi  apa- apa permintaan, kehendak atau perintah mana-mana pegawai diberikuasa yang bertindak di bawah Enakmen ini jika pegawai diberikuasa itu enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

180

Tajuk

Perlindungan pegawai.
180

Tiada pegawai diberikuasa yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Enakmen ini boleh menanggung apa- apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan olehnya pada menjalankan kewajipan di bawah Enakmen ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau oleh perbuatan melulu atau kecuaian

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

181

Tajuk

Pengukuran sempadan bagi menyelesaikan pertikaian.
181 [1]

Jika berlaku sesuatu pertikaian mengenai sempadan antara seorang pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan dan pemunya tanah yang bersempadanan dengan atau di dalam kawasan mencarigali atau penjelajahan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan, mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah supaya suatu pengukuran sempadan dijalankan untuk menyelesaikan pertikaian

181 [2]

Kos pengukuran sempadan hendaklah dibayar oleh mana-mana pihak kepada pertikaian itu sebagaimana yang ditentukan oleh

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

182

Tajuk

Penyampaian notis
182 [1]

Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Enakmen in1 boleh, melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui pos berdaftar kepada orang yang tersentuh

182 [2]

Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos, jika notis itu dialamatkan—

  • dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syaTikat itu;
  • dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia, sama ada kepada individu yang diberikuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya;
  • dalam ha1 seseorang individu atau suatu kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir
182 [3]

Jika seseorang yang padanya dialamatkan suatu Surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Enakmen ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

183

Tajuk

Ketakpakaian Enakmen.
183

Enakmen ini tidak terpakai bagi—

  • penjelajahan saintifik atau pendidikan melainkan jika penjelajahan itu dijalankan dengan niat untuk mengesan mineral bagi maksud perlombongan; dan
  • penyiasatan mineral yang dijalankan oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian bagi menentukan ketakwujudan mineral ekonomi di dalam sesuatu kawasan sebelum melepaskan kawasan tersebut bagi maksud selain daripada perlombongan.

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

184

Tajuk

Negeri atau ejenn ya boleh menjalankan penjelajah;in.
184 [1]

Pihak Berkuas a Negeri atau ejennya yang diberikuasa secara bertulis olehnya boleh menjalanka npenjelajahan mineral d1 atas mana-mana tanah dalam Negeri.

184 [2]

Jika—

  • seseorang pekerja Kerajaan Negeri; atau
  • seseorang ejen yang diberikuasa di bawah subseksyen (1),

menjalankan penjelajahan mineral di atas mana-mana tanah selain daripada tanah Keraj aan, dia hendaklah bertanggungan untuk membayar pampasan—

  • dalam hal tanah berimilik atau tanah pendudukan, kepada pemunyanya; dan
  • dalam ha1 tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, kepada pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu,

bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau gangguan yang disebabkan oleh penjelajahan itu.

184 [3]

Jika terdapat suatu pertikaian antara pihfi-pihak itu mengenai amaun pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen (2), perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu

184 [4]

Tiada ejen yang diberikuasa di bawah subseksyen ( 1) untuk menjalankan penjelajahan mineral boleh diberikan suatu pajakan melombong di atas mana-mana tanah yang ejen itu telah jelajahi bagi pihak

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

185

Tajuk

Pemindahan kapal korek dari satu blok tanah lombong ke satu blok tanah lombong yang lain
185 [1]

Jika mana mana orang yang menduduki dua atau lebih blok tanah lombong yang tidak berdampingan—

  • telah menj alankan pengendalian yang lain melombong di atas mana-mana satu blok dengan menggunakan suatu kapal korek; dan
  • telah membuktikan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri bahawa untuk menjimatkan pengerjaan mana-mana satu blok lain adalah perlu kapal korek itu dipindahkan ke blok yang satu lagi itu mengikut suatu laluan yang akan dlkorek oleh kapal korek itu melalui tanah yang berselang itu,

adalah sah bagi Pihak Berkuasa Negeri, selepas mengadakan suatu siasatan, mengeluarkan kepada orang itu suatu lesen dalam Borang I yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan, untuk memindahkan kapal korek itu melalui tanah tersebut, dan sesudah itu adalah sah bagi orang itu memasuki tanah tersebut dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi membolehkan kapal korek itu dipindahkan dengan sewajarnya.

