Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

100

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen air
100 [1]

Sesuatu permohonan mendapatkan suatu lesen air hendaklah dibuat oleh pemegang sesuatu teneman mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

100 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima dan selepas berunding dengan Jawatankuasa dan mana-mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, Lembaga boleh meluluskan atau menolak permohonan itu dan keputusannya adalah muktamad.

100 [3]

Lembaga hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan.

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2).

 

100 [4]

Suatu lesen air hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu, memberi pemegangnya hak—

(a) melencong, menyimpan, menggunakan dan membuang air yang ada di atas atau secara langsung bersempadanan dengan tanah yang diliputi oleh tenemen mineral itu;

(b) melencong, menyimpan, menggunakan dan membuang air dari atau merentasi tanah Kerajaan, tanah berimilik, tanah pendudukan dan tanah rizab bagi maksud tenemen mineral itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian ini; dan

(c) menggunakan air untuk menjana kuasa untuk digunakan di atas tanah yang diliputi oleh tenemen mineral itu.

100 [5]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen air diluluskan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas diberitahu di bawah perenggan (3)(c), dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan suratcara lesen air dan mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen air dalam Borang H yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

100 [6]

Jika pemohon itu tidak membayar fi yang ditetapkan dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusannya, kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

100 [7]

Tempoh suatu lesen air tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh tenemen mineral yang baginya air hendak digunakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.