185 [2]

Sebelum mengeluarkan lesen di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri—

  • hendaklah menentukan jalan laluan yang akan dikorek oleh kapal korek itu melalui tanah yang berselang itu;
  • hendaklah berpuas hati bahawa jalan itu merupakan satu-satunya jalan yang akan menyebabkan paling sedikit kerosakan kepada tanah berselang itu; dan
  • hendaklah mengambil kira masa yang sesuai bagi pihak-p ihak yang berkenaan dalam pemindahan kapal korek itu.
185 [3]

Pemegang suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini adalah dilarang daripada menjalankan pengendalian melombong di atas dan memindahkan apa apa mineral dari mana-mana tanah yang baginya lesen itu

185 [4]

Mana-mana orang yang berhasrat membuat apa- apa tuntutan pampasan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang telah ditanggung olehnya oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang lesen yang bertindak menurut suatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan butir tuntutan itu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak kemudian fiari enam bulan selepas kerug ian atau keros akan demikian ditanggung, dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu membuat suatu perintah mengarahkan pemegang lesen itu membayar pihak yang menuntut pampasan dalam apa-apa amaun yang dinyatakan dalam perlntah itu, dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenai amaun pampasan itu adalah

185 [5]

Lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila terbukti bahawa pemegang lesen itu telah tidak menepati atau mematuhi apa-apa terma atau

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

186

Tajuk

Peruntukan berhubungan dengan
186 [1]

Dalam seksyen ini, “Pihak Berkuasa Negeri” termasuklah Pengarah dan mana-mana oi’ang lain yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk mengadakan suatu siasatan.

186 [2]

Tiap-tiap siasatan yang diadakan di bawah mana- mana peruntukan Enakmen ini—

(a)  hendaklah  dijalankan    mengikut peruntukan seksyen ini;

(b) hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

(c) hendaklah dibuka kepada awam melainkan jika Pihak Berkuasa Negerl memerintahkan selainnya atas alasan yang hendaklah direkodkan olehnya

186 [3]

Sebelum mengadakan mana-mana siasatan, Pihak Berkuasa Negeri—

(a) hendaklah memberi notis siasatan mengikut apa- apa cara yang difikirkannya sesuai  mengikut ha1 keadaan kes; dan

(b) hendaklah menyampaikan kepada mana-mana orang atau badan yang diketahui olehnya berminat dalam hal perkara siasatan itu Suatu salinan notis itu yang padanya hendaklah dilampirkan suatu notis tambahan dalam apa- apa bentuk yang ditetapkan.

186 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya perlu atau suai-manfaat berbuat sedemikian—

  • pada bila-bila masa mengkensel atau menunda mana-mana siasatan yang dicadangkan diadakan, atau menukar tempatnya; atau
  • menangguhkan dari semasa ke semasa pendengaran mana-mana
186 [5]

Mana-mana orang atau badan yang mendakwa berminat dalam hal perkara siasatan yang  dicadangkan itu boleh, melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, memohon suatu penundaan atau pertukaran tempat dan permohonan itu—

  • hendaklah menyatakan sebab yang baginya penundaan atau pertukaran tempat itu diminta; dan
  • hendaklah menunjukkan juga jenis apa-apa keterangan yang dicadang hendak diberi atau kemukakan oleh atau bagi pihak pemohon.
186 [6]

Notis mana-mana pengkenselan, penundaan, pertukaran tempat atau peiiangguhan yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada tiap-tiap orang atau badan yang kepadanya notis siasatan telah diberi atau disampaikan di bawah subseksyen (3), dan mengikut apa-apa cara lain yang didapati sesuai mangikut ha1 keadaan

186 [7]

Pada menjalankan siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa berikut—

  • untuk mempero lehi dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana- mana orang sebagai saksi sebagaimana yang dlfikirkan perlu atau wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk diperolehi atau diperiksa;
  • untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan
  • untuk memang g il mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain dalam milikannya.

 

186 [8]

Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3)—

  • setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan itu, tidak berbuat demikian;
  • setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau
  • setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian,

ia boleh memperakui secara bertulis ketakhadiran atau untuk ketakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menj aw ab soalan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan, dan memaklumkan Majistret dengan sewajarnya.

186 [9]

Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa

186 [10]

Jika suatu perakuan diberikan  di  bawah subseksyen (8), Majistret  hendaklah  menyiasat  kes  itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang dimaksudkan dalam perakuan itu telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan  mematuhi kehendak yang disebut dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu hadir atau mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan Pihak Berkuasa Negeri yang mengadakan siasatan itu yang diadakan pada suatu masa dan di suatu tempat yang dinyatakan dalam perintah itu

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

187

Tajuk

Kuasa untuk merobohkan bangunan atau binaan.
187 [1]

Jika ternyata kepada mana-mana pegawai diberikuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk atau mempercayai bahawa mana-mana bangunan  atau binaan telah didirikan tanpa kebenaran di bawah Enakmen ini bagi maksud menjelajah atau melombong mineral, pegawai itu boleh memusnahkan, merobohkan atau memindahkan mana-mana bangunan atau binaan itu atau mengambil milikannya atas nama Pihak Berkuasa Negeri.

187 [2]

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu kawasan di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

128

Tajuk

Ketakbayaran ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong
128 [1]

Jika penerima pajak tidak membayar jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong di bawah subseksyen 127(3) dalam masa yang ditetapkan, Jawatankuasa hendaklah—

(a) menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada penerima pajak itu suatu notis tuntutan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan; dan

(b) mengemukakan suatu salinan notis itu kepada Pengarah yang hendaklah, apabila notis itu diterima, menyebabkan suatu nota penyampaian notis itu diendorskan pada dokumen pajakan melombong yang dimaksudkan dalam notis itu.

128 [2]

Jika keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan (1)(a) dibayar kepada Jawatankuasa dalam masa yang dinyatakan dalamnya—

(a) notis itu hendaklah sesudah itu terhenti daripada berkuatkuasa; dan

(b) nota yang diendorskan menurut perenggan (1)(b) pada dokumen pajakan melombong hendaklah dengan itu dikenselkan.

128 [3]

Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tuntutan itu keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan (1)(a) tidak dibayar kepada Jawatankuasa, Jawatankuasa hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Negeri tentang keingkaran sedemikian, dan apabila pemberitahuan itu diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah melalui perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan seksyen 78 dan 79 hendaklah terpakai.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab

1 - Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Seksyen

133

Tajuk

Penguatkuasaan oleh pegawai diberikuasa.
133

Seseorang pegawai diberikuasa boleh bagi maksud  menguatkuasakan Enakmen ini—

(a) meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, suratcara atau rekod dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, suratcara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang mengenai apa- apa perkara di bawah Enakmen ini;

(b) melawat, memasuki, menyiasat dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana- mana kawasan pemfosikan, pendu lang an, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral pada bila-bila masa tetapi tidaklah boleh dengan tak perlu menggalang atau menghalang apa-apa kerja di dalamnya;

(c) menyiasat berkenaan dengan mana-manakawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral mengenai—

  • kedudukan dan keadaan mana-mana kawasan atau loji itu;
  • kesan mana-mana pengendalian atau amalan ke atas kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; atau
  • apa-apa perkara atau benda berkaitan dengan atau berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang atau yang menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada harta atau merupakan suatu kacau ganggu;
  • pematuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini;

(d) mengambil  langkah    untuk    memastikan pen gambil an langkah berj aga-jaga yang sepatutnya dalam segala aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral bagi mencegah kerosakan atau bahaya kepada nyawa atau harta;

(e) menghendaki mana-mana orang yang dijumpai di dalam sesuatu kawasan di mana pemfosikan, pendulangan, penjelaj ahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral dijalankan untuk menyatakan identiti dan maksudnya, dan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Enakmen ini dan dalam kuasa orang itu untuk memberi; dan

(f) mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair atau bergas di dalam atau yang sedang dilepaskan di dalam atau dari mana- mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lonibong atau loji pemprosesan mineral

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

134

Tajuk

Kuasa untuk menyiasat.
134 [1]

Mana-mana pegawai diberikuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen

134 [2]

Trap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberikuasa untuk memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau barang lain yang berkaitan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang dalam kuasa orang itu untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau mengemukakan dokumen atau barang lain itu.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

135

Tajuk

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes.
135 [1]

Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Enakmen ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang tampak pada pegawai diberikuasa itu mengetahui fakta dan ha1 keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagalmana yang dikehendaki

135 [2]

Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberikuasa 1tu boleh melaporkan ketakhadiran itu kepada Majistret yang boleh sesudah itu mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang

135 [3]

Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak dlbayar perbelanjaan perjalanan dan sara liidup yang munasabah yang dilakukannya dan adalah sah bagi Pengarah membayar perbelanjaan

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

136

Tajuk

Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes.
136 [1]

Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat sesu atu penyiasatan di bawah Enakmen in1 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang y ang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes 1tu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa- apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

136 [2]

Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberikuasa itu:

Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan.

136 [3]

Seseorang yang membuat suatu pefnyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada

136 [4]

Pegawai diberikuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

136 [5]

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu , dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan 1tu, pegawai diberikuasa hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

137

Tajuk

Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat.
137 [1]

Seseorang pegawai diberikuasa boleh tanpa waran—

  • menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini; dan
  • menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan
137 [2]

Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat penangkapan di bawah perenggan (l)(a) hendaklah tanpa kelengahan yang tak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan selepas itu orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang- undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuatkuasa pada masa ini seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

138

Tajuk

Menggeledah dengan waran.
138 [1]

Jika tern yata kepada seorang Majis tret, maklumat secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perl u, baha wa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan  atau  benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Enakmen ini sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberikuasa mana- mana pegawai diberikuasa yang kepadanya waran itu dlarahkan, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan,  memasuki  bangunan,  tempat  atau  tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau  benda yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah atau disyaki telah dilakukan dan apa-apa jentera, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi bukti pelakuan kesalahan

138 [2]

Mana-mana pegawai diberikuasa yang bertindak di bawah subseksyen ( 1) boleh jika perlu berbuat demikian—

(a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam bangunan atau tempat atau mana-mana premis lain dan memasukinya;

(b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c) dengan menggunakan kekerasan memindahkan apa-apa g a lang an terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1); dan

(d) memecahkan apa-apa bekas untuk memeriksa kandungannya.

138 [3]

Pegawai diberikuasa yang menyita mana-mana mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a) dengan serta-merta meletakkan pada mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa ia telah disita;

(b) menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan yang ditandatangan olehnya kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita yang berada di bangunan atau premis itu dan jika bangunan atau premis itu tidak dihuni, pegawai diberikuasa itu hendaklah, di mana- mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di bangunan atau di premis itu;

(c) dengan serta-merta melaporkan penyitaan itu kepada Pengarah; dan

(d) jika praktik, memindahkan benda yang disita itu, dengan seberapa segera yang mungkin, bagi penjagaannya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

139

Tajuk

Menggeledah tanah waran.
139

Jika ternyata kepada seseorang pegawai dlberikuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembun y ikan atau didepositkan apa- apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Enakmen ini sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan memperolehi suatu waran menggeledah di bawah seksyen 138 mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat peng angkutan atau benda itu mungkin akan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan bangunan, tempat atau tanah itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

140

Tajuk

Pemulangan sementara benda yang disita
140

Jika apa-apa benda telah disita di bawah  Enakmen ini, Pengarah bo leh, me ngiku t budi bi c aran y a, memulangkan untuk sementara benda itu kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Pengarah, dan tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apablla diminta atau dibawa di h adap an inahkamah yang mempunyai bidang kuasa

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

141

Tajuk

Pelucuthakan benda yang disita.
141 [1]

Apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini boleh

141 [2]

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkainah bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

141 [3]

Jika tidak ada pandakwaan berkenaan dengan apa- apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya benda itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan terhadapnya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

141 [4]

Mana-mana orang  yang  menegaskan  bahawa dia ialah  pemunya  benda  yang  disebut  dalam  subseksyen (3) dan bahawa benda itu bukanlah benda yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notls bertulis secai’a sendiri atau melalui ejennya yang diberikuasa secara bertulis kepada pegawai diberikuasa yang dalam milikannya benda itu disimpan bahawa dia menuntut benda

141 [5]

Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberikuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengarah yang—

  • boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan; atau
  • boleh mengarahkan pegawai diberikuasa itu merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi keputusan.
141 [6]

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (5)(b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadlr atau jika  mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampalan wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan siipaya  benda  itu dilucuthakkan dan hendaklah jika tidak terbukti sedemikian, memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.

141 [7]

Apa- apa benda yang ter lucuthak atau yang disifatkan telah terlucuthak hendaklah diserahkan kepada Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Pengarah—

(a) mengikut arahan Majistret; atau

(b) jika tiada arahan sedemikian, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

141 [8]

Jika apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan mli bawah Enakmen ini ialah daripada jenis yang mudah musnah atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semulajafli atau jtka penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tak munasabah. atau dipercayai menyebabkan penggalangan atau bahaya kepada awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa- apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

142

Tajuk

Kos memegang benda yang disita.
142

Jika apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini disimpan dalam jagaan Lembaga scmentara menunggu selesainya apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini, kos memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati melakukan sesuatu kesalahan, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Leirtbaga oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarny‹i.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

143

Tajuk

Tiada kos atau gantirugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan
143

Tiada seorang pun, dalam apa-apa pfosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa benda yang disita pada menjalankan atau berupa menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat  kos prosiding itu atau mendapat apa-apa gantiru gi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa  sebab yang munasabah.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

144

Tajuk

Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan.
144 [1]

Jika mana-mana pegawai diberlkuasa mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana alat pengangkutan sedang membawa apa-apa benda yai:g berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Enakmen ini sedang dilakukan atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa alat pengangkutan

144 [2]

Orang yang meng aw al atau menj ag a alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberikuasa itu—

  • memberhentikan alat pengangkutan itu dan membenarkan pegawai diberikuasa itu inemeriksanya, dan
  • membuka segala bahagian alat pengangkutan itu, termasuk bekas di dalamnya atau di atasnya, untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana yang didapati oleh pegawai diberikuasa itu perlu
144 [3]

Mana-mana oralig yang tidak atau enggan bekerjasama dengan pegawai di berik u asa untuk memberhentikan alat pengangkutan atau menjalankan suatu penggeledahan ke atas alat pengangkutan itu adalah melakukan suatu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab

2 - KETERANGAN

Seksyen

145

Tajuk

Anggapan bahawa mineral adalah kepunyaan Pihak Berkuasa Negeri.
145

Jika dalam mana-mana prosiding yang diambil di bawah Enakmen ini atau berbangkit daripada  apa-apa jua yang dilakukan di bawah Enakmen ini timbul soal sama ada apa-apa mineral atau keluaran mineral ialah harta Pihak Berkuasa Negeri, mineral atau keluaran mineral itu hendaklah disifatkan menjadi harta Pihak Berkuasa Negeri melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

146

Tajuk

Perakuan tentang nilai mineral atau keluaran mineral, dsb
146

Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pengarah lombong menyatakan—

  • nilai apa-apa mineral atau keluaran mineral;
  • amaun fi, royalti, premium dan caj-caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa mineral atau keluaran mineral; atau
  • kos memperbaiki apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh seseorang pesalah,

hendaklah menjadi keterangan prima  facie  tentang  nilai, fi, royalti, premium, caj atau kos itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengarah atau Penguasa Lombong bagi perakuan sedemikian.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

147

Tajuk

Sampel
147

Mana-mana pegawai diberikuasa boleh, tanpa bayaran, mengambil suatu sampel apa-apa mineral yang perlu dan munasabah untuk diperiksa dan diuji dan sampel yang diambil sedemikian hendaklah diterima di dalam mana-mana mahkamah, dalam keti adaan apa- apa keterangan lain, sebagai mewakili sumber bahan yang daripadanya sampel itu telah

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

148

Tajuk

Perakuan analisis.
148 [1]

Dalam mana-mana pendakw aan di bawah Enakmen ini, sesuatu perakuan analisis yang dikatakan dibuat di bawah tandatangan seseorang penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan perakuan itu oleh pegawai pendakw a, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fak ta yang dinyatakan dalamnya melainkan j ika penganalisis itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi—

(a) oleh mahkamah; atau

(b) oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberi pegawai pendakwa notis tidak kurang dari tiga hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu:

Dengan syarat sentiasanya bahawa dalam apa-apa hal yang mengenainya pegawai pendakw a bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan itu dia hendaklah menghantar suatu salinannya kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu.

148 [2]

Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya—

(a) seseorang yang pada masa ini diambil bekerja sepenuhnya atau sebahagiannya dalam kerja analitis kimia atau fizik yang berhubungan dengan mineral di Jabatan Penyiasatan Kajibumi atau oleh Kerajaan Negeri; atau

(b) seseorang yang menjalankan kerja analitis kimia atau fizik yang berhubungan dengan mineral dan diambil bekerja oleh suatu makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi.

148 [3]

Jika mana-mana penganalisis dipanggil oleh tertuduh sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh melainkan jika mahkamah mengatahkan

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

149

Tajuk

Perlindungan informer
149 [1]

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedah nama atau alamat  mana-mana  informer  atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui.

149 [2]

Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana- mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa apa pencatatan yang menamakan atau memperihalkan informer atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan segala petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi informer itu daripada diketahui.

149 [3]

Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu menipercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, iiiengenai informer

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab

3 - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

150

Tajuk

Pelbagai kesalahan.
150

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan perenggan 42(1)(a), seksyen 54, perenggan 72(n), (b) atau (c), subseksyen 73(2), seksyen 88, 89, 91, 93 atau 111 Enakmen ini adalah melakukan suatu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

151

Tajuk

Penalti kerana tidak mengemukakan notis.
151

Mana-mana orang yang tidak mengemukakan apa- apa notis di bawah seksyen 53, 74 atau 82 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

152

Tajuk

Penalti kerana melombong skala besar tanpa memperolehi kelulusan pelan yang dikehendaki.
152

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 64 atau subseksyen 126(6) atau (7) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

153

Tajuk

Mineral yang diperolehi secara mcnyalahi undang- undang.
153

Mana-mana orang yang mendapatkan mineral melalui pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau perlombongan tanpa suatu lesen atau pajakan yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, sebagai tambahan kepada apa-apa denda lain atau tempoh peinenjaraan yang dikenakan di bawah Bab ini, diperintahkan membayar kepada Plhak Berkuasa Negeri—

  • suatu jumlah wang tidak melebihi lima kali ganda royalti yang kena dlbayar berkenaan dengan apa- apa mineral yang diambil secara menyalahi undang-undang; dan
  • suatu jumlah wang yang tidak melebihi tiga  kali ganda nilai mineral itu,

 

dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar boleh didapatkan sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

154

Tajuk

Penalti kerana memfosik tanpa lesen.
154

Tertakluk kepada Enakmen ini, mana-mana orang yang memfosik tanpa suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

155

Tajuk

Penjualan mineral yang diperolehi di bawah lesen memfosik secara menyalahi undang- undang.
155

Mana-mana orang yang—

  • menggunakan apa-apa mineral bagi maksud perdagangan atau perindustrian; atau
  • menjual apa-apa mineral,

 

yang diperolehi di bawah suatu lesen memfosik adalah melakukan Suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak mcl ebihi sepulu h ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

156

Tajuk

Penalti kerana mendulang tanpa lesen.
156

Mana-mana orang yang menjalankan pendulangan tanpa suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak meleblhi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

157

Tajuk

Penalti kerana menjalankan pcnjelajahan tanpa lesen.
157 [1]

Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa penjelajahan—

  • tanpa suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang sah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini; dan
  • dalam ha1 tanah berimilik, tanah pendudukan,tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, tanpa kebenaran bertulis pemunya tanah berimilik atau tanah pendudukan itu atau pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, atau  kebenaran di bawah suatu perintah akses yang diperuntukkan di bawah seksyen 88 atau 91, adalah melakukan suatu kesalahan
157 [2]

Bagi maksud  subseksyen   (1), “penjelajahan” tidaklah termasuk pemfosikan

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

158

Tajuk

Penalti melombong tan pa lesen atau pajakan
158

Mana-mana orang yang menjalankan perlombongan tanpa suatu lesen atau pajakan yang sah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini sama ada atau tidak apa-apa mineral didapati adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

159

Tajuk

Penalti kerana kemungkiran terma atau syarat.
159

Mana-mana pemegang sesuatu tenemen mineTal yang memungkiri atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat tenemen mineral itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

160

Tajuk

Pemindahan dari tanah lombong secara menyalahi undang- undang.
160

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, mana- mana orang yang memindahkan melampaui sempadan tanah lombong bagi apa-apa maksud—

  • mana-mana balak atau hasil hutan yang lain;
  • mana-mana tumbuhan, sayuran, haiwan, ayam itik atau ikan; atau
  • mana-mana batu karang, tanah, keliklr, guano, low, batu, pasir, cengkerang, lempung, batu bata, kapur, simen atau komoditi lain yang dikilangkan daripada bahan itu, yang diperolehi dari atau di atas tanah lombong itu,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan diperintahkan membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri nilai benda yang dipindahkan itu dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar sedemikian boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan sedemikian.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

161

Tajuk

Penalti kerana tidaK membayar ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong atau Bersama.
161

Mana-mana pemegang yang tidak membayar amaun atau fi dikehendaki di bawah Enakmen ini ke dalam—

  • Kumpulan Wang Pemulihan Lombong; atau Bersama.
  • Kumpulan Wang Pemulihan Bersama,

 

mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dldenda tidak melebihi dua kali ganda apa-apa amaun yang tertunggak atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

162

Tajuk

Menggang memindah kerosakan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita
162

Mana-mana orang yang mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

129

Tajuk

Kumpulan Wang Pemulihan Bersama.
129 [1]

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Pemulihan Bersama.bagi maksud pemulihan tanah lombong yang menjadl subjek pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala

129 [2]

Kumpulan  Wang  hendaklah  ditadbirkan oleh Jawatankuasa.

129 [3]

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang—

  • apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan setiap tahun oleh Dew an Undangan Negeri bagi maksud Kumpulan Wang;
  • apa-apa pinjaman atau pemberian yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud Kumpulan Wang; dan
  • f1 pemulihan yang kena dibayar di bawah subseksyen (4).
129 [4]

Bagi maksud Kumpulan Wang, trap-tiap pemegang suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil hendaklah membayar ke dalam Kumpulan Wang—

  • suatu fi tahunan pada kadar satu peratus daripada nilai jualan kasar semua mineral yang didapatkan dalam suatu tahun kalendar dari tanah lombong yang tertakluk kepada pajakan itu; atau
  • suatu fi tahunan yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang lebih besar.
129 [5]

Subseksyen (4) tidak terpakai bagi mana-mana penerima pajak yang dibenarkan mengubah pengendalian melombong daripada suatu pengendalian skala besar kepada pengendalian skala

129 [6]

Apa-apa wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang dan apa-apa jumlah wang yang terakru daripadanya—

  • hendaklah didepositkan ke dalam mana-mana bank yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1990: atau
  • boleh dilaburkan mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah
129 [7]

Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:

(a) penyediaan pelan pemulihan oleh Jawatankuasa bagi—

(i) mana-mana tanah, selain daripada tanah berimilik, yang terjejas oleh perlombongan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa; atau

(ii) mana-mana tanah Kerajaan atau tanah rizab yang terjejas oleh perlombongan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa; dan

(b) pelaksanaan mana-mana pelan yang disebut dalam perenggan (a) yang diluluskan oleh

129 [8]

Jawatankuasa hendaklah—

(a) menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pengendalian Kumpulan Wang;

(b)    menyebabkan disediakan suatu penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan;

(c) menyebabkan akaunnya diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara; dan

(d) sebaik sahaja akaun Kumpulan Wang telah diaudit, tetapi tidak terkemudian dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan, menyebabkan suatu salinan penyata akaun teraudit dihantarkan kepada Pihak Berkuasa Negeri beserta dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai penyata atau akaun

129 [9]

Suatu salinan peny ata dan pandangan yang dihantarkan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah perenggan (8)(d) hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri dengan seberapa segera yang praktik selepas

129 [10]

Jawatankuasa hendaklah menyimpan suatu rekod pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (4) dan pada setiap tahun mengadakan salinan rekod sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri dan

 

129 [11]

Fee yang kena dibayar di bawah subseksyen (4) hendaklah dibayar mengikut apa-apa cara yang

129 [12]

Dalam seksyen  ini, “Kumpulan Wang” ertinya “Kumpulan Wang Pemulihan Bersama yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

130

Tajuk

Ketakbayaran ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Bersama
130 [1]

Jika penerima pajak tidak membayar jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Bersama di bawah subseksyen l29(4) dalam masa yang ditetapkan, Jawatankuasa hendaklah—

  • menyampaikan atau menyebabkan supaya disampaikan kepada penerima pajak itu suatu notis tuntutan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan; dan
  • mengemukakan suatu salinan notis itu kepada Pengarah yang hendaklah, apabila notis itu diterima, menyebabkan suatu nota penyampaian notis itu diendorskan pada dokumen pajakan melombong yang dimaksudkan dalam notis

 

130 [2]

Jika keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan (I)(a) dibayar kepada Jawatankuasa dalam masa yang dinyatakan dalamnya—

(a) notis itu hendaklah sesudah itu terhenti daripada berkuatkuasa; dan

(b) nota yang diendorskan menurut perenggan (l)(b) pada dokumen pajakan melombong hendaklah dengan demikian itu dikenselkan.

130 [3]

Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tuntutan itu keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan I )(a) tidak dibayar kepada Jawatankuasa, Jawatankuasa hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Negeri tentang keingkaran itu, dan apabila pembei itahuan itu diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah melalui perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan seksyen 78 dan 79 hendaklah

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

131

Tajuk

Kehendak pemulihan apabila melombong yang membcnarkan pengendalian skala kecil di ubah kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar.
131

Jika Suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil diubah kepada suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar di bawah seksyen 63—

  • peruntukan seksyen 126 dan 127 melombong yang membenarkan  hendaklah   terpakai selepas kebenaran pengendalian skala besar untuk menjalankan pengendalian skala besar diberikan;
  • penerima pajak itu tidak lagi mempunyai obligasi selanjutnya di bawah seksyen 129; dan
  • Jawatankuasa boleh memindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong yang ditubuhkan di bawah seksyen 127 apa-apa jumlah wang yang telah dibayar oleh penerima pajak itu ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Bersama di bawah seksyen

Bahagian

X - Pemulihan

Seksyen

132

Tajuk

Kehendak pemulihan apabila pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar diubah kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil.
132

Jika suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar diubah kepada suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil di bawah seksyen 63—

  • penerima pajak itu hendaklah membenarkan pengendalian mengemukakan suatu pelan pemulihan yang diubahsuaikan untuk kelulusan Jawatankuasa; dan
  • penerima pajak itu hendaklah terus mempunyai obligasi di bawah seksyen 127 mengikut pelan pemulihan yang diubahsuaikan

 

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

163

Tajuk

Kehilangan atau pembinasaan apa-apa benda yang disita.
163

Mana-mana orang yang menyebabkan kehilangan atau pembinasaan apa-apa benda yang hendak disita di bawah Enakmen in i dengan niat untuk mence gah penyitaannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

164

Tajuk

Penalti kerana tidak mematuhi perintah atau arahan yang sah
164

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah atau arahan yang sah yang dikeluarkan atau diberikan   oleh   mana- mana   pegawai   diberikuasa pada melaksanakan   fungsinya   di  bawah   Enakmen   ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

165

Tajuk

Kesalahan berkenaan dengan maklumat
165 [1]

Mana-mana orang yang—

  • mengemukakan maklumat palsu dalam apa- apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Enakmen ini;
  • memberikan atau menyebabkan diberikan kepadamana-mana pegawai diberikuasa apa-apa butir. maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghend a ki supaya diberikan di bawah Enakmen ini;
  • enggan men jawab atau memberi suatu jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana pepgawai diberikuasa bagi inak su d memperolehi apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya dtberikan di bawah Enakmen j ni;
  • melencong, memalsukan atau menggunakan apabila dilencongkan atau dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau c‹pa-apa suratcara yang digunakan dalam menjalankan apa-apa uTusan atau perkara di bawah Enakmen ini;
  • mengubah apa-apa dokumen atau suratcara atau melencong meterai, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda-tanda lain bagi atau yang digunakan oleh mana-mana pegawai diberikuasa bagi penentusahan mana-mana dokumen atau suratcara itu atau bagi apa-apa maksud lain dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Enakmen ini;
  • memperdaya mana-mana pegawai diberikuasa, secara fraud atau selainnya, dengan mengeluarkan apa-apa dokumen atau membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan dalam apa-apa buku, dokumen atau suratcara yang disimpan bagi maksud Enakmen ini untuk membolehkan mana-mana orang menggerakkan, mengangkut, menghantar atau mengeksport bijih mineral mengikut apa-apa cara selain daripada apa-apa cara yang ditetapkan;
  • membuat atau cuba membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan yang tak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau siiratcara yang disimpan bagi maksiid Enakmen ini;
  • menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa kesilapan dalam apa apa buku, dokumen atau suratcara, atau apa-apa catatan yang tak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau suratcara yang disimpan bagi maksud Enakmen ini; atau
  • tidak atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana pegawai diberikuasa,

 

165 [2]

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara  adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencungkan keseluruhannya atau sebahagiannya mengenai  apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara itu adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencongkan mengenai suatu butir material, mengikut kehendak keadaan, kepada pengetahuan orang yang membekalkannya:

Dengan syarat bahawa orang itu tidaklah boleh didapati melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak ada alasan yang munasabah untuk menyangka bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau suratcara demikian adalah palsu, tak betul, mengelirukan atau dilencongkan.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

166

Tajuk

Menggalang pegawai diberikuasa.
166

Mana-mana orang yang menggalang, pegawai menyerang atau mengganggu mana- mana pegawai diberikuasa pada melaksanakan fungsinya di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

167

Tajuk

Penggunaan maklumat Sulit.
167

Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa maklumat sulit dengan melanggar seksyen 177 atau 178 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

168

Tajuk

Penyalahgunaan kuasa
168

Mana-mana orang yang, dalam berupa sebagai menjal ankan kuasa d1 bawah Enakmen ini, secara menyusahkan dan tak perlu menyita atau menahan apa- apa mineral, keluaran mineral, alat pengangkutan, kelengkapan, buku, dokumen atau benda lain adalah melakukan suatu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

169

Tajuk

Percubaan dan persubahatan
169

Mana-mana orang yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau bersub ah at melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dlkenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

170

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
170

Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah seorang pengarah urusan, pengurus atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertiibuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

171

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pengkhidmat
171

Mana-mana orang yang akan dikenakan apa-apa penalti di bawah Enakmen ini bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pengkhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang mU nasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

172

Tajuk

Penalti bagi kesalahan yang berterusan.
172

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini boleh dikenakan, dalam ha1 sesuatu kesalahan berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini, selanjutnya didenda sebanyak dua ratus ringgit bagi tiap- tiap hari atau sebahagian dari sehari kesalahan itu berterusan selepas

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

173

Tajuk

Penalti am
173

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Enakinen ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

174

Tajuk

Pengkompaunan kesalahan.
174 [1]

Pengarah atau Timbalan Pengarah boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Enakmen ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun. dengan . membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah apa-apa amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.

174 [2]

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itii boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu

174 [3]

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

  • tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu  dibuat;  dan
  • apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta merta.
174 [4]

Kuasa untuk mengkompaunkan kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan sendiri oleh Pengarah atau Timbalan

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab

4 - AM

Seksyen

175

Tajuk

Pemulaan prosiding dan penjalanan pendakwaan.
175 [1]

Tiada prosiding bagi, atau berhubungan dengan, mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.

175 [2]

Mana-mana pegawai diberikuasa yang diberikuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Seksyen

176

Tajuk

Mendapatkan wang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.
176

Apa-apa wang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Enakmen ini boleh didapatkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas, permulaan berkuat kuasa dan pemakaian
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Mineral (Selangor) 2000 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada traikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

1 [2]

Enakmen ini hendaklah mula terpakai di seluruh Negeri; bagaimanapun Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah menggantung kuatkuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Enakmen ini dalam Negeri.

Bahagian

II - Pentadbiran

Bab

1 - Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri

Seksyen

4

Tajuk

Penubuhan Jawatankuasa
4 [1]

Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri.

4 [2]

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(b) Pengarah yang hendaklah menjadu Setiausaha;

(c) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya yang diberki kuasa;

(d) Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa;

(e) Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains atau wakilnya yang diberikuasa;

(f) Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling atau wakilnya yang diberikuasa;

(g) Pengarah Perhutanan Negeri atau wakilnya yang diberkuasa;

(h) Pengarah Lembaga Urus Air Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa; dan

(i) tiga anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Dengan syarat bahawa jika Pihak BerkuasaNegeri melantik mana-mana orang yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c), (d), (e), (f), (g) atau (h) sebagai Pengerusi, ia hendaklah melantik empat anggota di bawah perenggan ini.

4 [3]

Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(a) atau (2)(i) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelatikkannya yang dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun.

4 [4]

Pelantikan anggota di bawah perenggan (2)(a) dan (2)(i) hendaklah disiarkan dalam Warta.

4 [5]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana anggota yang difikirkannya sesuai untuk menjalankan fungsi Pengerusi selama tempoh Pengerusi itu, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan fungsinya, atau selama tempoh apa-apa kekosongan dalam jawatan Pengerusi, dan anggota itu hendaklah, selama tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Bahagian

II - Pentadbiran

Seksyen

5

Tajuk

Fungsi Jawatankuasa
5

Jawatankuasa hendaklah-

(a) melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan atau dikenakan ke atasnya di bawah Enakmen ini; dan

(b) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.